Resepi Biskut Raya Cornflake Madu

Mar 03

Resepi biskut raya cornflake madu

Resepi disediakan oleh Bobley Zain

Menyediakan biskut untuk persediaan menyambut hari perayaan seperti Hari Raya Aildilfitri adalah satu kepuasan. Anda dapat menjimatkan perbelanjaan daripada membeli biskut raya sekaligus mengasah kemahiran untuk menyediakan makanan ringan ini.


Bahan-bahan yang diperlukan ialah :

  1. 600 gram Kellog’s cornflake.
  2. 18 sudu besar madu.
  3. 300 gram mentega.
  4. 200gram Wallnut hancur.
  5. 200gram bijan.
  6. Ceri merah atau kekacang, ikut citarasa.
  7. 9 sudu teh besar gula perang atau gula biasa.

Cara-cara penyediaan biskut raya cornflake madu

1. Panaskan atas kuali dengan api yang kecil untuk bahan mentega, madu dan gula sehingga naik warna perang.

2. Hancurkan cornflakes sehingga saiz yang minimum.

3. Panggangkan wallnut, hancurkan hingga lumat dan potong ceri merah atau hijau menjadi dadu atau saiz yang kecil.

4. Masukkan bahan bancuhan panas tadi di dalam cornflakes, masukkan ceri, bijan dan wallnut, kacau hingga sebati.

5. Masukkan dalam pembungkus plastik.

6. Panaskan di dalam oven selama 10 minit pada suhu 150 darjah celcius.

Kesimpulan

Memiliki kemahiran menyediakan kuih raya adalah satu bonus, lebih-lebih lagi jika ianya disediakan oleh seorang lelaki. Biasanya juadah musim perayaan kebanyakannya disediakan oleh kaum wanita.

Jika anda sudah mahir, anda boleh menjadikan biskut raya cornflakes madu ini sebagai produk jualan anda di musim perayaan. Selain daripada berjimat, anda juga dapat menjana pendapatan menerusinya.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang resepi biskut raya cornflakes madu, sila hubungi encik di talian Bobley Zain 012-3200406.

Barangkali anda berminat untuk belajar dengan beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.