Servis Cuci Karpet Kajang, Puchong, Bangi, Putrajaya, Serdang, Shah Alam, Puncak Alam Dan Balakong

Feb 05

Servis Cuci Karpet Kajang, Puchong, Bangi, Putrajaya, Serdang, Shah Alam, Puncak Alam dan Balakong

Masalah seperti karpet berhabuk dan berbau hapak memang merimaskan. Lebih-lebih lagi pada keluarga yang besar, berkerjaya dan mempunyai masa yang terbatas di rumah. Untuk mengemas rumah pun tidak dapat dilakukan selalu, apatah lagi mencuci karpet. Oleh itu, kami dari Dobi Harum menawarkan untuk anda servis cuci karpet Kajang, Puchong, Bangi, Putrajaya, Serdang, Shah Alam, Puncak Alam dan Balakong.

 

servis cuci karpet kajang, puchong, bangi, putrajaya, serdang, shah alam, puncak alam dan balakong

Aktiviti mencuci karpet sedang dijalankan.

 

Karpet jadi sarang penyakit

Lihat sahaja karpet yang sudah dipakai selama bertahun-tahun. Kuman, habuk, debu, sisa makanan dan hama terperangkap dan berkampung di karpet anda. Di situlah tempat anak-anak bermain, tempat keluarga berkumpul dan menonton televisyen. Jika ada anak-anak kecil, pasti kotoran tersebut mudah untuk melekat pada badan mereka.

Jika anda sapu atau vakum karpet tersebut, ia hanya sekadar menghilangkan habuk dan debu di bahagian permukaan sahaja. Kuman, kotoran dan hama masih ada di bahagian dalam. Kalau kena pada orang dewasa mungkin tak mengapa, tapi jika kena pada anak-anak pasti akan menyebabkan rasa gatal-gatal di badan.

Harga belian karpet yang mencecah RM200 hingga RM1,000 terbiar begitu sahaja tidak diuruskan. Jika sudah buruk dan tak mahu digunakan lagi, ia akan digulung dan disimpan dalam stor pula. Bukankah lebih baik anda hantarkan kepada kami untuk dicuci dan dibersihkan dengan baik?

 

Bagaimana karpet anda dicuci?

Kami akan membersihkan karpet anda dengan sebaik-baiknya. Bermula dengan proses menghilangkan habuk dan kotoran kering, kami akan cuci karpet tersebut dengan sabun yang terbaik. Kemudian, karpet akan diberus dengan mesin cuci karpet dengan sebersih-bersihnya.

Anda hanya perlu hubungi kami dan kami akan datang untuk ambil di pintu rumah anda. Tak perlu lagi anda keluar meredah jalan raya semata-mata hendak menghantar karpet. Lagi pun bukan semua jenis karpet boleh muat dalam kereta. Servis cuci karpet kami meliputi kawasan Kajang, Bangi, Putrajaya, Serdang dan Balakong.

 

Hubungi kami sekarang!

Harga cucian karpet bermula serendah RM50 hingga RM150 bergantung kepada jenis dan saiz karpet. Hanya perlu hubungi atau WhatApps kami di talian 017-4802045 (Ikhwan) untuk mengambil karpet anda. Penghantaran adalah percuma, kami caj harga cucian karpet sahaja.

4 comments

  1. kalau nk basuh karpet ni mmg leceh sbb saisnya besar. elok gunakan servis yg sedia ada. jimat masa
    Mohd Rasul recently posted…Lori Sewa Shah Alam & KL Murah Dengan TempahLori.comMy Profile

  2. Karpet memang memerangkap habuk kalau tidak dibersihkan dengan baik
    Ibu Zaid recently posted…Masbro Village Homestay Menarik Di Alor Gajah Melaka! Macam di OverseaMy Profile

  3. mutalib /

    salam
    minta quotation boleh untuk cuci karpet pejabat di seri kembangan

    • Ikhwan Fahmi /

      Maaf kami cuci karpet rumah sahaja, sebab belum ada mesin khas untuk cuci karpet pejabat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.