Sewa rumah lebih baik dari beli rumah
Membeli rumah tidak semestinya untung. Ada keadaan di mana sewa rumah lebih baik dari beli rumah. Ianya bergantung pada tempat dan tidak terikat pada semua jenis rumah. Rumah dibeli mengikut faktor lokasi yang jadi perhatian penyewa, lokasi matang, lokasi yang banyak kekosongan dan lain-lain.
Lokasi rumah yang disasarkan untuk sewaan bernilai RM450,000 mempunyai kadar sewa RM1,000 sebulan. Nilainya amat rendah kerana penduduk masih tidak ramai. Jadi lebih baik menyewa daripada membeli rumah di situ. Jika anda beli, deposit yang diperlukan ialah RM50,000 jika ditambah kos-kos lain.
Itu belum termasuk ansuran bulanan yang menghampiri RM3,000 dengan yuran selenggara sebanyak RM200 sebulan. Keuntungan bank sahaja sudah mencecah RM1,500 sebulan. Jika anda menyewa, anda cuma sediakan deposit RM3,500 dengan sewa RM1,000 sebulan. Lokasi rumah yang jadi sasaran penyewa ada nilai yang tidak banyak beza dengan pasaran sewa.
Jika kadar ialah sewa RM1,000 dengan nilai purata sewa lokasi tersebut ialah RM2,000 maka barulah ia sepadan dengan harga rumah RM450,000. Kadar sewa belum meningkat dalam masa 5 tahun. Jika penyewa lebih ramai di situ dengan kadar sewa RM1,000 walau pun nilai pasarannya RM450,000 itu tanda lokasi tersebut sudah dimomokkan dengan teori spekulator.

Anda masih ada pilihan untuk cari rumah sewa yang lebih baik untuk membina aliran tunai dan kenaikan harga. Rumah itu boleh disewakan dan anda cari rumah lain. Senarai di bawah adalah harga rumah dengan kadar sewa yang dicadangkan :
- Rumah RM120,000 sewa RM600
- Rumah RM160,000 sewa RM800
- Rumah RM200,000 sewa RM1,000
- Rumah RM240,000 sewa RM1,200
- Rumah RM300,000 sewa RM1,500
- Rumah RM400,000 sewa RM2,000
- Rumah RM500,000 sewa RM2,400
- Rumah RM700,000 sewa RM3,500
Panduan di atas tidak terpakai untuk kawasan yang matang dan penduduk yang jenis beli untuk tinggal di situ. Sekiranya anda mampu untuk membeli dan duduk sendiri, silakanlah kerana tiada salahnya membeli rumah yang anda mampu miliki.