Rancang wang cara percuma
Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal. Itu semua orang tahu, tapi belum tentu orang akan buat. Bijak merancang wang boleh membantu anda mengelakkan diri dari papa kedana. Ada satu perkakas yang dihasilkan untuk merancang kewangan dengan menggunakan Microsoft Excel. Anda boleh guna Excel kewangan 2017 untuk rancang wang cara percuma.
Tanpa perancangan kewangan di peringkat permulaan, anda bakal berdepan dengan risiko membazir, belanja negatif, tak dapat menyimpan dan mungkin terpaksa berhutang untuk menampung belanja yang tidak cukup-cukup. Sebab itu anda perlukan Excel Kewangan 2017 untuk membantu perancangan kewangan anda.
Excel Kewangan 2017 ini boleh membantu anda membuat penilaian :
- Kewangan peribadi
- Pendapatan-pendapatan yang sudah dicipta
- Hutang-hutang bank dan baki hutang yang tinggal
- Belanja bulanan
- Simpanan dan aset terkini
- Perlindungan diri, harta atau hutang
- Jumlah bersih harta sama ada negatif atau positif
- Aliran tunai bulanan untuk rancang wang dengan lebih baik
- Lihat peratus simpanan berbanding hutang
- Tahu DSR sendiri untuk elak buat hutang jahat
- Jaual tahunan untuk pantau dan kemaskini simpanan dan perbelanjaan

Siapa yang wajib dapatkan Excel Kewangan ini?
- Rakyat Malaysia
- Berusia 20 tahun dan ke atas
- Kerja makan gaji
- Usahawan
Bonus yang anda bakal terima
- Jadual harga rumah, ansuran bayarandan kos yang terlibat bermula RM100,000 ke RM1,000,000
- Jadual ansuran pembayaran ASB bermula RM10,000 ke RM200,000