Temuduga

Soalan Temuduga Pembantu Penguasa Kastam

Soalan temuduga Pembantu Penguasa Kastam

Pengambilan Pembantu Penguasa Kastam WK19 sudah bermula sejak pengumuman dari laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Berikut adalah contoh soalan temuduga Pembantu Penguasa Kastam yang bakal ditanya nanti.

 

soalan temuduga pembantu penguasa kastam
Bangunan Kastam di Pulau Pinang.

 

1. Sila perkenalkan diri dan perjalanan pendidikan anda.

2. Adakah anda pernah hadir ke ujian temuduga kerja kerajaan sebelum ini?

3. Adakah anda berjaya dalam ujian temuduga tersebut? Jika anda gagal, mengapakah sebabnya?

4. Sekarang anda kerja apa sementara mendapat panggilan ke temuduga Pembantu Penguasa Kastam?

5. Mengapa kami harus memilih anda berbanding calon-calon Pembantu Penguasa Kastam yang lain?

6. Sebutkan kelebihan diri anda yang unik berbanding calon-calon yang lain.

7. Sekiranya anda dipilih untuk menjadi Pembantu Penguasa Kastam, bagaimanakah anda memberi sumbangan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia?

8. Sebagai seorang Pembantu Penguasa Kastam, apakah skop kerja dan tanggung jawab yang wajib anda laksanakan?

9. Terangkan prosedur untuk mengeksport dan mengimport barangan secara ringkas dan padat.

10. Aktiviti penyeludupan semakin menjadi-jadi di Malaysia, apakah pandangan anda untuk mengurangkan aktiviti haram ini?

11. Mahukah anda bekerja di luar semenanjung Malaysia seperti Sarawak dan Sabah?

12. Bagaimana penguasaan bahasa Melayu anda, adakah anda boleh berbahasa selain dari itu?

13. Apakah fungsi Jabatan Kastam Diraja Malaysia?

14. Namakan kementerian yang menaungi Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

15. Siapakah nama menteri yang menerajui kementerian berkenaan?

16. Jelaskan maksud zon bebas cukai.

17. Apakah pendapat anda tentang Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP)?

18. Jabatan Kastam Diraja Malaysia bakal dikorporatkan, apakah kebaikan yang bakal diperolehi dari rancangan ini?

 

Jawatan Pembantu Penguasa Kastam WK19 ini adalah termasuk dalam jawatan kerja kerajaan. Untuk menghadapi temuduga Pembantu Penguasa Kastam dengan lebih bersedia, anda harus mendapatkan contoh soalan dan jawapan temuduga kerja kerajaan sekarang juga.

7 thoughts on “Soalan Temuduga Pembantu Penguasa Kastam”

  1. assalam, saya adalah salah seorang calon untuk temuduga pembantu penguasa kastam wk19 pada 3/4/2017 bertempat di bangunan SPA Putrajaya nanti. terima kasih atas perkongsian tuan. sangat berguna untuk saya persiapkan diri menempuhi temuduga tersebut. Jazakallah Khairan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.