Temuduga

Soalan Temuduga Pembantu Penguatkuasa

Soalan temuduga Pembantu Penguatkuasa

Contoh soalan temuduga Pembantu Penguatkuasa bakal menjadi carian kerana SPA akan menjalankan temuduga Pembantu Penguatkuasa KP19 tidak lama lagi. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah membuka pengambilan untuk jawatan ini bagi ditempatkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Berikut ialah contoh soalan temuduga yang boleh anda gunakan untuk latihan persediaan sebelum ke sesi temuduga. Soalan temuduga ini bukanlah soalan ramalan atau soalan bocor, ia adalah soalan umum dan anda dinasihatkan untuk mencipta soalan-soalan lain berdasarkan bentuk soalan yang diberikan.

 

soalan temuduga pembantu penguatkuasa
Perbarisan kadet JPJ di sekolah menengah.

 

Soalan temuduga memperkenalkan diri

1. Sila perkenalkan diri, pendidikan dan latar belakang anda
2. Di sekolah, anda pilih unit beruniform apa? Mengapa anda pilih unit tersebut?
3. Apa contoh aktiviti lasak yang anda ceburi?

 

Soalan berkaitan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

4. Bilakah JPJ ditubuhkan?
5. Apa misi dan visi bagi JPJ?
6. Sebutkan satu dari objektif JPJ

7. Ada berapa bahagian atau jabatan dalam JPJ? Sebutkan salah satu daripadanya
8. Siapakah nama ketua pengarah JPJ yang terkini?
9. Apa yang anda boleh terangkan mengenai logo JPJ?

10. Berikan contoh transaksi dalam talian yang ditawarkan oleh JPJ
11. Berapa lamakah tempoh yang diperlukan untuk membayar kompaun JPJ?

 

Soalan berkaitan Kementerian Pengangkutan Malaysia (KPM)

12. Apa yang anda tahu mengenai KPM?
13. Boleh sebutkan misi dan visi serta moto KPM?
14. Bagaimana pula dengan fungsi-fungsi KPM?

15. Sebutkan salah satu objektif KPM
16. Siapakah nama menteri pengangkutan yang terkini?
17. Apakah nama asal bagi KPM?

18. Bilakah KPM ditubuhkan?
19. Pilih satu dari bahagian atau unit dalam KPM dan huraikan
20. Ada berapa sektor pengangkutan dalam KPM?

21. Kenapa minat nak kerja sebagai Pembantu Penguatkuasa?
22. Sebutkan tugas dan tanggung jawab seorang Pembantu Penguatkuasa
23. Bagaimana anda hendak berdepan dengan individu yang menghalang anda daripada menjalankan tugas?

 

Contoh soalan temuduga berkaitan Pembantu Penguatkuasa

Untuk mendapatkan lebih banyak contoh soalan dan jawapan temuduga kerja kerajaan yang berkaitan dengan Pembantu Penguatkuasa, sila klik pada panduan temuduga Pembantu Penguatkuasa sekarang juga.

9 thoughts on “Soalan Temuduga Pembantu Penguatkuasa”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.