Sewa beli kereta proton untuk pemandu Uber
Adakah anda mahu memandu dengan Uber, tapi tidak memiliki sebarang kereta? Sebenarnya anda boleh memohon untuk sewa beli kereta proton untuk pemandu Uber. Quick Ride Sdn Bhd yang dibina oleh 2 syarikat tempatan sudah bekerjasama dengan Uber dan Proton bagi menjayakan rancangan ini.
Anda yang melepasi syarat yang ditetapkan boleh memilih model kereta Proton Saga 1.3 atau Proton Persona 1.6 untuk memandu dengan Uber. Dengan kadar sewa beli RM45 hingga RM55 sehari dan deposit RM1,000 anda boleh mula memandu dengan Uber. Tawaran ini boleh membantu ramai pemohon yang tidak mempunyai kereta untuk memandu dengan Uber.
Mereka yang memiliki kereta yang tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Uber juga boleh menarik nafas lega kerana ada alternatif untuk menjadi pemandu Uber sekaligus menjana pendapatan RM4,000 hingga RM8,000 sebulan.

Siapa yang layak memohon?
Berikut adalah syarat untuk memohon sewa beli kereta proton untuk pemandu Uber bagi anda yang mahu memohon :
- Warganegara Malaysia yang sah
- Berusia 21 tahun ke atas
- Sihat mental dan fizikal
- Tidak pernah melakukan jenayah
- Bukan dari golongan muflis
- Mempunyai lesen memandu yang sah
- Boleh memandu secara sepenuh masa
Apakah faedah jika anda menyertai Quick Ride?
Di antara manfaat yang bakal anda terima untuk menjadi pemandu Uber dengan Quick Ride ialah :
- Quick Ride menanggung insurans dan cukai jalan termasuk penyelenggaraan, tidak termasuk minyak dan tayar
- Percuma wifi untuk kereta Proton yang dibeli
- Tablet yang interaktif di bahagian poket kerusi penumpang
- Kenderaan anda dikategorikan sebagai UberX dalam aplikasi Uber
- Dapat bantuan konsultansi untuk buat duit dengan Uber yang lumayan
Terdapat 1,000 unit kereta Proton Saga dan Proton Persona untuk diagihkan kepada pemohon yang terawal bagi peringkat permulaan. 10,000 kuota lagi akan diberikan dalam masa 2 tahun kemudian.
Sekarang tak ada kereta bukan lagi halangan menjana pendapatan melalui Uber dengan pakej terbaik Proton dan Uber nih..
Haidar recently posted…Pinjaman Peribadi Koperasi Coshare – Kuwait Finance House ‘Pra Kelulusan Tanpa Pengesahan Majikan’ Hanya 48 Jam Sahaja
Amien
016-227 4934 @ 011-5670 9945
Sy nk tahu your sewa beli?
Terus ke laman ini untuk info lanjut http://www.quickride.my
Uber salah satu jugak boleh tambah pendapatan secara sampingan.
Mybelajar recently posted…Koleksi Soalan Percubaan SPM 2017 Semua Negeri
satu teknik yang menarik untuk buat duit, dan membantu orang lain buat duit
Dila recently posted…Kanser Hidung Boleh Sembuh Tak ?
wah…tingginya pendapatan uber 4k-8k sebulan…
semaksaman recently posted…Semak Saman Trafik PDRM dan JPJ Online
Kalau buat di Lembang Klang, hasilnya bole dapat lebih lagi.
Macam macam cara nak buat pelaburan
atas kertas nampak lawa
TApi bila buat belum tentu lagi sebab mesti ada hickup bila masa berlalu
Mazni Azmi recently posted…Khasiat vivix untuk kanser? Makanan anti barah FAKTA atau AUTA!
Praktikal pastinya ada perbezaan dari segi hasil.
siapa sangka, jadi driver pun boleh jana ribuan ringgit.. fuh!
nikkhazami recently posted…Harga dan Perbandingan iPhone 8/8 Plus Malaysia
Kos sehari RM55, kena dapatkan RM150 untuk hasil yang memuaskan.
Nak seribu dayakan.. macam-macam jalannya. Banyak pulangannya tu..
Noor aziana mohd salleh recently posted…Ekzema Berair Setelah Berhenti Krim Steroid
Dapat sehari bersih RM300 pun sudah banyak.
Dah senang sekarang! Tiada kenderaan pun boleh buat Uber, rajin atau tidak sahaja. 🙂
Sani recently posted…Percutian Itu Memang Menyeronokkan!
Menarik tawaran ni, pasti ramai yang dah buat permohonan
Noriza Rahman recently posted…Terbukti dengan 7 Ramuan Utama Hasilkan Kolagen Terbaik
Boleh bantu mereka yang tiada kereta untuk buat Uber.
Cuba nak register dengan link tapi tiada document insurance, macam mana nak teruskan ya? Boleh bagi contact supaya boleh call?
Quick Ride Sdn. Bhd. (1240477-A)
Level 10, Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, No 33, Jalan Rakyat, 50470 Kuala Lumpur.
Tel: +603-27110050/0051
Email: info@quickride.my
Bagaimana saya nak apply ye cik? Saya berminat untuk menjadi fulltimer asap
Untuk mohon Uber, sila WhatApps ke 017-4802045.
Cmne nk mohon sewa beli kereta Uber?
Sila baca artikel di atas semula.
Macamana nak contact quick rides?
Cari laman web quickride.my
Bagaimana cara untuk memohon serta document apa yg diperlukan
Sila ke laman ini untuk info lanjut http://www.quickride.my
Black list boleh mohon ke
Terus hubungi pihak Quick Ride.
Sewabeli- Deposit rm1k- perweek rm315/385- engine service/roadtax/insurance under company- 3years contract. Cukup 3tahun kereta jadi hak milik yang sewabeli. Betul?
Info ini belum tentu boleh diguna pakai lagi, sebab Uber dah tak ada lagi di Malaysia.
Saya sangat suka ruangan ini
Ada buat sewa beli grab ?