Soalan temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK)

Berikut adalah contoh soalan temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 yang boleh digunakan sebagai latihan untuk persediaan temuduga.

1. Siapakah nama Menteri Kesihatan yang menaungi KKM?
2. Huraikan visi, misi dan moto KKM.
3. Terangkan tanggung jawab KKM di Malaysia.

4. Sebagai seorang PPK, bagaimana anda melayani pelanggan yang datang ke klinik?
5. Apa yang anda faham tentang logo KKM?
6. Klinik dan hospital mempunyai perbezaan dari segi apa?

7. Beri contoh-contoh kempen kesihatan yang dianjurkan KKM.
8. Bolehkah anda bekerja secara syif?
9. Bagaimana anda menguruskan tekanan kerja PPK?

10. Apakah aktiviti yang pernah anda lakukan berkaitan dengan PPK?
11. Apa warna pakaian bagi PPK?
12. Terangkan tugas-tugas PPK di klinik.

13. Berikan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang PPK.
14. Bolehkah anda menguruskan pesakit yang sudah berusia?
15. Bagaimana reaksi anda dengan darah dan najis, boleh tahan?

16. Apa kaitan Rukun Negara dengan PPK?
17. Apa yang anda faham mengenai integrity?
18. Bolehkah anda menjalankan kerja-kerja menyelamat seperti CPR?

 

soalan temuduga pembantu perawatan kesihatan

 

Sekiranya anda dipanggil ke temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11, anda boleh rujuk panduan temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan sebagai persediaan.