Rahsia pemasaran emel dan blog
Hari ini memang ramai pengguna internet yang bercerita tentang media sosial. Ramai peniaga dan usahawan yang menggunakannya untuk mendapatkan pelanggan. Namun ramai yang terlepas pandang dengan teknik pemasaran sedia ada sehingga malas untuk bongkar rahsia pemasaran emel dan blog.
Tidak dinafikan media sosial menjadi tempat untuk orang ramai berkumpul. Namun belum tentu mereka akan jadi pelanggan. Oleh itu anda wajib bongkar rahsia pemasaran emel dan blog untuk menghasilkan jualan yang memberangsangkan dan konsisten. Anda akan faham bagaimana untuk automasikan perniagaan anda.
Sekiranya anda perasan, strategi pemasaran di media sosial dipengaruhi oleh perubahan yang dilakukan oleh pihak pentadbiran media sosial tersebut. Contoh yang paling mudah ialah Facebook Pages. Jika dahulu satu pos yang dibuat boleh sampai kepada 100% Fans, tapi hari ini ianya telah menurun di bawah paras 5%.

Mengapa pemasaran emel?
Semua pengguna di internet ada emel. Tapi bukan semua pengguna internet ada akaun di media sosial. Dan bukan semua pengguna internet yang gemarkan media sosial. Mereka lebih selesa atau ada kerja yang lebih penting dari media sosial. Sebab itu pemasaran emel masih releven.
Perkara utama yang perlu dikenal pasti untuk menjalankan pemasaran emel dengan efektif ialah anda perlu kenali prospek anda. Apakah kerja mereka, umur mereka, jantina mereka dan status perkahwinan mereka. Ini akan memudahkan anda untuk melakukan pemasaran emel nanti. Selain itu, anda perlu letakkan apakah nilai yang bakal mereka contohnya penyelesaian masalah, impian dan kemahuan.
Untuk memastikan pemasaran emel anda lancar, mulakan untuk membina hubungan yang baik dengan prospek. Di situ anda akan dapat membina kredibiliti dan kepercayaan. Apabila prospek yang sudah mendaftar mempercayai anda, barulah anda boleh mula menawarkan penyelesaian pada mereka. Apabila sudah percaya, mereka akan terus menerima tawaran dan membeli produk dari anda.
Mulakan dengan menghantar emel penghargaan kepada prospek. Berikan ucapan terima kasih kerana sudi mendaftar dalam senarai emel anda. Berikan laporan percuma sebagai penghargaan kepada mereka. Anda juga harus membantu mereka memahami laporan percuma yang diberikan. Dari situ anda akan faham apakah yang prospek perlukan dan mahukan untuk menyelesaikan masalah mereka.
Emel susulan untuk buat jualan
Berikut ialah sistem 7 emel yang digunakan untuk pemasaran emel :
- Emel 1 hingga 2 bina hubungan dan memberi nilai kepada pembaca.
- Emel 3 hingga 4 berikan nilai dan nyatakan permasalahan.
- Emel 5 berikan penyelesaian masalah dan terapkan penyelesaian.
- Emel 6 cadangkan penyelesaian dan sertakan testimoni.
Agak sukar untuk menerangkan pemasaran emel ini kerana ianya perlukan latihan teori dan praktikal sekaligus. Bagi memulakan latihan pemasaran emel, anda perlukan autoresponder. Ada banyak autoresponder yang terdapat di pasaran.
Anda diberikan tempoh 30 hari untuk menggunakannya secara percuma. Gunakan ia sebagai latihan untuk anda memahami selok-belok pemasaran emel dan autoresponder. Saya sendiri sudah menggunakan TrafficWave berbayar untuk menjalankan pemasaran emel saya. Caj bulanan sebanyak USD17.95 dikenakan secara tetap. Lebih kurang RM60 sebulan.
Pemasaran emel berjalan menerusi emel susulan yang disetkan dalam autoresponder. Ia akan menghantar emel secara automatik mengikut hari yang ditetapkan. Anda boleh gunakan emel susulan sebanyak 4 emel, 7 emel, 18 emel dan 21 emel. Oleh itu anda tak perlu menghadap komputer setiap hati atau terlalu lama kerana autoresponder anda sudah memudahkan kerja anda.
Anda tak cari orang tapi orang cari anda
Tajuk di atas menerangkan satu lagi teknik pemasaran iaitu menggunakan blog. Orang cari anda bermaksud pengguna internet mencari maklumat di enjin carian Google, Yahoo!, Bing dan Internet Explorer. Mereka cari maklumat yang diperlukan di internet sehingga jumpa di blog-blog yang berkaitan dengan maklumat yang diperlukan.
Inilah strategi yang berkaitan dengan Search Engine Optimization (SEO), Search Engine Marketing (SEM) dan Search Engine Result Page (SERP). Kebanyakan pengguna internet akan mencari maklumat yang dapat membantu mereka menyelesaikan masalah dengan cara ang cepat dan mudah. Oleh itu anda harus mengambil inisiatif untuk membina blog yang berkaitan dengan apa yang orang ramai mahu.
Blog niche kerjaya untuk bantu orang ramai
Contoh yang paling mudah ialah blog yang dihasilkan untuk niche kerjaya. Niche kerjaya ini amat berkaitan dengan perkara-perkara seperti berikut :
- Menghasilkan resume untuk cari kerja
- Persediaan temuduga kerja
- Strategi kerja kerajaan
- Motivasi dan keyakinan kendiri
Jika anda lihat salah satu contoh blog niche kerjaya terhasil untuk membantu graduan memulakan pekerjaan selepas tamat belajar di universiti. Untuk memohon pekerjaan, mereka perlu sediakan resume dan menyiapkan surat iringan (cover letter). Selepas resume mereka diterima oleh bakal majikan, mereka perlu membuat persediaan temuduga dengan baik.
Dari permasalahan yang ditimbul, anda juga boleh membina blog kerjaya yang mempunyai maklumat berguna untuk rujukan graduan. Sebenarnya bukan sahaja graduan, tetapi mereka yang sudah bekerja juga boleh mendapat manfaat dari blog anda. Maklumat kerjaya yang anda tuliskan boleh dibaca oleh ibu bapa, penjaga, abang, kakak atau saudara-mara yang mempunyai ahli keluarga bergelar graduan.
Dengan memberikan nilai maklumat kerjaya yang berguna kepada pembaca, anda akan mencipta satu kredibiliti dan kepercayaan kepada pembaca. Oleh itu anda perlu mulakan blog anda dengan niche kerjaya. Penuhkanlah blog tersebut dengan maklumat berkaitan dengan penulisan resume, persediaan temuduga dan maklumat jawatan kerja kerajaan dari Gred 11, Gred 17, Gred 27 dan Gred 41.
Tool old skool yang masih relevan..rugi tak dapat pergi kelas baru ni…terpaksa jaga anak kat umah..wife ada kelas…:-(
SaniYunus recently posted…Selamat Hari Guru
Tak mengapa, kami ada rakaman untuk mereka yang tak dapat hadir.
emel memang diakui sebagai channel terbaik untuk menjana duit bagi usahawan..
blog pula digunakan untuk mengumpul trafik
mrhanafi dot com recently posted…Perancangan Untuk Tahun Baharu 2018
Wahhh..barulah terbuka sikit tentang perkara ni..baca memang mudah..nak buat rasanya macam susah.. nak tak nak, kena usahakan sampai jadi..hehe
Hafizul recently posted…Mayat Bayi Kerat 15 Petanda Hati Sudah Mati
Betul, buat sampai jadi dan jangan berputus asa.
pilih satu dan polish.
tu je.
tak susah mana
tapi tak juga sesenang mana.
titan recently posted…Abang, nurse kata nanti bawa GL untuk buat bayaran bersalin kat hospital.
Ada susah dan senang untuk praktikkan 2 teknik ni.
nampak mudah….bukan semudah yg disangka.perlukan pengorbanan.kena faham erti pengorbanan tu baru dapat hasil …
Setuju, nak perkara yang mudah perlu bersusah payah dahulu.
Terima kasih Tuan Ikhwan Fahmi kerana sudi berkongsi maklumat yang bermanfaat tentang pemasaran emel.
70% cara Write to Wealth dapatkan pelanggan a.k.a customer acquisition datang daripada pemasaran emel.
Terima kasih Tuan Aqif, saya merupakan salah seorang pelanggan Tuan. Teknik penulisan yang Tuan kirim menerusi emel banyak mengajar saya bagaimana nak berkomunikasi dengan berkesan dengan subscriber 🙂
Kena ambil tahu pemasaran melalui emel pula selepas ni…
Noriza Rahman recently posted…Manfaat Vivix Untuk Kesihatan Yang Premium
best tu kalau tak perlu cari orang..mungkin kene pergi kelas marketing email ni..
zara recently posted…10 Mitos Dan Fakta Menopause Yang Patut Anda Ketahui
Rasa macam melecehkan email dan terlalu lama dan tak ikut trend.
Tapi sebenarnya itu yang boleh cari pelanggan kan.
AZENI AHMAD recently posted…Muka Adalah Cermin Kesihatan Dalaman Kita
Bila lama tinggal memang sudah nak ambil mood, mula mula je leceh lepas tu ok.
Sibuk dok jaga kebun pisang la, sayang tak pi bootcamp haritu. ada waktu kita jumpa.., mungkin boleh share.. jom bertani sambil bla bla..hehe
Dulu endah buat tak tahu tentang pemasaran emel ni, bergantung kepada SEO dengan SEM saja..sekarang baru tau, ini juga salah satu teknik yang sangat convert!
Satu ja problem.. masih kurang paham..tentang emel susulan 🙁
Syahril Hafiz recently posted…Ketahui Bagaimana ANDA Perlu Buru Kerjaya Lain Jika Kerja Kerajaan Dibekukan
Betul, bila dah faham tentang emel follow-up, kita akan dapat buat kerja pemasaran emel dengan lebih mudah.
program yang amat bermanfaat bagi saya.. terima kasih pada sifu2
Arif Luqman recently posted…10 Formula Headline Magnet Pelanggan Yang Anda Boleh Cuba Hari Ini
Sama-sama, yang bermanfaat kita kongsikan bersama.
Saya belum lagi menggunakan email responder..
Pada saya email responder adalah tool yang terbaik.
mrhanafi recently posted…Hadiah Kucing Peliharaan Simbolik Persahabatan
nanti blog DT dah power rangers, nak try pelbagai ilmu seperti marketing email dan blog.
Autoresponder sudah ada, tapi belum digunakan sepenuhnya lagi..
ahmadyani recently posted…Pengusaha Sambal Hitam Pahang Popular Di Terengganu
Terima kasih tuan berkongsi rahsia ini.
Saya ada juga terfikir mahu cuba pemasaran emel tetapi buat masa sekarang, saya cuba fokus satu jenis pemasaran dulu, blog. Tapi dalam masa yang sama, saya cuba belajar sikit-sikit tool klasik ni sebab saya tengok masih relevan.
Naziman Azlye recently posted…Panduan Kerja di Singapura
Buat blog sambil kumpul list emel kan
Boleh guna banyak kali
Ibu Zaid recently posted…Susu untuk ibu mengandung? Jenis Harga & Jenama terbaik dipasaran!
Style lama tapi masih kuat utk promote bisnes dan produk.. walaupun dah banyak org berkumpul kat media sosial…
Wan Syahida recently posted…Pakej Kursus Mobile Spa TWB 2018 Yang Lebih Hebat !