Temuduga

Soalan Temuduga Pegawai Arkib

Soalan temuduga Pegawai Arkib

Bagi anda yang mendapat panggilan temuduga Pegawai Arkib Gred S41, contoh soalan temuduga kerja kerajaan yang disenaraikan di bawah ini pasti bermanfaat untuk anda. Soalan temuduga Pegawai Arkib S41 ini ditulis berdasarkan pengalaman calon-calon yang pernah hadir ke sesi temuduga Pegawai Arkib yang lepas.

1. Sila perkenalkan diri dan latar belakang pendidikan anda.
2. Apa jawatan tertinggi yang pernah anda sandang dan bagaimana anda melaksanakan tanggung jawab yang diberikan?
3. Anda berasal dari mana dan apa sumbangan yang anda berikan kepada masyarakat di tempat tersebut?

4. Jabatan Arkib Negara ditadbir oleh kementerian mana?
5. Nyatakan misi dan visi bagi Jabatan Arkib Negara.
6. Sebutkan nama bagi Pengarah dan Penolong Pengarah Jabatan Arkib Negara yang anda tahu.

7. Senaraikan anugerah yang telah diperolehi oleh Jabatan Arkib Negara.
8. Namakan Menteri yang menerajui Jabatan Arkib Negara?
9. Apakah tugas-tugas seorang Pegawai Arkib?

 

soalan temuduga pegawai arkib
Pegawai Arkib S41 harus tahu bagaimana untuk menyimpan rekod secara asas.

 

10. Nyatakan peranan Jabatan Arkib Negara?
11. Apakah warna rasmi Jabatan Arkib Negara?
12. Apa yang anda faham mengenai makna Rekod, Pewujudan Rekod, Pelupusan Rekod, Pengurusan Rekod dan Penggunaan dan Penyenggaraan Rekod?

13. Terangkan akta dan peraturan yang berkaitan dengan Jabatan Arkib Negara yang bertindak sebagai institusi penyimpanan rekod dan pemulihan.
14. Jelaskan maksud Pelupusan Rekod dan Faedahnya.
15. Apa yang anda tahu tentang Pentadbiran Arkib?

16. Terangkan bagaimana ketahanan kertas diuji.
17. Jelaskan apa yang anda tahu mengenai Keperluan Ruang Penyimpanan Rekod seperti Keperluan Peralatan/Kelengkapan Ruang Penyimpanan Rekod, Kawalan Suhu, Spesifikasi Ruang Penyimpanan Rekod, Kelembapan dan Cahaya, Keperluan Fizikal dan Susun Atur dan Keselamatan.

 

Untuk lebih banyak contoh soalan temuduga, sila rujuk kepada panduan temuduga Pegawai Arkib sekarang juga.

2 thoughts on “Soalan Temuduga Pegawai Arkib”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.