Rahsia bayar PTPTN secara bijak
Sebut sahaja PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) pasti ramai yang tahu. Baik ibu bapa, guru, pelajar dan orang kampung. Ia adalah satu keperluan untuk pelajar masa kini untuk belajar di universiti. Sampaikan ada iklan televisyen yang berkempen untuk ibu bapa bagi mendapatkan PTPTN dengan membuat simpanan SSPN (Skim Simpanan Pendidikan Nasional).

Boleh dikatakan satu nikmat apabila pelajar-pelajar mendapat PTPTN semasa belajar. Ia telah mengurangkan tanggungan ibu bapa yang tidak berkemampuan untuk membiayai anak-anak mereka belajar di universiti. Wang yang diperolehi boleh digunakan untuk membayar yuran, belanja makan, sewa rumah dan membeli barang keperluan harian.
Pinjam pandai tapi bayar PTPTN tak mahu
Apabila sudah tamat belajar di universiti, graduan akan diberikan tempoh 6 bulan sebelum mula membayar kembali hutang PTPTN? 6 bulan adalah satu tempoh yang lama. Oleh itu gunakan waktu ini dengan sebaik-baiknya untuk mencari pekerjaan. Ada graduan yang tidak juga menjelaskan bayaran tersebut selepas tamat tempoh. Mengapa jadi begitu? Boleh jadi ianya disebabkan 3 perkara ini :
1. Tidak sungguh-sungguh. Ini adalah masalah utama. Tiada perancangan untuk membayar kembali wang PTPTN yang dipinjam. Masa belajar dahulu tak ingat nak berjimat. Tahu nak guna sahaja. Sekiranya si peminjam orang yang serius, beliau akan mencari jalan untuk menjelaskan hutang PTPTN tersebut.
2. Tak tahu prosedur. Sekiranya anda boleh membuat pertanyaan pada pihak PTPTN. Lebih mudah lagi rujuk kembali salinan perjanjian anda dengan PTPTN. Laman sesawang PTPTN juga ada menyediakan maklumat lengkap kaedah pembayaran balik pinjaman PTPTN.
3. Masih belum bekerja. Anda mempunyai masalah besar kerana masih belum mempunyai kerja. Tidak ada kerja maka tiadalah pendapatan. Tiada gaji yang boleh digunakan untuk melunaskan hutang PTPTN anda. Jadi apa nak buat? Takkan nak duduk sahaja?
Jangan lari dari PTPTN
Tak mampu bayar dan tak boleh bayar bukan boleh menyelesaikan masalah. Ia hanya akan menambahkan masalah. Jadi apa yang harus dilakukan? Bertindaklah dengan berjumpa dengan pihak PTPTN. Bersemuka dan berbincang dengan cara yang baik. Beritahu berapa jumlah minimum yang mampu anda bayar. Mungkin boleh dimulakan dengan serendah RM50 sebulan.
Tentu ada kebaikkannya jika anda menjelaskan hutang PTPTN dengan awal. Di antaranya ialah :
1. Menjelaskan hutang dengan awal akan menyelesaikan hutang dengan cepat. Lambat bayar akan mengakibatkan hutang anda menjadi semakin tinggi kerana kos perkhidmatan yang dikenakan.
2. Hutang yang dibayar anda akan digunakan untuk dimanfaatkan kepada peminjam baru. Jadi lebih mudah untuk adik-adik anda melanjutkan pelajaran di universiti.
3. Meringankan beban kewangan anda. Bila hutang sudah dibayar, anda tak perlu sakit kepala memikirkan hutang-hutang lain yang bertimbun seperti kereta dan rumah.
Cara biasa dengan cara bijak bayar PTPTN
Kebanyakan graduan menjelaskan hutang PTPTN dengan cara biasa. Cara biasa merujuk kepada ambil wang dari sebahagian gaji lalu dibayar terus kepada pihak PTPTN. Ada juga yang membuat potongan gaji setiap bulan. Cara ini amat merugikan kerana ianya akan menyusutkan gaji anda. Selepas anda selesai membuat pembayaran PTPTN sepenuhnya, wang anda banyak habis untuk membayar kos pentadbiran.
Mahukah saya tunjukkan anda cara bijak bayar PTPTN?
Cara ini memerlukan komitmen anda untuk memahami strategi ini. Untuk mengetahui cara yang digunakan, anda haruslah memahami asas kepada selok-belok kewangan yang bakal dikongsikan. Disiplin kewangan anda amat diperlukan supaya anda berjaya.
Cara ini amat jarang dipraktikkan kerana masih belum diketahui oleh orang ramai. Cara ini telah berjaya mendapatkan hasil yang berkesan. Selepas selesai membayar hutang PTPTN, anda boleh mendapatkan tunai dengan cara ini. Saya percaya anda mahu selesaikan hutang PTPTN dengan bijak. Terus ke artikel bayar PTPTN dari 15 tahun kepada 6 tahun sekarang juga.
Wah seronok kalau dapat PTPTN percuma.
Malaysia Tercinta recently posted…Semak Baki Pinjaman PTPTN Melalui SMS
Beliau guna serampang dua mata, lagi bijak 🙂
ye ke percuma ni.
haha
titan recently posted…TIGA sebab orang akan cari dan bagi KITA kerja.
Mentang-mentang la dia dah habis bayar PTPTN hahaha.
syukurlaa dulu study dapat biasiswa.heheh
musadun recently posted…Keputusan Rasmi Malaysia Vs Laos 11 Jun 2015 Sukan Sea
Alangkah cemburunya saya…
Bayar PTPTN satu hal, belum masuk hutang lain lagi 🙂
Masa ITM ada biasiswa, masa jadi UiTM semuanya dah berubah.
UITM tu kena ubah balik jadi institut. Tapi memang dah tipis dah peluang.Bukan sebab kena bayar mahal macam sekarang tapi atas sebab lain.
rahimah recently posted…Bercuti Ke Turki ? Jangan Beli Aiskrim Mereka Jika Anda Jenis Panas Baran.
Betul, suara pelajar pun dah tak berapa laku bila dah jadi UiTM.
Saya pun nak tau juga strategi tu…nak cepatkan habis hutang dengan PTPTN ni..
Noriza Rahman recently posted…Turunkan Bacaan Tahap Kolesterol ke Paras Normal
Tips ni guna konsep “guna duit orang lain”
Boleh apply ni..maklum la PTPTN belum habis bayar..Aduhhh, berhutang ni mmg tak tenang selagi belum langsai..
Maz Jamal recently posted…10 Makanan Mengenyangkan Perut Dengan Lebih Lama
Ya, mari kita sama-sama buat, hutang pinjaman pelajaran saya pun belum habis.
Kan best dapat langsaikan hutang ptptn ni. Kena disiplin kan diri dan tetapkan target. 🙂
Betul, cari jalan macam mana Encik Titan boleh bayar dalam masa 3 tahun.
Boleh x kita bayar separuh duit ptptn ketika masih belajar ?
Mohon semak semula dengan pihak PTPTN.