Contoh soalan dan jawapan cukai barang dan perkhidmatan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan?
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) atau Good Service and Tax (GST) levi merupakan caj yang dikenakan pada pembekalan barang dan perkhidmatan untuk perjalanan bisnes di Malaysia. Ia dikenakan pada setiap orang dan perkhidmatan serta barang yang diimport.
2. Bagaimana kadar yang dikenakan dalam Cukai Barangan dan Perkhidmatan?
CBP dikenakan berdasarkan kadar sifar atau kadar standard. CBP dikenakan pada nilai pembekalan dan akan dilevi.
3. Bagaimanakah Cukai Barangan dan Perkhidmatan boleh dilevi?
CBP hanya dikenakan dan dilevi untuk bisnes yang berdaftar sahaja. Bisnes yang tidak melepasi nilai pusingan setahun yang ditetapkan tidak wajib membuat pendaftaran CBP. Jadi bisnes tersebut tidak boleh mengutip CBP dari pelanggan mereka. Cuma bisnes tersebut boleh mendaftarkan CBP secara sukarela.
4. Adakah hanya Malaysia yang mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan?
Tidak. Kebanyakan negara mengutip CBP dari pendapatan rakyat dan keuntungan bisnes. Kerajaan turut mengutip cukai dari pengilang dan jualan barangan contohnya duti eksais dan cukai jualan. CBP merupakan strategi mengutip cukai yang terbaik kerana semua orang akan dikenakan cukai.
5. Adakah Cukai Barangan dan Perkhidmatan sejenis cukai yang baru?
CBP diasaskan oleh pegawai cukai dari Perancis bermula tahu 1950an. CBP turut dikenali sebagai Cukai Nilai Ditambah atau Value Added Tax (VAT). Lebih 150 negara telah mempraktikkan CBP.
6. Berapakah kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang dikenakan pada sesebuah negara?
7. Berapakah jenis cukai yang terdapat di Malaysia?
Terdapat 6 jenis cukai yang ada di Malaysia dalam kategori cukai tidak langsung.
- Duti import – cukai atas barang yang dibawa masuk ke Malaysia
- Duti eksport – cukai atas barang yang dibawa keluar dari Malaysia
- Cukai jualan – cukai yang dikenakan pada barang import atau dikilangkan dengan 2 kategori cukai iaitu 10% dan 5%.
- Cukai perkhidmatan – cukai yang dikenakan atas servis yang disediakan oleh peguam, restoran, jurutera, hotel, telekomunikasi, arkitek dan lain-lain.
- Duti eksais – cukai yang dikenakan untuk perkara tertentu contohnya kenderaan, tembakau dan minuman keras.
Cukai perkhidmatan dan cukai jualan akan ditukar dengan CBP.
Contoh soalan dan jawapan cukai penggunaan semasa
1. Apakah itu cukai jualan?
Cukai jualan dikenakan pada barang yang dikilangkan di Malaysia dan pada barang yang diimport. Ia telah diperkenalkan bermula 29 Februari 1972 dalam kategori cukai penggunaan yang dikenakan levi.
2. Berapakah kadar cukai jualan semasa?
Cukai jualan semasa mengikut 3 kategori di bawah :
- Kadar pengurangan 5% pada bahan binaan dan barang makanan
- Kadar am 10%
- Kadar khas untuk produk petroleum
info yang bermanfaat… thanks sharing…
Wan Syahida recently posted…Telomere Study Vivix Yang Memenangi Hadiah Nobel Dalam Kategori Perubatan
terbaik…senang nak jawap kalau cukup info dan kefahaman untuk menjawab..
Hero Borneo recently posted…Rahsia Jadi Kaya Terbongkar Selepas 30 Hari