Soalan temuduga Latihan Separa Perubatan
Berikut ialah soalan temuduga Latihan Separa Perubatan yang ditulis sebagai salah satu persediaan untuk anda menghadapi temuduga tersebut.
1. Sila perkenalkan diri anda.
2. Apa bidang ko-kurikulum yang anda sertai semasa di sekolah dahulu?
3. Mengapa anda berminat nak menceburi latihan separa perubatan?
4. Adakah anda layak menceburi bidang latihan separa perubatan?
5. Apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk menjawat latihan separa perubatan?
6. Bagaimana anda hendak menyesuaikan diri apabila berhadapan dengan pesakit yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia?
7. Sebutkan bidang-bidang latihan separa perubatan yang kamu tahu.
8. Berikan sekurang-kurangnya 5 nama kolej latihan separa perubatan yang anda tahu.
9. Berikan perbezaan di antara klinik dan hospital.
10. Terangkan apa yang anda faham mengenai Klinik 1 Malaysia?
11. Berikan punca kepada demam malaria serta langkah-langkah untuk mencegahnya.
12. Berikan nama bagi Menteri Kesihatan Malaysia yang terkini.
13. Berikan nama bagi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
14. Senaraikan 3 jenis penyakit yang berpunca dari air tercemar.
15. Senaraikan sekurang-kurangnya 5 kempen kesihatan yang anda tahu.
16. Nyatakan contoh penyakit yang disebabkan oleh kandungan gula berlebihan.
17. Nyatakan 5 contoh jabatan yang terdapat di hospital kerajaan.
18. Bolehkah anda bekerja dalam syif siang dan malam secara berganti-ganti?
19. Ceritakan tentang piramid makanan yang anda tahu.
20. Terangkan misi dan visi Kementerian Kesihatan Malaysia.
21. Terangkan mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan fungsinya.
22. Kerajaan telah memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), sila berikan ulasan mengenai perkara ini.
23. Terangkan mengapa kami harus pilih anda dan bukan calon-calon yang lain?
24. Ceritakan kelemahan diri anda yang perlu kami ketahui?
25. Apakah strategi anda untuk memperbaiki kelemahan tersebut?
26. Mengapa anda memilih kerjaya dalam sektor awam dan bukan sektor swasta?
27. Adakah sistem pendidikan di Malaysia berada pada hala tuju yang benar?
28. Apakah cadangan anda untuk menambahbaik sistem pendidikan yang ada sekarang?
29. Sekiranya anda seorang pereka grafik, apakah langkah-langkah yang diambil sebelum membuat sebuah rekaan iklan?
30. Nyatakan contoh pencapaian anda dalam kategori teknologi maklumat semasa belajar atau bekerja semasa dahulu.
31. Sebagai seorang ketua di sebuah jabatan kerajaan, apakah tindakan anda bagi memastikan semua staf di bawah seliaan anda berdisiplin di tempat kerja?
32. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk berkhidmat ke sektor awam, bagaimanakah strategi anda untuk meyakinkan kami yang anda tidak akan berkhidmat semula dalam sektor swasta?
33. Sebagai penjawat awam, anda menghadapi kemungkinan untuk berpindah lokasi pekerjaan ke tempat atau negeri lain. Adakah anda akan memberi komitmen yang baik?
34. Apakah perancangan anda sekiranya diberikan tugas untuk menjayakan satu program di tempat kerja anda?
35. Apakah perbezaan jururawat dengan jururawat pergigian?
36. Terangkan risiko kerja yang ditanggung oleh Juru X-Ray.
37. Apakah bidang latihan yang menjadi pilihan anda?
38. Mengapa anda memilihi bidang latihan tersebut?
39. Berapa lamakah anda akan menjalani latihan bidang tersebut?
40. Ada apa-apa soalan yang anda hendak tanya?

Tips menjawab soalan temuduga Separa Perubatan
Di antara kriteria untuk mendapat markah dalam temuduga Separa Perubatan ialah tahap inovasi atau kreativiti yang ditunjukkan oleh calon. Calon-calon yang tidak dapat mempersembahkan tahap inovasi dan kreativiti yang diperlukan mengakibatkan mereka gagal untuk mendapat tempat diperkhidmatan awam. Akibatnya masyarakat telah memandang rendah kepada bidang kerja kerajaan sambil beranggapan untuk memasuki sektor awam perlukan kabel atau orang dalam.
Sudah banyak pembaziran masa dan tenaga yang berlaku kerana penemuduga telah banyak menyisihkan calon-calon yang tidak menepati kriteria yang diperlukan. Mana-mana majikan sekali pun akan memilih calon-calon yang berketrampilan untuk berkhidmat dengan mereka.
Perlu anda ingat bahawa ini hanyalah satu panduan sahaja, tidak semestinya ianya akan disoal semasa temuduga Latihan Separa Perubatan dijalankan nanti.
1. Memperkenalkan diri anda. Ceritakan secara ringkas berkaitan nama, tempat anda berasal, keputusan SPM anda dan mengapa anda berminat untuk menceburi bidang Latihan Separa Perubatan.
2. Kongsikan aktiviti ko-kurikulum yang anda sertai di sekolah dahulu. Nyatakan persatuan, kelab, sukan dan unit beruniform yang anda anggotai.
3. Ceritakan sikap anda yang boleh diterapkan sebagai seorang petugas Separa Perubatan. Nyatakan mengapa anda perlu memiliki sikap tersebut.
4. Beritahu panel penemuduga bagaimana strategi anda semasa menguruskan pesakit yang mempunyai bermacam ragam. Nyatakan langkah-langkah yang anda lakukan beserta contoh yang sesuai misalnya semasa berurusan dengan warga emas.
5. Senaraikan bidang-bidang Latihan Separa Perubatan mengikut kategori sijil dan diploma. Jika diminta untuk menghuraikan satu bidang, berikan contoh pada bidang yang anda rasakan yakin dan betul.
6. Buat satu senarai yang mengandungi kolej-kolej di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai rujukan anda. Penting untuk anda tahu dimanakah letaknya kolej tersebut kerana anda bakal ditempatkan mengikut bidang yang ditawarkan.
7. Lihat perbezaan di antara hospital dan klinik. Buat kajian dari segi saiz, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. Gunakan pengalaman anda yang pernah datang ke klinik dan hospital.
8. Kaji dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan kesihatan. Ambil contoh yang mudah misalnya Klinik 1 Malaysia. Apakah bentuk perkhidmatan dan rawatan yang disediakan.
9. Kaji jenis-jenis penyakit yang biasanya melanda di Malaysia beserta kaedah untuk mencegahnya. Sertakan kaedah rawatan yang anda tahu bagi mengurangkan ia daripada merebak atau berjangkit.
10. Rujuk kembali tentang kepimpinan bidang kesihatan di Malaysia yang terbaru. Ini termasuklah Menteri Kesihatan dan Timbalan Menteri Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan serta misi dan visi Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tidak minat bidang Separa Perubatan
Ada sebahagian calon yang tidak berjaya menunjukkan minat untuk berkhidmat dalam bidang Separa Perubatan. Meski pun tinggal bersama ibu bapa yang bekerja dalam bidang ini, mereka gagal memanfaatkan peluang yang ada untuk mencungkil pengetahuan dan pengalaman dari ibu bapa mereka. Ini menyebabkan mereka gagal dalam temuduga kerana tidak dapat menjawab soalan.
Silap tulis resume
Di antara kesilapan resume yang sering dilakukan oleh calon-calon Separa Perubatan ialah mengenai penulisan resume. Penulisan resume yang tidak tepat dan terlalu panjang memudahkan lagi penemuduga menyisihkan calon. Resume yang tidak dikemaskini dan tiada objektif kerjaya yang jelas memburukkan lagi sesi temuduga.
Penemuduga memberikan soalan berdasarkan resume dari calon. Sekiranya objektif kerjaya yang ditulis tidak jelas, maka soalan dari penemuduga juga tidak dapat dijawab dengan baik. Tiada foto dalam resume dan tiada maklumat kepakaran yang boleh dikaitkan dengan jawatan yang dipohon memburukkan lagi keadaan.
Sayang sekali resume yang ditulis nampak seperti resume yang ditiru dari internet tanpa sebarang ubahsuai. Tiada inisiatif atau sebarang usaha untuk menghasilkan resume yang benar-benar unik. Oleh itu calon-calon temuduga Separa Perubatan wajib belajar menulis Resume.
Berat badan yang ideal
Berat badan yang ideal iaitu body mass index (BMI) perlu menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Anda boleh mendapatkan maklumat ini dengan melayari portal rasmi SPA. Syarat-syarat ini ada dinyatakan di bahagian jawatan yang berkaitan dengan Separa Perubatan. Kegagalan mematuhi BMI yang ditetapkan hanya akan mengecewakan anda dengan cepat.
Kesimpulan
Penemuduga akan membuat penilaian bukanlah untuk mendapatkan calon yang benar-benar sempurna. Mereka akan menguji minat calon menerusi pengetahuan asas dalam bidang Separa Perubatan, semangat patriotism, kreativiti, inovasi dan adab sopan.
Ebook persediaan temuduga Separa Perubatan
1. Klik pada link http://semakan.info/u29temuduga/14
2. Kemudian pilih sama ada anda pembeli lama atau pembeli baru.
3. Jika anda pernah menjadi pembeli lama, yang pernah membeli ebook rujukan peperiksaan online Separa Perubatan dahulu, anda akan mendapat diskaun sebanyak RM20.
4. Jika anda bukan pembeli terdahulu, anda akan mendapat mesej seperti di bawah.
5. Terus isikan emel anda di ruangan emel.
6. Maklumat anda sebelum ini akan keluar secara automatik. Klik butang “Pay now!” untuk meneruskan tempahan.
7. Dapatkan nombor akaun dan buat pembayaran kepada salah satu nombor akaun yang dipaparkan. Patuhi arahan yang diberikan supaya pembelian anda dapat diproses dengan cepat.
8. Isikan borang tempahan dan tekan butang “Hantar borang”. Tempahan anda akan diuruskan dalam masa 24 – 48 jam.
Terus buat tempahan ebook anda di sini :
http://semakan.info/u29temuduga/14
terima kasih . info berguna
Sama-sama, semoga ia dapat dikongsikan dengan calon-calon yang lain.
Terima kasih admin :)..
Ia sgt membantu untuk interview nanti …
Sama-sama, mohon disebarkan kepada rakan-rakan yang terlibat.
thanks admin..skurg2nya sy dh blh buat persediaan untk tmuduga nti
Sama-sama, ada calon yang mula ditemuduga pada akhir bulan Oktober 2014 ini 🙂
20 ribu calon ditemuduga, dan yang akan diserap cuma 3000 lebih. bila ek interview? hujung bulan 10 ke? tak dapat surat lagi pun
Tunggu surat makluman dari SPA.
Tkasih. Agar soalan INI dpt membantu sy sbg persediaan interview nanti.
Terima kasih..maklumat yang amat berguna 🙂
Salam Kpd yg berjaya saya uakcpan tahniah tpi saya tak berjaya dlm intvw d melaka pada 10/9 yg lalu..sedih juga kerana saya telah memohon jwtn ptd sejak dari tahun 2002 sehingga lah 2009.dalam tempoh tersebut yg paling byk dialami adalah tak lulus exam lulus exam 3-4 kali dan seterusnya di panggil ke PAC sejak tahun 2007. cuma pada thn ini shj saya bernasib baik dipanggil ke temuduga dan mengharapkan kali ini merupakan rezeki saya ttpi hampa sekali walaupun saya telah menjadi pegawai kontrak sejak tahun 2002-2008 dan menjadi pegawai ttp mulai thn lepas sehingga kini. Semangat dan cita2 saya tidak pernah padam.Tetapi saya merasa kecewa kerana panel tidak melihat pengalaman yg saya ada dlm perkhidmatan awam hampir 7 tahun dan semasa ditemuduga panel juga mempertikaikan knp saya minta ptd sedangkan saya telah ada kerja tetap. Telah berulang kali saya tegas dan nyatakan kerjaya ini merupakan impian saya sejak memasuki perkhidmatan awam walaupun saya hanya berstatus kontrak pada suatu ketika dulu. Saya jangkakan ini merupakan provokasi dari panel ttpi kebenaran dibuktikan dengan keputusan temuduga tempoh hari. Usaha, ikhtiar dan doa telah saya lakukan dan mungkin bkn rezeki saya sbg ptd dan saya telah buat keputusan tidak akan memohonnya lagi. Kepada yang berjaya Selamat Maju Jaya saya uakcpan..
Sama-sama, semoga informasi bermanfaat kepada semua pembaca 🙂
salam.. sya nak dapat e book bg latihan separa perubatan mcm mna..
Anda boleh terus download contoh soalan peperiksaan Latihan Separa Perubatan di sini :
[+] http://jvsecurepay.com/affiliates/separa/14
Tq…mklumat ini sangat berguna..harap2 lulus tmduga tu nanti…InshaAllah..
Sama-sama, saya doakan kalian berjaya dalam tapisan temuduga nanti 🙂
Saya nak beli tapi tak boleh.tak tahu kenapa
Boleh terus tempah di sini :
[+] http://www.ashadee.net/go/50249/tipsdpli
Thanks,semua info berguna . 🙂
terima kasih..info yg sgt brguna..
Perlu, kerana resume akan memudahkan panel temuduga menilai anda 🙂
Terima kasih atas soalan, sila rujuk cara pembelian di sini :
[+] http://ikhwanfahmi.com/soal-jawab-sesi-temuduga-kerajaan/
Dimana nak download contoh soalan interview ni
Klik link di bawah :
[+] http://semakan.info/u29temuduga/14
tma ksih..info yg sgt bguna..hrap dpt mbntu nt..in shaa Allah…
salam . separa perubatan ni ada bnyak bidang ke ? sbb nti intrview klau dia tnya xtau la plk bhagian mna . atau separa prubatan ni hnya nurse saja ?
Bidang Separa Perubatan ada 10 jawatan yang berbeza, salah satunya ialah jururawat 🙂
assalamualaikum..
saya nak tanya mengenai temuduga latihan separa perubatan tu..
bila yea temuduga latihan separa perubatan tu??
sekarang dh masuk bulan 10,belum da pa2 berita mengenai temuduga tu??
Waalaikumusalam,
Tarikh temuduga Latihan Separa Perubatan tertakluk kepada calon-calon yang sudah menerima surat dari SPA, contohnya ada calon yang bakal dipanggil pada 21 Oktober 2014 ini.
Salam tuan.
Kalau kita ada diploma perlukah kita sertakan dalam resume dan bawa semasa temuduga latihan separa perubatan?
Ya, sertakan bersama kelulusan diploma tersebut. Penemuduga akan menilai pencapaian anda dengannya 🙂
Salam.. Sy bminat untuk mbeli ebook ini. Bleh bgtahu caranya..
Mohon rujuk pos ini untuk cara-cara membeli :
http://ikhwanfahmi.com/2014/09/cara-beli-ebook-rahsia-lulus-temuduga-kerja-kerajaan/
Salam Admin…Adakh surat dari pihak SPA sudah diedarkn
Surat panggilan temuduga sudah dikeluarkan untuk calon-calon negeri Sabah dan Sarawak sahaja.
Salam,
Berapa byk soalan ditanya mase temuduga tu ye?
Jumlah soalan bergantung pada penemuduga.
nanti lepas temuduga, panel akn bgtau terus ke berjaya atau tidak..ke nak kena tunggu dpt email atau surat? 🙂
Biasanya pihak SPA yang akan maklumkan menerusi surat.
Terima kasih atas info yang berguna…adakah faktor sedang belajar dalam peringkat ijazah menyebabkan seseorang gagal dlm temuduga?
saya mengalami masalah yang sama, takut nak beritahu penemuduga
assalamualaikum.saya dapat interview separa perubatan untuk 6 bidang.nak tanya interview tu nanti die tanye terus keenam enam bidang atau lepas satu bidang,baru satu bidang?lagi satu,interview tu dalam bahasa inggeris ke bm?
Waalaikumusalam, soalan bergantung kepada penemuduga, sekiranya beliau memulakan pertanyaan dalam bahasa inggeris, maka anda perlu menjawab dalam bahasa inggeris.
salam encik,saya nk tanya mcm mna untuk membuat resume? gna Microsoft word?
Waalaikumusalam, ya guna Microsoft Word sudah cukup 🙂
salam,esk sy dh interview harap semua dipermudahkan dan thanks atas info yg diberikn …doakan saya agar lulus esk …# first time interview …
salam en, sy diberikan 7jawatan separa perubatan utk temuduga pada hari yg sma. adakah sy perlu memilih salah satu jawatan tersebut semasa temuduga atau mcm mna ya?
Salam. Sheera dah temuduga belom.
terima kasih . insyaallah . sya interview mgu depan .
assalamualaikum tuan..kalau tak habis diploma tapi teringin nak masuk spa macam mana? adakah boleh minta tangguh
Waalaikumusalam, saya cadangkan anda tamatkan diploma dahulu. Soal kerja usah risau, sentiasa ada peluang 🙂
salam, esok saya nak iv spa untuk 7latihan diploma berbeza. adakah penemuduga akan tanya bidang satu persatu atau secara random? saya juga sedang belajar di sebuah kolej swasta. patut tak bagitahu? harap ada yang dapat membantu.
Salam,
Soalan bergantung kepada penemuduga, jadi anda perlu bersedia dan jujur semasa menjawab soalan. Beritahu status anda dan mengapa anda berminat untuk menceburi bidang Separa Perubatan.
as salam….tuan…..tuan rasa saya perlu hbiskn semester akhir diploma atau terima twrn separa perubatan sbb saya dh dpt twrn tu….saya runsing sebab diploma saya lg 3 bln….blh tak saya mntk tgguh yg spa tu
assalamualaikum,saya sudah terlepas tarikh peperiksaan secara online pada 2014 kerana pemberitahuannya melalui e-mail.Adakah saya dapat memohonnya?Jika masih boleh, bulan bilakah selalunya peperiksaan secara online dijalankan kerana khuatir terlepas lagi peperiksaan tersebut.
Waalaikumusalam, insyaallah anda masih berpeluang untuk memohon kerana peperiksaan diadakan 2 kali setahun iaitu bulan April dan bulan September. Walau bagaimana pun ianya tertakluk kepada perubahan dan pengumuman SPA.
alhamdulillah sgt membantu… terima kasih atas perkongsian.
hari tu sy interview dia tnya psal kempen2 yg dijalankan oleh pihak kkm..beza klinik dan hospital..pastu tnya kt klinik kesihatan da doktor pakar x?? yg tu soalan yg formal la..yg lainnya lebih dia akan tnya berdasarkan jwapan yg kita bagi ..panel tu akan tnya balik ..begitu begini… 🙂 sekadar perkongsian ja..
btw penemuduga tu baik sgt…moga dipermudahkan sgla urusan semua.. 😀
boleh tahan juga soalan tu..berbelit fikiran nak jawab..
Hero Borneo recently posted…3 Panduan Merangsang Pemikiran Positif
kenapa lahhh saya tak jumpa blog ni dulu.hmmmmmm .soalan yg sama diajukan ketika saya iv MA , bukan rezeki
Tak mengapa, anda boleh kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan yang bakal menghadapi temuduga Separa Perubatan.
Assalamualaikum, saya dapat temuduga pada tarikh yang sama dengan test saya. Bagaimana nak memberitahu tentang penangguhan tersebut kepada pihak SPA
Waalaikumusalam, anda perlu telefon pihak SPA untuk tunda tarikh temuduga.
terima kasih
salam. saya ada menempah ebook untuk temuduga u29. tapi sampai skg belum ada respon dalam email. tq
Sila semak emel anda, link download sudah diberi.
Terbaik tips ni. Terima kasih untuk sharing.
Adakan borang maklumat tambahan yg disediakan dikira sebagai resume
1
4.5