Sesuai Ke Beli Rumah Waktu Sekarang?

Sesuai ke beli rumah waktu sekarang?

Ramai orang yang tertanya-tanya, sesuai ke beli rumah waktu sekarang? Ada banyak jawapan yang boleh diketengahkan.

Jika anda nak beli rumah untuk duduk sendiri, sekarang adalah masa yang sesuai. Menurut Ky Tee, ada 3 perkara utama yang harus dipertimbangkan kalau anda nak beli rumah untuk duduk sendiri.

 

sesuai ke beli rumah waktu sekarang
Sebelum membeli rumah pada waktu sekarang, buat kajian terlebih dahulu.

 

1. Harga rumah di bawah nilai pasaran. Waktu sekarang ramai pemilik rumah terdesak dengan kewangan, sampai terpaksa menjual rumah di bawah nilai 20% hingga 30%. Oleh itu, banyak rumah yang dijual kurang daripada harga dalam S & P.

Ada sebuah unit kondominium di sekitar Kuala Lumpur dibeli dengan harga RM450,000. Hari ini kondominium yang sama dengan saiz yang sama boleh dibeli dengan harga RM360,000. Kadar penurunan harga ialah 20%.

2. Faedah yang rendah. Bank mengenakan faedah dari 3.2% ke 3.3% pada kadar biasa dan 3% jika profil anda cantik. Terdahulu, bank meletakkan faedah 4.2% hingga 4.5%.

Sebagai contoh, beli rumah RM400,000 dengan faedah 4.3% dengan ansuran RM1843.70 selama 35 tahun.

Bandingkan dengan rumah yang sama RM400,000 dengan faedah 3.3% dengan ansuran RM1607.15 selama 35 tahun. Banyak juga bezanya kan?

3. Kesan dari Bajet 2021. Kerajaan menyatakan ada pengecualian duti setem untuk mereka yang membeli rumah pertama di bawah harga RM500,000.

Jika anda beli hartanah RM500,000 maka anda akan dapat penjimatan duti setem pindah milik bernilai RM9,000 dan duti setem pinjaman RM2,250 menjadikan ia berjumlah RM11,250.

Dengan jumlah penjimatan RM11,250 ini bolehlah anda gunakan untuk membeli barang kelengkapan rumah atau membuat sebarang pengubahsuaian nanti. Paling kurang pun buat pasang jeriji pintu dan tingkap.

 

Kesimpulannya, waktu yang sesuai untuk membeli rumah mestilah berpandukan kepada :

  • Harga rumah yang rendah
  • Kadar faedah yang rendah
  • Pengecualian duti setem

 

Ikhwan Fahmi
Real Estate Negotiator
IW Properties Putrajaya
017-4802045

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.