Hartanah

Senarai Semak Beli Rumah Lelong

Senarai semak beli rumah lelong

Ada ramai di kalangan masyarakat hari ini masih kabur dengan proses beli rumah lelong. Secara asasnya ada 18 senarai semak beli rumah lelong yang wajib diketahui bila anda berminat untuk membeli rumah lelong. Secara amnya, membeli rumah lelong menguntungkan kerana harga yang ditawarkan berada di bawah pasaran.

Menurut Kamarol Faizal, yang berpengalaman dalam hartanah lelong, tersilap langkah boleh mengakibatkan kerugian. Oleh itu sila teliti proses beli rumah lelong bermula dengan maklumat dalam surat yang terdapat dalam Syarat Jualan Lelongan (Proclamation of Sale).

1. Tarikh dan waktu lelong. Pastikan anda ingat tarikh dan waktu rumah tersebut dilelong supaya tidak terlepas tarikh.

2. Lokasi lelong. Semak lokasi di mana proses lelongan akan diadakan. Ada tempat yang mempunyai nama yang sama tetapi lokasinya berbeza.

3. Nama bank dan peguam yang melelong. Lihat senarai bank dan peguam yang terlibat. Ini boleh memudahkan anda untuk membuat persiapan kewangan.

4. Status hartanah. Lihat sama ada ianya lot bumiputera atau bukan bumiputera, rizab Melayu atau bukan.

5. Jenis hartanah. Semak sama ada ianya tanah kediaman dan komersial. Mudah anda nak bajet bil elektrik dan air nanti.

6. Luas tanah. Lihat berapa luas tanah atau luas rumah yang dilelong.

7. Pegangan tanah. Semak sama ada ianya jenis hak milik kekal (freehold) atau pajakan (leasehold).

8. Semak mukim atau daerah mana yang mengeluarkan geran.

9. Jenis geran. Adakah ianya berstatus geran individu atau sudah mendapat strata atau belum.

10. Berapa lama rumah tersebut sudah dibina.

 

senarai-semak-beli-rumah-lelong
Ada beberapa perkara yang perlu anda semak sebelum membeli rumah lelong.

 

11. Nama dan status pemaju. Semak adakah pemaju masih ada atau sudah diambil alih oleh syarikat lain.

12. Deposit. Berapa nilai deposit yang perlu disediakan, adakah 5% atau 10% dari harga rumah.

13. Deposit disediakan dalam bentuk Bank Deraf dengan nama bank atau nama individu.

14. Berapa cukai dan bil utiliti yang tertunggak. Anda perlu tanggung jumlah keseluruhan bil ini.

15. Berapa lama tempoh untuk melangsaikan baki belian rumah lelong. Semak sama ada 90 hari atau 120 hari.

16. Anda perlu membuat pemeriksaan rumah yang dilelong sama ada ia masih dihuni atau sudah kosong. Kerosakan yang ada perlu diambil perhatian selain faktor kejiranan dan persekitaran.

17. Semak harga pasaran untuk rumah yang dilelong supaya anda boleh buat perbandingan di antara harga lelong dan harga jualan. Berapa penjimatan yang anda boleh dapat.

18. Sebelum membida, sasarkan berapakah harga paling tinggi yang anda boleh berikan. Letak target 10% hingga 30% dari harga pasaran.

 

8 thoughts on “Senarai Semak Beli Rumah Lelong”

    1. Rumah yang dilelong dapat pada pemilik baru, pemilik lama hutangnya tertebus dengan hasil lelongan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.