Servis Cuci Karpet Kajang, Puchong, Bangi, Putrajaya, Serdang, Shah Alam, Puncak Alam, Balakong dan Bandar Tun Hussein Onn

Masalah seperti karpet berhabuk dan berbau hapak memang merimaskan. Lebih-lebih lagi pada keluarga yang besar, berkerjaya dan mempunyai masa yang terbatas di rumah. Untuk mengemas rumah pun tidak dapat dilakukan selalu, apatah lagi mencuci karpet. Oleh itu, kami dari Dobi Harum menawarkan untuk anda servis cuci karpet Kajang, Puchong, Bangi, Putrajaya, Serdang, Shah Alam, Puncak Alam, Balakong dan Bandar Tun Hussein Onn.

 

servis cuci karpet kajang, puchong, bangi, putrajaya, serdang, shah alam, puncak alam, balakong dan bandar tun Hussein onn

Aktiviti mencuci karpet sedang dijalankan.

 

Karpet jadi sarang penyakit

Lihat sahaja karpet yang sudah dipakai selama bertahun-tahun. Kuman, habuk, debu, sisa makanan dan hama terperangkap dan berkampung di karpet anda. Di situlah tempat anak-anak bermain, tempat keluarga berkumpul dan menonton televisyen. Jika ada anak-anak kecil, pasti kotoran tersebut mudah untuk melekat pada badan mereka.

Jika anda sapu atau vakum karpet tersebut, ia hanya sekadar menghilangkan habuk dan debu di bahagian permukaan sahaja. Kuman, kotoran dan hama masih ada di bahagian dalam. Kalau kena pada orang dewasa mungkin tak mengapa, tapi jika kena pada anak-anak pasti akan menyebabkan rasa gatal-gatal di badan.

Harga belian karpet yang mencecah RM500 hingga RM5,000 terbiar begitu sahaja tidak diuruskan. Jika sudah buruk dan tak mahu digunakan lagi, ia akan digulung dan disimpan dalam stor pula. Bukankah lebih baik anda hantarkan kepada kami untuk dicuci dan dibersihkan dengan baik?

 

Bagaimana karpet anda dicuci?

Kami akan membersihkan karpet anda dengan sebaik-baiknya. Bermula dengan proses menghilangkan habuk dan kotoran kering, kami akan cuci karpet tersebut dengan sabun yang terbaik. Kemudian, karpet akan diberus dengan mesin cuci karpet dengan sebersih-bersihnya.

Anda hanya perlu hubungi kami dan kami akan datang untuk ambil di pintu rumah anda. Tak perlu lagi anda keluar meredah jalan raya semata-mata hendak menghantar karpet. Lagi pun bukan semua jenis karpet boleh muat dalam kereta. Servis cuci karpet kami meliputi kawasan seperti :

  • Kajang
  • Puchong
  • Bangi
  • Putrajaya
  • Serdang
  • Shah Alam
  • Puncak Alam
  • Balakong
  • Bandar Tun Hussein Onn

 

Hubungi kami sekarang!

Harga cucian karpet bermula serendah RM50 hingga RM180 bergantung kepada jenis dan saiz karpet. Hanya perlu hubungi atau WhatApps kami di talian 017-4802045 (Ikhwan) untuk mengambil karpet anda. Penghantaran adalah percuma, kami caj harga cucian karpet sahaja.