Bisnes

Rahsia Pendapatan Si Penganggur

Rahsia pendapatan si penganggur

Ada seorang kawan menelefon rakan lamanya. Terdengar suaranya seakan-akan baru bangun tidur menjelang tengahari, beliau mengambil inisiatif untuk memberi nasihat.

Kawan : Kau tidur sampai tengahari baru nak bangun, lebih baik kau cari kerja. Kalau rasa malas nak keluar, belajarlah buat duit di internet atau belajar teknik forex sebenar. Setakat buka Facebook tulis status bisnes, acah-acah alim buat apa. Belajar cari duit ada juga manfaatnya.

Penganggur : Saya dapat apa nanti?

Kawan : Kamu akan dapat ilmu, dari situ kamu boleh belajar buat duit. Dengan duit yang ada, kamu boleh buka syarikat Enterprise. Lepas setahun berniaga, kamu boleh kembangkan syarikat jadi PLT atau Sdn Bhd.

Penganggur : Saya dapat apa nanti?

Kawan : Kamu boleh upah pekerja, buat kerja-kerja syarikat, buat lebih banyak untung. Kamu boleh dapat duit yang banyak. Boleh besarkan syarikat, beli aset, buat produk baru dan jual saham syarikat untuk cari pelabur.

Penganggur : Saya dapat apa nanti?

Kawan : Masa itu kamu sudah senang, pekerja sudah ramai untuk buat bisnes untuk syarikat kamu.

Penganggur : Saya dapat apa nanti?

Kawan : Kamu boleh sambung tidur di rumah, sementara tunggu anak balik sekolah, sambil pantau perkembangan syarikat dari rumah. Takkan itu pun kamu tak tahu, kamu sudah jadi majikan.

Penganggur : Habis, kamu ingat saya tengah buat apa sekarang?

Dan kawan lama itu pun memberi salam sambil meletakkan telefon. Si penganggur sambung semula tidurnya kerana sudah semalaman beliau berjaga menyiapkan pelan jangka panjang untuk bisnesnya.

Every man has unknown battle to win.

 

rahsia pendapatan si penganggur
Semua orang boleh beri cadangan, tapi jangan sampai menjadi boneka orang lain.

4 thoughts on “Rahsia Pendapatan Si Penganggur”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.