Resepi nasi mandy kambing Yaman
Bila teringin untuk menikmati nasi arab, sudah pasti anda perlu mencari kedai-kedai makan atau restoran yang menyediakan hidangan eksklusif ini. Namun begitu bukan mudah untuk menjumpai medan selera yang menyediakan menu ini.
Harga yang ditawarkan juga agak tinggi daripada hidangan harian yang anda biasa temui di kedai-kedai makan harian. Anda perlu menyediakan sekurang-kurang RM20 untuk menikmati hidangan yang lazat ini. Harga nasi arab juga berbeza antara satu sama lain, bergantung pada jenis-jenis lauk yang dipilih. Di antaranya ialah daging, ayam dan kambing.

Terdapat 4 jenis nasi arab yang boleh anda nikmati, contohnya :
- Nasi mandy kambing Yaman
- Nasi mandy ayam Saudi
- Nasi kabsah ayam
- Nasi maqluba ayam
Dalam sekotak nasi mandy kambing Yaman, anda tidak perlu lagi bersusah payah mencari bahan-bahan masakan yang diperlukan. Semuanya sudah tersedia dalam satu pakej.
Cara-cara menyediakan nasi mandy kambing Yaman
Pertama sekali anda perlu dapatkan pek nasi mandy kambing Yaman.
Bahan-bahan yang anda perlukan ialah :
1. Beras basmathi
2. Rempah serbuk mandy
3. Rempah tumis mandy
4. 1.5 kilogram kambing (daging dan tulang)
5. 5 biji bawang putih
6. 2 biji bawang besar
7. 3 sudu besar minyak masak
8. 2 batang cili hijau
9. Garam
Daging kambing hendaklah direbus sehingga empuk tanpa garam.
Nasi mandy hendaklah dimasak mengikut cara-cara di bawah :
1. Beras hendaklah direndam selama 20 minit atau lebih. Toskan selepas rendaman.
2. Rempah hidup seperti pelaga, kayu manis, lumi dan cengkih ditumis bersama 2 biji bawang besar dan 5 biji bawang putih yang siap dihiris.
3. Masukkan serbuk rempah mandy setelah bawang garing, tumis dengan api yang kecil. Kemudian tutup api. Pastikan anda gunakan kesemua rempah tumis yang disediakan dalam set.
4. Tumiskan bawang dan rempah tadi dicampurkan bersama beras ke dalam periuk nasi elektrik.
5. Masukkan pewarna kuning telur 2 sudu kecil, garam 1 setengah sudu kecil dan cili hijau 2 batang.
6. Tambah air rebusan 600 mililiter bersama daging ke dalam periuk.
7. Tanak nasi dalam periuk nasi elektrik. Setelah 80% nasi masak, gaulkan perlahan-lahan dan seterusnya tutup kembali supaya nasi masak dengan sepenuhnya.
Cara buat sos harrah
1. Sediakan 2 biji tomato, 2 ulas bawang putih, 1 sudu kecil perahan lemon, daun ketumbar, cili padi dan garam.
2. Kisar kesemua bahan tanpa mencampurkan air.
Dengar nama pun dah terbuka selera, belum lagi klu dpt makan.. mmg sedap ni.
Terbaca resepi pagi buta ni rasa lapar pulak..huhuhu
Maz Jamal recently posted…Promosi Vivix Shaklee 2018 : Harga Vivix shaklee Paling Murah