Temuduga

Soalan Temuduga Pegawai Imigresen

Soalan temuduga Pegawai Imigresen

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ada mengendalikan sesi temuduga untuk Pegawai Imigresen Gred KP41, Pegawai Imigresen Gred KP29 dan Pegawai Imigresen KP19. Contoh soalan temuduga Pegawai Imigresen amat diperlukan untuk membuat persediaan sebelum hadir ke sesi temuduga.

 

soalan-temuduga-pegawai-imigresen
Buat rujukan yang secukupnya sebelum hadir ke temuduga Pegawai Imigresen.

 

Contoh soalan temuduga Pegawai Imigresen boleh dilihat menerusi senarai di bawah. Soalan temuduga ini boleh digunakan untuk temuduga Pegawai Imigresen Gred KP41, KP29 dan KP19.

1. Sila perkenalkan diri dan latar belakang anda secara ringkas dan padat.
2. Apa unit pakaian seragam yang anda sertai semasa di sekolah dahulu?
3. Bagaimana anda boleh berminat untuk kerja kerajaan sebagai Pegawai Imigresen?

4. Apakah misi dan visi serta objektif bagi Jabatan Imigresen Malaysia?
5. Apakah fungsi Jabatan Imigresen Malaysia?
6. Bolehkah anda bertugas di kawasan seperti Labuan?

7. Mengapa anda perlu mahir dalam bahasa Inggeris bila berkhidmat sebagai Pegawai Imigresen?
8. Apakah tugas dan tanggung jawab seorang Pegawai Imigresen?
9. Namakan Menteri dan Kementerian yang mentadbir Jabatan Imigresen Malaysia.

10. Siapakah nama Ketua Pengarah Imigresen?
11. Nyatakan tugas-tugas Pegawai Imigresen yang bertugas di pintu masuk negara.
12. Senaraikan nilai-nilai yang perlu dimiliki oleh seorang Pegawai Imigresen.

13. Senaraikan cabaran yang dihadapi oleh Pegawai Imigresen.
14. Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk memproses visa dengan rujukan?
15. Jika kehilangan passport, berapa hari pula ia diproses?

16. Berapa lamakah Urusan Kawalan Imigresen memproses passport bukan Machine Readable?
17. Apakah fungsi Bahagian Penguatkuasa dalam Jabatan Imigresen?
18. Mengapakah pekerja dari Bangladesh dilihat begitu ramai yang bekerja di ladang?

19. Sebahagian besar pekerja di restoran mamak datang dari India, boleh anda jelaskan mengapa?
20. Bolehkah anda bertugas di malam hari di bahagian penguatkuasaan atau depot tahanan?
21. Mengapakah gejala rasuah semakin berleluasa di Malaysia?

22. Mengapakah PATI diketegorikan sebagai golongan “tanpa izin”?
23. Jelaskan kefahaman anda berkaitan dengan integriti.
24. Adakah kebanjiran PATI di Malaysia ini berpunca dari Jabatan Imigresen?

25. Sebutkan pintu-pintu masuk yang telah diwartakan di Malaysia.
26. Siapakah golongan yang layak memohon Sijil Perakuan Taraf?
27. Berapa nilai pelaburan yang dibenarkan untuk pelabur memohon Permit Masuk?

28. Apa yang anda tahu mengenai program Work and Holiday Visa Program?
29. Bilakah seseorang itu harus berurusan dengan Bahagian Penguatkuasa?
30. Apa tindakan yang perlu dilakukan apabila kehilangan passport atau dokumen perjalanan?

 

Untuk mendapatkan panduan temuduga Pegawai Imigresen, sila klik pada panduan temuduga Pegawai Imigresen. Ada contoh soalan dan jawapan temuduga untuk anda.

83 thoughts on “Soalan Temuduga Pegawai Imigresen”

  1. tq byk2…sy dpggil tmuduga 24hb ni…doakn sy…sy takot sgt…doakn sy lulus ujian fizikal n tmuduga

    1. sya pon dpnggil temuduga 23hb ni… betul ka untuk ujian fizikal ada lari ulang alik, bangun tubi smua tu?…. sy nervous sbb bnda2 ni….

    2. kita sama tarikh.. sy pun dpt 24hb ni.. KP19. doakan sy jugak.. mental fizikal belum cukup kuat lagi ni.. huhuu nervous bila baca pengalaman orang kat blog..

  2. Salam… Nak tnya… Klo dah lulus ujian fizikal, selang brapa hari ye utk temuduga ? Sya temuduga 20hb ni kat KL.

  3. Assalamualaikum wbt…bg pngmbln pen.pnguasa imigresen kp29 bln 3 2018 td..blakah pnggln iv kn brmula? Skian..

  4. salam..saya dpt pemeriksaan fizikal utk kp29,,ada ujian psikometrik,,maknanya lepas ujian tu baru lps utk sesi temuduga la??

  5. Hi..nak tanya..sesi temuduga dibuat after ujian kecergasan haritu juga ke kepada yg lulus ujian haritu nanti?

  6. Assalamualaikum. Boleh sy tahu mcm mana nk dptkan panduan temuduga utk jawatan Pegawai Imigresen KP29? Terima Kasih.

  7. Salam.. Sya pon ade dpat panggilan temuduga gred kp19 22aribulan ni.. Xde ke yg boleh bagi jawapan penuh 30soalan tuh.. Buntu dah ni

  8. Salam Tuan Ikhwan,
    Nak tnya utk ujian psikometri tu mmg kena bwk handphone/laptop sendiri ke?

    Sy dpt date di Seremban 18/7 ada sape2 geng ke? Boleh contact sy..hee

    1. cerita la sikit pengalaman . heheh .
      nervous sgt ni . 19/7 besok dh g ujian fzikal .
      moga2 ade rzeki utk kita semua ..

      1. Psikometri xsusah pun. Yg susahnya bila salah 1 ujian fizikal xlepas then xlepas la next stage. BMI xlepas means GAGAL semua.

  9. Kamu smua dh bersediakh? Bila sya bca blog orng berpengalaman dari segi soalan lisan tuu memng agk mencabar,kena perah otak.. apatah lg fizikal.. Saya hnya mmpu tawakal shj.. all the best kamurang!!!

  10. Salam . Saya dah lps ujian fizikal dan kecergasan . Skrg tgh tnggu spa pnggil utk next iv . Soalan sy , agak2 brp lama ye tempoh dia pnggil kita utk pergi next iv ? Harap ada orang jwb . Boring nye lama dah tnggu😂😂😂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.