Soalan temuduga bomba
Kerjaya bomba memang mencabar. Lihat saja di televisyen pun sudah boleh menggambarkan bagaimana mereka menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan. Sama ada dalam drama atau kejadian yang sebenar, banyak perkara yang harus ditumpukan dalam kerja-kerja menyelamat. Soalan temuduga bomba memang sering dicari kerana ramai pemohon kerjaya bomba yang memerlukannya.
Tugas-tugas dalam kerjaya bomba
Bomba adalah singkatan kepada Badan Operasi Menyelamat Dan Bencana Alam menjalankan tugas-tugas seperti memadam kebakaran di struktur, memadam kebakaran di struktur tinggi, memadam kebakaran di hutan dan menyelamat di jalan raya.
Dalam pasukan bomba terdapat unit-unit seperti Unit Penyiasatan Kebakaran, Unit Udara, Unit Pengesan K-9, Unit EMS, Komunikasi, Unit Motosikal Gerak Cepat, Unit Hazmat, Unit Mencari dan Menyelamat, Unit MUST dan Unit Menyelamat Di Dalam Air.
Skim perkhidmatan dalam kerjaya bomba
Terdapat 3 kategori skim perkhidmatan dalam kerjaya bomba iaitu Skim Pegawai Bomba (KB 17) untuk lepasan SPM, Skim Penolong Penguasa (KB 29) untuk lepasan diploma dan Skim Penguasa Bomba (KB 41) untuk lepasan ijazah. Kadar gaji dan elaun yang diterima juga berbeza antara satu sama lain.
Untuk menyertai pasukan bomba, anda haruslah berdaftar menerusi portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Calon-calon yang disenaraikan layak akan dipanggil ke temuduga. Kemudian mereka yang berjaya menjawab soalan temuduga kerjaya bomba dengan baik akan melalui tapisan ujian fizikal.

Ujian fizikal kerjaya bomba
Sesi menjawab soalan temuduga kerjaya bomba sudah selesai, kini ujian fizikal pula menanti. Di antara perkara-perkara yang bakal diambil kira dalam ujian fizikal ialah seperti berikut :
- Tinggi. Tidak kurang dari 157cm bagi lelaki dan 153cm bagi wanita tanpa memakai kasut.
- Berat badan. Tidak kurang dari 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita, tanpa memakai baju bagi lelaki dan kasut.
- Ukuran dada. Memiliki ukuran dada yang minimum 79cm dan 84cm ketika menarik nafas. Wanita dikecualikan dari ujian ini.
- Ujian penglihatan. Ujian penglihatan dengan ketetapan V/6/9. Jarak carta dengan calon ialah 20 kaki tanpa bantuan cermin mata atau kanta sentuh.
- Pengecaman warna. Ujian pengecaman warna dijalankan terhadap semua warna yang ditetapkan.
- Ujian pendengaran. Ujian pendengaran yang ditetapkan dijalankan kepada calon.
- Ujian-ujian lain yang dijalankan adalah seperti Ujian Mengangkat Berat, Ujian Menegakkan Tangga Bomba, Ujian Memanjat Tali dan Ujian Menaiki Tangga.
Anda boleh terus mendapatkan maklumat yang lebih tepat berkaitan dengan bomba menerusi alamat di bawah :
Pengarah
Bahagian Pengurusan Korporat
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Lebuh Wawasan Presint 7
62250 Putrajaya
Nombor telefon : 603-88880036/37/38/40
Nombor faksimili : 603-88880025
E-mel : korporat@bomba.gov.my
Contoh soalan temuduga kerjaya bomba
1. Apakah visi dan visi bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)?
2. Apakah objektif dan fungsi JBPM?
3. Ceritakan apa yang anda faham dengan bendera dan logo JBPM?
4. Sebutkan 6 etika yang diguna pakai dalam JBPM
5. Terdapat 3 dasar dalam JBPM, huraikan 1 daripada dasar tersebut.
Untuk persediaan temuduga yang lebih baik, rujuk panduan temuduga Bomba sekarang juga.
bila lihat dan baca entri ini.. teringat pada pengalaman memasuki kerjaya bomba.. kekuatan fizikal, mental dan rohani amat diperluan ketika menjalani latihan kebombaan (rekrut)
mata camey recently posted…Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu
Betul, ujian fizikal yang dikendalikan pun bersifat lasak.
Salam tuan…time temuduga tu…secara lisan atau jawab soalan secara online?
Temuduga dijalankan secara berdepan dan bersemuka, bukan secara online.
Kerjaya dalam Bomba mesti lasak. Saudara saya kata kalau tak buat kerja dia mengantuk.Jadi mereka memang suka bila kena call ada emergency .
rahimah recently posted…29 Tips Penting Sebelum Melancong Ke Luar Negara.
Benar, nak kena lasak dalam waktu menyelamat.
Kalau buat karangan UPSR dulu, saya pun letak cita-cita nak jadi anggota bomba.
Salam Ikhwan Fahmi…. saya semenjak dulu lagi memang minat dengan kerjaya BOMBA tetapi apakan daya, semuanya kerana pedidikan saya tak kemana dan peluang untuk kerja dengan BOMBA terbantut. Apa pun semoga berjaya buat mereka yang telah memohon. Insya Allah….
sensasi2020 recently posted…Sijil Halal Secret Recipe Ditarik JAKIM
Amin, saya nak mohon bomba, tapi berat badan tak cukup berat 🙂