Soalan temuduga Pegawai Penerangan S41
Temuduga untuk memasuki jawatan Pegawai Penerangan S41 akan diadakan selepas calon-calon melepasi tapisan peperiksaan online Pegawai Penerangan Gred S41 yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Sesi tapisan temuduga diadakan untuk mencari calon yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan. Contoh soalan temuduga Pegawai Penerangan S41 mula dicari di laman Google, Yahoo dan Opera.
Soalan Temuduga Pegawai Penerangan Gred S41 memang tidak banyak ditulis di dalam blog. Walau bagaimana pun saya akan cuba mengumpulkan maklumat yang berkaitan supaya anda dapat memanfaatkan maklumat tersebut dengan baik. Berikut ialah beberapa contoh soalan temuduga Pegawai Penerangan S41 yang boleh anda jadikan panduan.
Contoh soalan temuduga Pegawai Penerangan S41
Sebelum anda menghadapi temuduga Pegawai Penerangan Gred S41, sila baca asas bagaimana menghadiri temuduga kerja kerajaan dahulu.
1. Sila perkenalkan diri anda secara ringkas.
2. Ceritakan penglibatan ko-kurikulum anda di sekolah dan universiti.
3. Bagaimana dengan keputusan peperiksaan SPM dan akademik anda di universiti?
4. Apakah matlamat anda untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang?
5. Apakah kelebihan yang anda miliki?
6. Mengapa anda memilih jawatan Pegawai Penerangan Gred S41?
7. Nyatakan tugas-tugas am Pegawai Penerangan S41?
8. Jika anda bertugas di Kementerian Penerangan, apakah contoh tugas-tugas yang bakal anda lakukan?
9. Bagaimana pula jika anda diletakkan di Kementerian Kesihatan Malaysia? Bagaimana dengan tugas anda di sana?
10. Jika anda diberikan satu tugasan kerja, bagaimanakah cara yang terbaik untuk anda menyelesaikannya?
11. Adakah anda akan menunaikan tugas secara individu atau berkumpulan? Terangkan mengapa?
12. Apakah pengalaman anda mengendalikan program anjuran kelab atau persatuan di universiti yang boleh dikaitkan dengan tugas sebagai Pegawai Penerangan?
13. Berapa lamakah masa yang anda perlukan sekiranya diberikan tugas untuk menyiapkan sesebuah laporan?
14. Adakah anda boleh berucap di hadapan orang ramai? Tidakkah anda berasa gugup?
15. Bagaimanakah pengetahuan anda mengenai pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) atau Good Service and Tax (GST) di Malaysia? Apa pendapat anda?

Untuk lebih banyak contoh soalan temuduga, sila rujuk kepada panduan temuduga Pegawai Penerangan S41 sekarang juga.