Kehidupan

Rezeki Yang Datang Tanpa Disangka

Rezeki yang datang tanpa disangka

Masa saya keluar rumah untuk membeli barang, kedengaran Ustaz Zaharudin sedang memberi ceramah di radio. Saya tak pasti saluran mana, tetapi ia berkaitan dengan rezeki. Tajuk spesifiknya rezeki yang datang tanpa disangka.

 

Makan dan minum percuma semasa ibadah

Tajuk tersebut disampaikan beserta kisah sebagai contoh. Kisah pertama berkaitan dengan seorang ahli ibadah yang tekun dengan ibadahnya. Di antara doa yang sering dipohon kepada Allah SWT ialah supaya dia mendapat makan dan minum secara percuma supaya dia mudah untuk beribadah kepada Allah SWT.

Suatu hari, ahli ibadah tersebut telah dikaitkan dengan pertuduhan jenayah. Beliau tidak dapat mengelak dari pertuduhan tersebut. Selepas diadili, dia didapati bersalah dan dihukum penjara untuk suatu tempoh yang panjang. Di dalam penjara tersebut, ahli ibadah tersebut mendapat makan dan minum secara percuma sekaligus dapat beribadah dengan lebih fokus.

 

 

rezeki-yang-datang-tanpa-disangka
Bila Allah uji, jangan cepat mengalah. Allah mahu hambaNya berusaha dengan lebih kuat lagi.

Muflis tapi rezeki berkat

Kisah kedua berkaitan dengan seorang ahli perniagaan yang memiliki syarikat perniagaan yang besar. Dia meminta nikmat rezeki yang tidak putus-putus dari Allah SWT. Suatu hari, beliau diistiharkan muflis dari peniagaan. Tidak ada peluang untuk dia mempertahankan perniagaannya.

Selepas ditimpa musibah, beliau berhajat untuk memulakan perniagaan yang baru. Pendapatan yang diterimanya jauh lebih kecil dari perniagaannya yang terdahulu. Sungguh pun kecil, ia masuk secara konsisten. Lantas beliau teringatkan doanya dahulu agar Allah SWT mengurniakan rezeki yang tidak putus-putus. Mungkin Allah SWT hendak menyucikan sumber pendapatannya semasa mula-mula berniaga dahulu.

Firman Allah SWT dalam Surah Ath-Thalaaq, ayat 3 :

“Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”.

 

Pengajaran buat diri saya

Semasa saya mendapat kisah ini, saya sudah pun berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri. Saya semakin yakin dengan rezeki yang Allah SWT kurniakan. Dulu masa kerja, setiap hujung bulan baru ada duit belanja, tapi sekarang bila sudah berniaga sendiri duit masuk dalam akaun bank tanpa perlu tunggu hujung bulan.

Perkara yang paling utama ialah saya dapat meluangkan masa dengan anak dan isteri dengan lebih berkualiti. Alhamdulillah.

11 thoughts on “Rezeki Yang Datang Tanpa Disangka”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.