Kehidupan

Selepas Keguguran Aku Yang Kerisauan

Selepas keguguran aku yang kerisauan

Lebih kurang 2 bulan selepas isteri aku gugur, beliau mula datang bulan seperti biasa. Cuma ianya meragukan bila tempohnya jadi terlalu lama. Selepas keguguran aku yang kerisauan. Suami mana yang tak risau. Cuma aku tak tunjuk depan dia. Bukan sebab aku Mr Nice Guy tapi Mr Arrogant.

Aku mengambil keputusan untuk bawa isteri ke klinik pakar wanita di Bangi. Bukan sebab banyak duit, cuma aku rasa mampu. Mampu tak perlukan istilah kaya atau miskin. Yang penting aku boleh dapatkan isteri aku seorang doktor wanita. Jadi tak perlulah dia rasa segan.

 

selepas keguguran aku yang kerisauan
Bukan rezeki kami kali ini.

 

Doktor ambil ujian air kencing dengan periksa bahagian perut. Anak aku yang berusia 2 tahun 3 bulan memang tak nak duduk diam. Berlari sana sini nak main. Mesin timbang dalam bilik doktor pun dia ketuk-ketuk. Jururawat yang lalu lalang tersenyum simpul tengok perangan hiper aktif dia.

Status belum dapat dipastikan jadi kenalah buat ujian ultra sound. Kena buat temujanji waktu petang. Lepas bayar bil RM80, aku balik ke rumah mertua di Semenyih sebab ada masa panjang lagi nak tunggu. Lepas solat zuhur kami bergerak semula ke Bangi untuk temujanji dengan doktor.

Tengok nombor giliran, nampak lambat lagi nak dipanggil. Aku buka netbook, sambung taip nota Separa Perubatan yang bakal aku edarkan kepada pembaca dalam bulan April nanti. Aku rasa bersemangat nak buat nota ini sebab rasa terima kasih dekat doktor dan jururawat yang pernah rawat emak dan isteri aku.

Nota sudah siap, jadi aku boleh fokus pada penulisan contoh soalan peperiksaan Separa Perubatan pula. Aku bukan ada asas dalam bidang Separa Perubatan, jadi aku perlu buat banyak rujukan supaya tak tersilap maklumat. Tahun lepas ada 15,000 pelawat masuk blog aku dalam masa sehari sebab nak cari maklumat.

 

Hospital swasta pun kena tunggu

Selepas kira-kira 2 jam menunggu, doktor masih sibuk dengan pelanggan yang lain. Menunggu bukanlah kegemaran aku sampai berjam-jam lamanya. Macam faham saja dengan sikap aku, isteri pun ajak balik. Sampai saja di rumah dalam 4.30 petang, pihak klinik telefon.

Maaflah sudah sampai rumah takkan nak keluar balik. Isteri aku pun macam malas nak datang lagi. Jadi aku pun sambung kerja balik. Kalau klinik kerajaan pun tunggu lama, klinik swasta pun tunggu lama. Mudah-mudahan tempoh menunggu dapat dikurangkan pada masa yang akan datang.

 

Apa yang sepatutnya dibuat kalau keguguran

Aku pun tak tahu nak buat apa. Cuma sebab bila benda sudah jadi, kena ambil tahu juga. Sebab ini melibatkan soal kesihatan dan keselamatan isteri. Jadi aku kena belajar balik dengan emak aku. Dia ada pengalaman mengurut orang lepas bersalin. Dulu masa awal-awal gugur, mertua aku carikan orang yang boleh urut isteri aku.

Rupa-rupanya dia tak naikkan rahim isteri aku. Jadi aku balik kampung minta tolong emak aku urutkan. Serba salah juga sebab dia pun bukan sihat selalu. Aku rasa bersyukur sebab ada emak yang boleh menasihatkan tentang kesihatan. Lepas arwah nenek tiada, dialah tempat aku bertanya tentang hal ehwal kesihatan.

Nak tak nak, aku kena juga cari informasi tentang keguguran. Sekurang-kurangnya aku boleh kongsikan dengan orang lain yang bertandang ke blog aku.

 

Sisa tinggalan dari keguguran

4 bulan sudah berlalu. Masa aku bermusafir ke Melaka atas urusan kerja, isteriku menelefon dari Semenyih. Katanya sakit perut. Masa awal pagi ada ketulan daging keluar. Kata doktor itu adalah sisa yang tertinggal selepas keguguran. Maknanya kena rehat lagi sebelum isteriku boleh mengandung sekali lagi.

Aku memang susah hati sebab baru saja tiba di Melaka. Nasib baik isteriku boleh lagi bawa kereta ke klinik. Ada adik ipar yang temankan sekali. Jadi aku tak berapa susah hati walau pun meronta-ronta nak balik semula ke rumah. Aku sempat telefon ayah bagitahu hal ini. Ayah kata daging itu uri kecil.

Aku berdoa dan berusaha supaya isteriku boleh mengandung sekali lagi. Siapa yang tak mahu menambah zuriat. Soalnya itu semua soal rezeki yang Allah kurniakan. Cuma masyarakat di sekeliling pasti akan bertanyakan bila nak menambah lagi? Aku akan jawab baru saja lepas gugur.

27 thoughts on “Selepas Keguguran Aku Yang Kerisauan”

  1. Sebenarnya wanita yang keguguran lagi ketet kena jaga pantangnya..
    Kena pantang macam biasa orang bersalin.
    Kena mengurut badan naikkan betul2 rahim.
    Pastu rahim dalam keadaan ‘kosong’ selepas disahkan keguguran.
    Sebab kadang2 sesetangah taknak cuci.
    Bahaya.
    Apa2 kena check dengan pakar wanita.
    AZENI AHMAD recently posted…Cara Buat Jus Daun Betik Untuk Rawat DenggiMy Profile

  2. Mek ila antara ibu-ibu yang bermasalah ketika kehamilan. Kalau Gynae, Mek ila suka ke Ampang Puteri berjumpa dengan Dr Marlik. Itulah gynae Mek ila selama ini selepas frust dengan khidmat Gynae di hospital lain. Paling terharu bila Dr bagi nombor telefonnya dan bagitau ‘ you can call me anytime’.
    Caj Dr juga sangat-sangat berpatutan memandangkan kita bayar sendiri. Terharu sangat atas keprihatinan Dr ini.
    Mek ila Jual Vitamin recently posted…Misi Mendapatkan Air Kelapa Muda Fresh dan Tanpa GSTMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.