Kewangan

Salahkan Orang Lain Lagi Senang

Salahkan orang lain lagi senang

Zaidi Ismail ada bercerita tentang sikap masyarakat di Malaysia yang gemar menuding jari. Maklumlah, salahkan orang lain lagi senang dari salahkan diri sendiri. Contoh paling mudah ialah dapat gred rendah masa belajar di sekolah. Mereka salahkan sekolah, salahkan guru dan salahkan sistem pendidikan.

Jika dilihat pelajar lain boleh sahaja berjaya dengan cemerlang walau pun berdepan dengan keadaan yang sama. Diri sendiri malas pula tidak diakui. Jika tak mampu belajar akademik, mengapa tak mahu belajar kursus kemahiran? Menyalahkan ibu bapa untuk memilik tempat belajar, terikut-ikut kawan. PTPTN pun kena bayar sendiri, bukan orang lain bayarkan.

 

salahkan orang lain lagi senang
Dengan menyalahkan orang lain takkan menjadi diri anda betul.

 

Salahkan kerajaan, parti politik

Bila masuk hal politik, mula salahkan kerajaan, pemerintah dan parti politik. Masa pilihan raya sudah lupa, mereka sendiri pangkah parti tersebut. Jika tak suka dengan parti tersebut, tak ada pula usaha nak berkempen bersama-sama. Sembang kencang, turun padang jauh sekali.

Masuk hal hartanah, mula bising sebab harga rumah mahal. Pelabur hartanah yang tak ramai mana pula jadi mangsa. Walhal diri sendiri yang salah sebab nak beli rumah mahal. Rumah kos rendah atau rumah mampu milik tak pula dipandang. Rumah lelong dan rumah sekunder yang nampah buruk di mata lagi dijauhkan.

Bila wang tak cukup, mula nak tuding jari pada majikan sebab mengambil kesempatan. Sudah sekian lama bekerja di syarikat yang sama, caci majikan sampai hilang keberkatan rezeki. Jika tak suka, carilah kerja di tempat lain. Orang lain ada waktu yang sama, siang kerja pejabat malam buat Uber secara sambilan.

 

Beli baju mahal musim raya

Bila tiba musim raya, banyak barang mula naik harga. Butik-butik pakaian ternama mula menjual dengan harga tinggi. Mereka mula bising sebab hanya mampu lihat, nak beli pun fikir banyak kali. Sedangkan banyak lagi tempat yang jual pakaian dengan harga yang lebih rendah. Lepas raya, harga pakaian di tempat mahal jadi macam biasa.

Bila sentuh hal gaji, mula bandingkan dengan gaji orang lain yang lebih tinggi. Diri sendiri juga yang silap, sudah tahu gaji kecil pergi buat pembiayaan peribadi, beli kereta melebihi kemampuan dan guna kad kredit sampai maksimum.

Masuk bab makanan pun berkira. Makan di tempat mewah dan harga makanan pun mahal. Balik rumah bising sebab bayar lebih. Tak ada pula mahu belajar buat makanan sendiri, baru tahu betapa susahnya nak buat nasi lemak, karipap dan kuih-muih yang lain.

Hidup yang dilalui sentiasa ada tekanan, tapi bila ia datang orang lain yang dipersalahkan. Bila orang lain hidup mewah, rasa diri ketinggalan. Orang pakai kereta BMW, maka diri sendiri pun nak ikut pakai BMW. Mereka gaji RM10,000 sebulan tak ada masalah nak pakai kereta mewah, kalau diri sendiri gaji RM1,000 lebih baik belajar tambah pendapatan dahulu.

Masuk bab keluarga, suami salahkan isteri sebab malas dan sebaliknya. Ke sana ke mari buka aib pasangan masing-masing dan tak nak bercerai. Bila dilihat semula, kedua-duanya masih memerlukan dan tak sanggup hidup sebagai duda atau janda.

Hidup ini bukan hanya untuk tuding jari pada orang lain, tapi diri sendiri harus berusaha untuk capai impian yang diinginkan. Jika anda tak berubah, akan tiba masanya anda dipaksa untuk berubah. Dulu tak ada telefon boleh hidup, tapi hari ini tak ada telefon susah nak hidup.

13 thoughts on “Salahkan Orang Lain Lagi Senang”

  1. Rasa iri terhadap kebahagiaan orang lain adalah salahsatu ciri bahwa kita lupa bersyukur akan karunia-Nya…
    Lupa akan nikmat yang sudah kita terima dengan begitu murah…
    Karena memang sangat mudah menyalahkan orang lain, beda halnya apabila kita sendiri yang disalahkan…
    Semoga kita semakin lebih baik dalam menjaga sikap kita…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.