Rahsia tukar prospek jadi pelanggan
Jika jualan bisnes anda masih di tahap biasa-biasa, maka usah simpan impian untuk hidup selesa. Anda masih perlu belajar rahsia tukar prospek jadi pelanggan. Jika Leads yang masuk untuk bisnes masih sedikit, bagaimana nak dapat untung besar?
Apakah maksud Leads?
Leads merujuk kepada orang yang berminat nak dapatkan produk atau servis anda. Mereka nak tahu dengan lebih mendalam. Leads yang banyak menentukan anda mendapat pelanggan dan jualan yang tinggi.
Leads –> Prospek –> Pelanggan
Tips tambahkan Leads
Lead boleh dikumpul menerusi banyak cara termasuklah pemasaran emel, WhatApps, Facebook Messenger, Direct Message Instagram, Google Form, SMS dan panggilan telefon. Semua ini anda boleh gabungkan untuk mendapatkan Lead Suppress.
Lead Suppress boleh didapati menerusi banyak sumber. Jadi anda harus dapatkan seberapa banyak Leads yang mungkin. Mulakan dengan bajet Facebook Ads serendah RM10 sehari. Tawarkan sesuatu yang percuma seperti ebook atau video bersiri yang bernilai tinggi. Pastikan ianya boleh membantu prospek menyelesaikan masalah dengan berkesan.

1. Bagi laporan percuma. Contoh paling mudah ialah laporan percuma yang bertajuk “Buat Komisyen RM200,000 Dengan Niche Sulit”. Ini adalah pos di Facebook. Lihat “Call To Action” di penghujung post. Ada arahan untuk PM bagi mendapatkan ebook tersebut.
2. Balas komen automatik. Anda ada pilihan untuk gunakan aplikasi manychat.com untuk membalas semua komen secara automatik. Ada pilihan untuk guna secara percuma atau berbayar dengan kos USD10 sebulan.
3. Bagi link untuk daftar. Seterusnya berikan link untuk prospek mendaftar dalam Inbox Facebook Messenger. Walau bagaimana pun ada 2 pilihan sama ada beri terus link untuk download atau minta mereka isi nama dalam Squeeze Page. Simpan emel prospek dalam autoresponder.
4. Pastikan anda follow up setiap lead yang masuk. Follow up untuk close sale. Boleh gunakan Onpay Payment Gateway untuk automatik sepenuhnya sebab ia akan terus ke laman jualan. Jika anda nak jual produk yang lebih mahal, gunakan WhatApps atau telefon. Jika anda nak uruskan 1,000 prospek, terus gunakan strategi pemasaran emel.
5. Gerakkan FB Ads sampai dapat rentak. Gunakan FB Ads anda untuk berikan tawaran pada prospek yang berminat. Pada bahagian Campaign Objective, pilih Lead Generation. Anda boleh buat Retargeting untuk semua prospek yang pernah Engage pada pos anda. Lebih banyak komen di pos, lagi banyak Leads yang bakal anda perolehi.
wah..info yang sangat bermanfaat nie..
bukan mudah tetapi memamng boleh buat punya.
mrhanafi recently posted…5 Jurus Sakti Untuk Skrip Copywriting
Biasanya kalau orang contact atau whatsapp untuk dapatkan produk, jadi atau tak jadi beli, kita boleh terus simpan nombor diaorang.
Database is KING!
Perlu simpan cantik dan kemas untuk proses follow up, sharing info dan lain-lain lagi..
Nice info
Noor aziana mohd salleh recently posted…7 Tips Terbaik Kawal Emosi Ketika Ekzema
Terima kasih berikan tip yang bagus dalam internet marketing. Banyak yang perlu saya belajar. Masih baru dalam jualan online.
HIDAYAH AZMAN recently posted…MAKANAN YANG BAGUS UNTUK KECUTKAN CYST SEMASA MENGANDUNG
Traffik is the King! Kalau ada traffik yang sesuai dengan tawaran yang diberikan memang boleh masyuk!
Sani recently posted…Sejak Abang Joing Group Ni Hidup Abang Huru-Hara!