Servis dobi perkhidmatan dan perniagaan
Servis dobi wujud sebagai satu kemudahan untuk mencuci pakaian tanpa perlu berpenat. Ia menjadi pilihan kebanyakan masyarakat yang tidak berkesempatan untuk mencuci pakaian sendiri. Selain daripada pakaian, selimut, cadar, sarung bantal, langsir dan karpet turut dihantar ke dobi untuk dicuci.
Bagi mereka yang bijak, servis dobi boleh dijadikan sebagai satu perniagaan. Bermula dengan modal sebanyak RM20,000, anda sudah boleh memulakan sebuah perniagaan servis dobi.
Jenis-jenis cucian dobi
Secara asasnya ada 4 jenis cucian yang lazimnya digunakan, iaitu :
1. Basuhan tradisional. Basuhan biasa yang menggunakan pencuci, air dan mesin basuh untuk membersihkan pakaian.
2. Basuhan basah. Inovasi dari cucian kering yang menggunakan air sebagai pelarut dan bahan tambahan istimewa serta pencuci untuk menghilangkan kotoran.
3. Cucian kering. Ianya sensitif kepada air dan menggunakan pencuci organik untuk menghilangkan kotoran.
4. Cucian cecair karbon dioksida. Ia merupakan inovasi baru yang belum diteroka secara menyeluruh. Bahan pencuci ini dikatakan boleh dikitar semula.
Keperluan perkhidmatan dobi
Untuk menjalankan perniagaan dobi, anda perlu menyediakan 3 jenis keperluan asas iaitu :
- Mesin basuh
- Mesin pengering
- Penggosok baju dan sterika

Mesin basuh yang diperlukan
Mesin basuh yang digunakan di rumah tidak sama dengan mesin basuh yang digunakan di kedai dobi dan mempunyai banyak perbezaan. Mesin basuh di rumah mempunyai fungsi yang terhad dan kelajuan semasa membasuh, membilas dan mengering adalah biasa.
Berbeza dengan mesin basuh komersial yang digunakan di kedai dobi. Ia mempunyai banyak fungsi, lebih laju membasuh, membilas dan mengeringkan pakaian. Selain itu, ia mempunyai kapasiti yang jauh lebih besar dan lasak. Kelebihan ini biasanya dibezakan oleh syarikat yang menghasilkan mesin basuh tersebut.
Isteri saya sendiri mengusahakan perniagaan dalam servis dobi perkhidmatan dan perniagaan. Saya sendiri tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang ini. Ebook Panduan Bisnes Dobi yang saya baca telah membantu saya mengenali selok belok dalam bisnes dobi.
Anda yang berminat untuk memulakan bisnes dobi boleh mempelajarinya menerusi ebook Panduan Bisnes Dobi. Ianya dilengkapi dengan panduan dari A sampai Z tentang bisnes dobi.
10 Comments
Hafizul
Sekarang ni bisnes dobi pun ok juga.. kat jerteh, dah banyak kedai dobi..tapi masih boleh hidup lagi..kalau dapat kontrak dengan hotel lagi masyukkk..hehe
Hafizul recently posted…Karangan Sempena Sambut Hari Lahir
Ikhwan Fahmi
Dapat kontrak besar memang lumayan.
Noriza Rahman
Baru sekali pergi hantar basuh baju ke dobi, itupun sebab nak buat dry cleaning
Noriza Rahman recently posted…Nak kurus TANPA mengganggu proses penyusuan?
Ikhwan Fahmi
Ada rumah yang sempit tak ada tempat nak jemur baju, jadi hantar dobi lagi mudah.
SaniYunus
Kat puchong ni memang banyakd ah buka servis dobi ni. Yang saya perhatikan kalau ada mesin yang bagus memang ramai orang datang..
SaniYunus recently posted…Selamat Hari Guru
Ikhwan Fahmi
Ya, lagi seronok kalau ada wifi percuma.
Kauthar mohd
Kedai dobi nampak tumbuh macam cendawan sekarang. Permintaan tinggi. Memang masyuk siapa yg buat perkhidmatan cucian ni.
Kauthar mohd recently posted…Hilangkan Lingkaran Bawah Mata Dengan Restoring Eye Treatment
aryn fadz lee
Servis dia ada dmna2 skrg..sgt bgus ketika waktu hujan utk guna dryer keringkan bju
aryn fadz lee recently posted…RESEPI MUDAH LADA PUTIH DAN IKAN MASIN SEDAP TERANGKAT