Temuduga

Soal Jawab Sesi Temuduga Kerajaan

Soal jawab sesi temuduga kerajaan

Berikut ialah soal jawab sesi temuduga kerajaan yang kerap ditanya :

1. Saya sudah mendaftar dengan sistem Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia. Bila saya akan dipanggil ke sesi temuduga?

Pemohon yang berdaftar dengan SPA akan dipanggil ke sesi temuduga jika :

  • Ada kekosongan jawatan yang dipohon.
  • Memenuhi syarat jawatan yang dipohon.
  • Melepasi asas tapisan dan merit yang ditetapkan.

Pemohon boleh membuat semakan pendaftaran menerusi pautan Semakan Status Pendaftaran di Portal SPA. Semua status pendaftaran akan dikemaskini dalam tempoh 24 jam.

 

2. Mengapa saya tidak dipanggil ke sesi temuduga?

Seseorang pemohon tidak dipanggil ke sesi temuduga walaupun telah lama berdaftar dengan SPA kerana :

  • Tiada sebarang urusan pengambilan dijalankan kerana tiada kekosongan jawatan.
  • Permohonan yang dikemukakan tidak lengkap dan tidak berjaya didaftarkan dalam bank data SPA.
  • Pendaftaran pemohon telah tamat tempoh sah laku pendaftaran dan pemohon tidak membuat perbaharuan.
  • Pemohon tidak memenuhi syarat yang ditetapkan bagi jawatan dipohon.
  • Pemohon tidak melepasi asas tapisan dan merit yang ditetapkan oleh SPA.

 

3. Apakah kesan sekiranya saya tidak hadir ke sesi temuduga?

Pemohon yang tidak dapat hadir ke sesi temuduga tidak akan disenaraihitamkan.

 

4. Bolehkah saya memohon untuk pertukaran tarikh dan pusat temuduga?

Boleh dengan syarat anda mendapat kebenaran dari SPA. Sertakan maklumat seperti berikut :

  • Nama
  • Nombor mykad
  • Nombor telefon
  • Jawatan
  • Tarikh dan tempat temuduga asal dan baru
  • Alasan pertukaran

Hantarkan permohonan anda secara bertulis, faks atau emel kepada :

Urus Setia Temu Duga Bahagian Pengambilan Khas (Jawatan Bagi Kumpulan Sokongan II/Separa Perubatan) :

Muhamad Hanafi Bin Jalalonmuhali
Emel : mhanafi@spa.gov.my
Tel : 03-88806419

Urus Setia Temu Duga Bahagian Pengambilan (Jawatan Bagi Kumpulan Sokongan I/Kumpulan Pengurusan & Profesional)

Semua Pegawai Gred 41 dan ke atas (Sila rujuk Direktori Emel/Telefon di portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia)

Tel : 03-88856354
Faks : 03-88885044

 

5. Berapa lamakah masa yang diambil untuk calon dipanggil ke sesi temuduga selepas proses pendaftaran di SPA?

Tiada tempoh yang ditetapkan kerana selepas pendaftaran, data permohonan akan disimpan di dalam Bank Data SPA. Proses tapisan hanya akan dijalankan setelah SPA menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Kementerian/Jabatan. Pemohon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil oleh SPA bagi menghadiri ujian/temuduga berdasarkan jawatan yang dipohon.

 

6. Mengapakah saya gagal dalam temuduga?

Calon yang gagal dalam sesi temuduga disebabkan prestasi temuduga yang tidak memuaskan. Sebagai contoh, anda tidak membuat persediaan dari segi fizikal, tiada pengetahuan berkaitan jawatan yang ditemuduga, tidak membawa dokumen yang lengkap, personaliti yang tidak bersesuaian dan lain-lain kriteria yang diambil kira oleh panel temuduga. Semua panel temuduga yang dilantik berpengalaman serta lebih arif dalam perihal jawatan yang berkaitan bagi pemilihan calon yang bersesuaian untuk dilantik dalam perkhidmatan awam.

 

soal-jawab-sesi-temuduga-kerajaan
Sudah pasti anda akan berasa gembira sekiranya terpilih untuk menghadiri temuduga kerja kerajaan.

 

7. Mengapakah nama saya tidak tersenarai dan tidak dipanggil temuduga?

Antara sebab-sebab pemohon tidak berjaya dipanggil ke sesi temuduga yang dijalankan ialah calon tidak melepasi asas tapisan semasa yang ditetapkan oleh SPA berdasarkan jawatan yang dipohon dan tidak berjaya dalam peperiksaan khas yang dilaksanakan bagi jawatan yang berkaitan.

Sebagai contoh, permohonan untuk Latihan Separa Perubatan, pihak SPA mengutamakan pemohon yang memiliki sekurang-kurangnya Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik bagi mendapatkan calon-calon yang bersesuaian serta berkebolehan untuk mengikuti latihan tersebut.

 

8. Adakah proses untuk dipanggil temuduga dibuat berdasarkan tarikh pendaftaran seseorang calon atau dengan kata lain calon yang mendaftar lebih awal akan diberi peluang untuk ditemu duga terlebih dahulu?

Semua permohonan calon yang diterima sebelum tarikh tutup akan diproses. Calon-calon yang berjaya melepasi tapisan dan kriteria yang ditetapkan Suruhanjaya akan dipanggil temuduga tanpa mengambil kira tarikh pendaftaran calon tersebut.

 

9. Saya merupakan pemegang diploma. Perlukah saya membawa diploma dan transkrip semasa menghadiri temuduga sedangkan temuduga yang saya hadiri adalah jawatan yang mensyaratkan kelulusan SPM sahaja?

Calon perlu membawa diploma dan transkrip ketika menghadiri temuduga walaupun jawatan tersebut hanya mensyaratkan kelulusan SPM sahaja kerana berdasarkan panggilan surat temuduga, calon perlu membawa semua kelayakan akademik yang telah diperolehi oleh calon tersebut.

Dapatkan ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan untuk lebih banyak maklumat temuduga.

14 thoughts on “Soal Jawab Sesi Temuduga Kerajaan”

          1. tapi, sy masih belum bekerja. sy masih dlm lingkungan 19 tahun. adakah alasan yg lebih musabah?

  1. salam,
    kalau permohonan yang kita mohon bnyak nya melepasi syarat-syarat yang di tetap kan, tetapi masih tidak di panggil temuduga.. adakah kita masih kene menunggu atau itu tak bermakna kita akan dapat panggilan temuduga?

  2. Sekiranya saya ingin menukar tarikh temu duga dngn alasan menghadiri peperiksaan akhir untuk pengajian saya di universiti, adakah alasan ini munasabah dan diterima?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.