Temuduga

Soalan Temuduga Guru Pendidikan

Soalan temuduga guru pendidikan

Ada banyak soalan yang bakal ditanya semasa temuduga guru. Baik soalan untuk tapisan kemasukan mahu pun soalan mengenai penempatan (posting). Dalam artikel ini saya himpunkan contoh soalan temuduga guru pendidikan yang boleh dijadikan rujukan persediaan sebelum menghadapi temuduga guru nanti.

 

soalan-temuduga-guru-pendidikan
Bagaimana dengan persediaan temuduga guru anda?

 

1. Soalan maklumat peribadi

Ceritakan maklumat ringkas diri anda, maklumat akademik dan ko-kurikulum anda. Tampilkan diri anda sebagai seorang yang aktif di dalam kedua-dua bidang tersebut. Jawab soalan dengan jelas dan bersuara lantang. Elakkan daripada menggunakan bahasa pasar. Berikan jawapan yang mencerminkan diri anda seperti seorang guru.

Salah satu cara untuk mencerminkan keperibadian anda ialah menerusi cara berpakaian. Pilih pakaian seperti seorang guru yang biasa anda lihat di sekolah-sekolah. Elakkan daripada memilih warna pakaian yang menyakitkan mata. Ingat kembali bagaimana cara guru lelaki dan guru wanita anda berpakaian.

 

2. Kongsikan pengalaman mengajar di sekolah (jika ada)

Terangkan bagaimana anda mengajar di sekolah tersebut. Apakah alat bantuan mengajar yang anda gunakan? Berikan beberapa contoh. Anda mungkin disoal dengan bentuk soalan yang menguji seperti situasi. Pandangan anda diperlukan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.

 

3. Soalan berkaitan dengan kerjaya guru

Anda perlu tahu mengapa anda hadir ke temuduga guru. Anda juga harus mengetahui mengapa anda membuat pilihan sebagai guru atau dipanggil sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Selain itu anda perlu mengemukakan sebab mengapa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai saluran untuk menjadi guru. Mengapa tidak memilih saluran yang lain? Sediakan jawapan-jawapan yang boleh membantu anda.

Sebagai seorang guru, anda perlu tahu objektif, misi dan visi dalam bidang pendidikan. Di situ anda boleh melihat kelebihan dan kekuatan anda sebagai seorang guru. Secara tidak langsung kelemahan anda dapat ditampung menerusi perancangan anda. Kegagalan anda untuk memahami tugas dan tanggung jawab sebagai seorang guru bakal membuatkan anda berputus asa dalam melaksanakan tugas di kemudian hari.

Setiap hari ada sahaja cabaran yang tiba melanda tugas guru. Salah satunya ialah teknik pengajaran yang digunakan untuk mendidik pelajar. Itu belum lagi ditambah dengan masalah pelajar yang kurang atau lambat faham apa yang diajar. Oleh itu rujuk kepada media massa yang mempamerkan permasalahan guru. Anda juga perlu mencari alternatif bagaimana nak menyelesaikan masalah tersebut.

Soalan yang bakal ditanya bergantung kepada kursus yang dipilih oleh calon temuduga, contohnya :

  • Mengapa bahasa rojak lebih banyak digunakan berbanding bahasa kebangsaan?
  • Berikan perbezaan di antara ayat tunggal dan ayat majmuk.
  • Sebagai seorang guru sains, bagaimana anda meningkatkan keputusan subjek Sains?
  • Jelaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang anda tahu.

Sekiranya sesi temuduga dijalankan secara berkumpulan, ahli kumpulan perlu bekerjasama untuk menjayakan sesi temuduga tersebut. Anda mungkin diberikan tayangan video dan perlu berbincang dengan kesemua ahli kumpulan untuk mendapatkan ulasan.

 

4. Penempatan di kawasan pedalaman, sanggup?

Tahniah kerana anda dipilih untuk menjadi guru, tetapi adakah anda sanggup bertugas di mana sahaja? Termasuk di kawasan pendalaman yang tiada kemudahan asas? Daerah tersebut pula di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak? Sanggup adalah jawapan anda yang paling tepat.

 

5. Pengetahuan mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

Untuk menguasai tajuk yang melibatkan SPP, semak informasi berkaitan dengan panel temuduga anda. Kaji latar belakang SPP dengan menumpukan pada misi dan visi serta objektif SPP. Kenalpasti apakah tugas dan peranan SPP. Pastikan anda mendapat maklumat yang terbaru tentang keanggotaan dan organisasi SPP termasuklah Piagam Pelanggan SPP. Sebagai seorang bakal guru, anda harus tahu bagaimana SPP mengadakan pengambilan calon-calon guru yang baru.

 

6. Soalan temuduga lain-lain

  • Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Jabatan Pelajaran Negeri
  • Jabatan Pelajaran Daerah

Gunakan poin yang sama dengan poin kelima untuk mengkaji 4 badan di atas.

 

7. Soalan temuduga berkaitan dengan Malaysia

Kaji latar belakang Malaysia menerusi aspek sejarah, negara Malaysia, sistem pemerintahan, bentuk negara, perlembagaan, ciri-ciri kerajaan, sistem pentadbiran, kementerian dan jabatan, perbadanan awam, sistem perundangan, pilihan raya, agama rasmi negara, bahasa kebangsaan, bendera Malaysia, bunga kebangsaan, demografi penduduk, geografi, jata negara, lagu kebangsaan, matawang, rukun negara, hari kemerdekaan, hari penubuhan.

Tokoh-tokoh yang pernah mengharumkan nama Malaysia juga harus diketahui. Ini termasuklah tokojh akademik, tokoh sukan, tokoh perniagaan, tokoh sains, tokoh pertanian, tokoh politik dan tokoh pembangunan.

Selain itu, hal ehwal yang berkaitan dengan ekonomi Malaysia juga harus diambil kira. Contoh yang paling mudah ialah dasar-dasar ekonomi Malaysia termasuklah Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Wawasan Negara, Dasar Pertanian Negara, Dasar Induk Perindustrian Negara, Dasar Perindustrian Berat Malaysia, Dasar Penswastaan, Dasar Pensyarikatan Malaysia, Dasar Belilah Barang Buatan Malaysia dan Koridor Raya Multimedia.

Pentadbiran Malaysia, Dasar Sosial Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Perpaduan Negara, Dasar Wanita Negara, Dasar Pandang Ke Timur, Islam Hadhari dan Wawasan 2020 harus juga diambil kira.

 

8. Soalan yang berkaitan dengan pendidikan Malaysia

Untuk tajuk yang berkaitan dengan pendidikan Malaysia, anda harus menumpukan kepada Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Kronologi Ringkas Pendidikan di Malaysia.

Sistem pendidikan kebangsaan yang melibatkan seperti pendidikan pra sekolah, dasar pendidikan wajib, memperkasakan sekolah kebangsaan, rancangan integrasi murid untuk perpaduan, sekolah wawasan, sekolah bestari, sekolah kluster, pendidikan peringkat menengah, peringkat menengah rendah, peringkat menengah atas, pendidikan tahap teknik dan vokasional, sekolah menengah kebangsaan agama, sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah sukan Malaysia dan sekolah seni Malaysia perlu dibaca untuk persediaan menjawab soalan temuduga.

Sebagai tambahan, buat rujukan mengenai tingkatan enam, kurikulum, kurikulum pendidikan prasekolah, kurikulum pendidikan rendah, program j-Qaf, program kelas intervensi awal membaca dan menulis, kurikulum pendidikan menengah, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

 

Panduan menjawab soalan temuduga guru

Sama ada anda ditemuduga secara individu atau berkumpulan, anda perlukan panduan menjawab temuduga yang boleh melancarkan perjalanan temuduga tersebut. Tumpukan pada poin-poin yang saya gariskan di bawah :

  • Penggunaan bahasa yang sesuai. Jawab soalan berdasarkan bahasa yang digunakan oleh penemuduga. Jika soalan ditanya dalam bahasa Melayu, maka anda harus menjawab dalam bahasa Melayu.
  • Jawab soalan dengan yakin. Sertakan jawapan anda dengan suara yang jelas dan lantang. Bukan memekik hingga menyakitkan telinga. Jika anda jawab tersekat-sekat, bagaimana anda nak mengajar di hadapan pelajar nanti?
  • Jadi calon yang terampil. Ambil inisiatif untuk menonjolkan diri anda sebagai seorang guru, atau lebih tepat lagi pemimpin di kalangan guru. Orang pertama berhujah menjadi contoh kepada ahli-ahli kumpulan yang lain. Anda juga boleh menjadi penggulung pembentangan tersebut.
  • Bijak mengawal keadaan. Susun perjalanan pembentangan anda. Perlihatkan proses pembentangan yang berjalan dengan baik. Beri peluang kepada setiap ahli kumpulan untuk membuat pembentangan.
  • Bersedia dengan soalan di luar topik. Situasi ini akan muncul secara tiba-tiba untuk menduga pengetahuan anda sebagai seorang guru.

 

Rujukan temuduga guru yang paling tepat

Disebabkan kerja guru adalah kerja kerajaan yang paling popular dan mempunyai banyak permintaan, saya cadangkan anda yang terlibat mendapatkan contoh soalan dan jawapan temuduga kerja kerajaan yang boleh dijadikan rujukan kepada temuduga guru anda.

 

10 thoughts on “Soalan Temuduga Guru Pendidikan”

  1. tulisan yang menginspirasi dan saya sangat mengaguminya apa yang telah anda sampaikan, semoga anda terus memberikan ide ide yang baru buat kita semua dan salam sukses selalu buat anda!

  2. Hi macam mana kalau kita baru dpt panggilan tu bbrapa hari dan hari iv tu bbrpa hari kemudian….. Huhu…. Mesti klm kabut study nya…tips please..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.