Kehidupan

Pos Yang Menyebabkan Blog Saya Sesak 2014

Pos yang menyebabkan blog saya sesak 2014

Sepanjang tahun 2014, ada satu artikel yang telah menyebabkan blog saya sesak sampai keluar status “Internal Server Error”. Artikel tersebut telah mendapat carian yang tinggi sehingga hari ini. Pada mulanya saya beranggapan bandwidth yang digunakan pada blog sudah mencapai tahap maksima. Sebenarnya tidak.

Jumlah pelawat dan sharing yang ramai telah menyebabkan blog saya tidak dapat dibuka. Berikut ialah visual pos yang menyebabkan blog saya sesak 2014.

Selain daripada sharing, aktiviti blog walking yang saya lakukan turut menyumbang kepada jumlah sharing tersebut. Lepas ianya tersebar atau viral di Facebook, ada juga pengguna yang menggunakan fungsi tag untuk menjemput pembaca lain agar sama-sama mengetahui informasi ini. Di bawah merupakan screenshot dari blog saya.

 

pos-yang-menyebabkan-blog-saya-sesak-2014
Artikel teratas mendapat jumlah perkongsian yang ramai di Facebook.

 

Dalam masa sehari setelah ianya diterbitkan, seramai 27,000 orang pengunjung telah membaca artikel tersebut. Saya cuba menjawab soalan-soalan yang diberikan berdasarkan pengetahuan dan kemampuan saya.

Di antara soalan-soalan yang paling popular ialah bagaimana nak mendaftar dan syarat-syarat kepada pemohon serta ibu bapa pemohon. Selebihnya saya minta pembaca menghubungi terus pihak TAWAS bagi mendapatkan kepastian.

Anda boleh merujuk blog saya yang bertajuk Anak Lahir Di Selangor Dapat RM1500 sekiranya anda masih belum membacanya.

19 thoughts on “Pos Yang Menyebabkan Blog Saya Sesak 2014”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.