RM30 ribu dengan produk informasi
Semasa artikel ini ditulis, saya dan Tim Infokerjaya baru sahaja selesai membuat jualan produk informasi dalam niche kerjaya. Kami hasilkan dalam bentuk ebook supaya ianya cepat untuk disiapkan dan cepat untuk diedarkan kepada pelanggan. Dalam masa 4 hari, kami dapat hasilkan jualan RM30 ribu dengan produk informasi tersebut. Oleh itu, saya nak kongsikan tips bagaimana nak hasilkan jualan lebat dalam masa yang singkat. Ia boleh dijadikan panduan tetapi hasilnya mungkin berbeza jika anda lakukan.

Permintaan tinggi di enjin carian Google
Ramai orang kata, kalau ada masalah Google saja. Pasti ada banyak maklumat yang anda jumpai. Oleh itu anda harus ada satu senjata pemasaran yang mesra dengan Google iaitu blog. Tidak kira sama ada blog yang guna platform Blogspot atau WordPress, ianya haruslah menepati dengan istilah Search Engine Optimization (SEO). SEO ini akan membawa blog anda kepada Search Engine Marketing (SEM) dan Search Engine Result Page (SERP) yang baik. Jadi binalah blog yang menepati 3 istilah tersebut.
Menyimpan data emel pelanggan
Untuk kekal berhubung dengan prospek anda, pasang opt-in form pada blog anda. Apabila jualan produk informasi sudah dibuka, terus maklumkan pada mereka. Anda tidak perlu berada di depan komputer terlalu lama, jadi setkan autoresponder anda untuk menghantar emel pada mereka supaya produk informasi yang sudah dilancarkan ditempah dengan kadar yang segera. Perlu diingat bahawa pemasaran emel adalah senjata yang evergreen dan digunakan secara meluas oleh usahawan-usahawan internet.
Produk informasi yang evergreen
Tidak banyak produk informasi yang boleh dijual sepanjang masa. Jika ada pun dibuka dalam masa yang amat terhad. Dalam niche kerjaya, produk informasi seperti ebook dijual dalam masa 5 hari sahaja. Selepas itu ianya tidak akan ditawarkan lagi kepada umum. Jadi ejen affiliate Tim Infokerjaya pasti akan mempromosikan ebook tersebut dalam masa tersebut supaya komisyen dapat dijana dengan semaksimum yang boleh.
Calon-calon yang terlibat pula akan berpusu-pusu mendapatkan ebook tersebut kerana mereka perlu membuat persediaan untuk temuduga secepat yang boleh. Jika lambat, mereka berisiko tinggi untuk gagal kerana tiada sebarang panduan untuk menghadapi temuduga. Di pasaran kedai buku belum tentu boleh jumpa kerana tiada penerbit yang mengeluarkan buku fizikal seperti yang Tim Infokerjaya lakukan.
Belajar promosikan produk informasi
Jadi itulah sedikit sebanyak perkongsian saya untuk produk informasi yang boleh dihasilkan sehingga menghasilkan jualan sebanyak RM30,000. Ia bukanlah mudah jika dilakukan secara bersendirian. Belum tentu jumlah tersebut dapat dicapai tanpa bantuan promosi dari ejen affiliate Tim Inforkerjaya. Jika anda nak belajar menghasilkan komisyen produk informasi yang boleh menjual, terus daftar di laman video bisnes ebook.
Ooo macam tu rupanya huhuhu
Ibu Zarith recently posted…Menjana Pendapatan Sampingan Dari Rumah Dengan Cara Yang Menyeronokkan
agen affiliate yang effisien mampu menghasilkan jualan yang tinggi dan tidak mustahil juga boleh cecah jutaan ringgit.
mrhanafi recently posted…Aplikasi Facebook Lite Jimat Data
RM 30 ribu ??? Wow, bestnya kalau saya pun macam tu. So far, baru mampu buat RM 30 huhuhu … Lambat lagi nak capai tahap tu. Apapun, akan terus mencuba 🙂
Dja recently posted…Peluang Usaha Niaga Bersama Usahawan.Com
fuyoooo… pakcik kayo woooo… dapat kumpul database dan buat duit secara berterusan memang best woooo…
abdfatah recently posted…Contest Review Lynk.my 2015
kalau bijak, memang boleh beri peluang yang hensem.
titan recently posted…TIGA Rahsia dan CARA Menambat NAFSU suami
Kena rajin kumpul database ni. 30k tu tak mustahil 🙂
lebat sangat ni..terbaik la tim inforkerjaya.
Alhamdulillah, terima kasih:)
orang bijak selalu dapat peluang camni
raihanah recently posted…Cara Bisnes Shaklee Sampai Berjaya
Good tip.
Kena menulis SEO yang betul dan tepat.
Baru dapat menghasilkan produk yang sering dicari prospek.
HIDAYAH AZMAN recently posted…3 TIPS KEKAL SIHAT DAN AKTIF KETIKA MENGANDUNG
Untuk jangka masa panjang, SEO adalah pilihan yang terbaik.