Soalan temuduga Penguasa Kastam
Sebaik sahaja peperiksaan online Penguasa Kastam Gred WK41 tamat, calon-calon yang lulus akan ditapis untuk menjalani sesi temuduga. Mereka yang berjaya hadir dan lulus dalam sesi temuduga akan ditempatkan di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) selama 3 bulan. Di antara aktiviti yang akan dilakukan semasa kursus di AKMAL ialah riadah, kelas dan berkawad. Contoh soalan temuduga Penguasa Kastam Gred WK41 ialah seperti berikut :
1. Sila perkenalkan diri anda beserta latar belakang anda.
2. Adakah anda sedang belajar atau sudah bekerja? Jika anda masih belajar, apakah kursus yang anda sedang pelajari? Mengapa anda memilih kursus tersebut?
3. Siapakah nama bagi pengarah kastam?
4. Apakah tugas dan tanggungjawab kastam?
5. Apakah contoh isu semasa yang berlaku di Malaysia?
6. Terangkan dasar-dasar kerajaan yang anda tahu.
7. Mengapakah anda nak kerja kerajaan?
8. Mengapakah pihak kerajaan perlu ambil anda bekerja?
9. Apakah fungsi jabatan kastam di Malaysia?
10. Nyatakan jenis-jenis cukai yang anda tahu.
11. Katakan anda makan di restoran Pizza Hut, adakah anda dikenakan cukai? Jika ada, berapa kadar cukai yang dikenakan pada anda?
12. Apakah yang membuatkan anda mahu berkhidmat di jabatan kastam?
13. Apakah kaitan kursus yang anda pelajari di universiti dengan kastam?
14. Senaraikan 7 jenis cukai yang anda tahu.
15. Mengapakah pemeriksaan perlu dilakukan pada setiap bagasi penumpang yang keluar masuk di Malaysia?
16. Apakah kesan cukai yang dikenakan pada jualan rokok di pasaran?
17. Apakah perbezaan diantara cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan cukai kastam?
18. Apakah perbezaan di antara cukai langsung dengan cukai tidak langsung?
19. Apakah sumbangan yang anda mahu berikan kepada jabatan kastam?
20. Apakah misi dan visi kastam?
21. Apakah cadangan yang boleh anda bentangkan untuk meningkatkan prestasi kastam?
22. Dari manakah anda boleh mendapatkan maklumat tentang kastam?
23. Apakah kelebihan yang terdapat dalam diri anda yang tidak terdapat pada orang lain?
24. Di manakah letaknya lokasi ibu pejabat kastam?
25. Apa pandangan anda sekiranya anda menerima gaji dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang lebih rendah dari tawaran gaji majikan anda yang sekarang?
26. Mengapakah kastam ditempatkan di sempadan negara?
27. Apakah contoh barang yang dikawal masuk ke dalam Malaysia?
28. Apakah contoh-contoh duti yang dikenakan oleh kastam?
29. Apakah perbezaan antara imigresen dengan kastam?
31. Berapa orang Menteri Kewangan yang anda tahu?
32. Siapakah nama timbalan menteri kewangan yang terkini?
33. Berapakah gaji permulaan seorang penguasa kastam?

Tips menjawab soalan temuduga Penguasa Kastam
1. Ambil tahu dan fahamkan skop kerja anda sebagai seorang Penguasa Kastam.
2. Ambil tahu isu semasa dan pengetahuan am yang terdapat di Malaysia.
3. Cari maklumat dari mereka yang pernah ditemuduga dalam sektor awam.
4. Andaikan diri anda sebagai bakal penemuduga.
5. Cari contoh soalan temuduga yang hampir sama dengan mendapatkan panduan temuduga Penguasa Kastam sekarang juga.
memang kena study utk jawab soalan penemuduga…kadang-kadang tak terduga juga soalan yg diajukan.
Banyak juga soalan-soalan yang mencabar ni.. Kena belajar soalan temuduga penguasa kastam betul-betul..
Peluang keemasaan jangan dilepaskan. Penguasa kastam tu..
dedauncomel.com recently posted…King Coco Jana Pendapatan RM20,000 Sebulan
Calon temuduga ramai, kekosongan 300 tempat sahaja.
Tau x organisasi latest ni?
Dulu saya ada hati nak kerja kerajaan..
Sekarang dah semakin pudar..
Ada rakan sekelas jadi penguasa kastam..
Hero Borneo recently posted…Portal Senarai Kerja Kosong Terkini
Sama dengan saya, sebab saya nampak kebebasan dengan berniaga sendiri.
Soalan berkisar fakta senang nak jawab.. yang susah kalau soalan berkait pengetahuan umum..huhuhu.. mmg susah kalau pengetahuan umum tak banyak..
Mohd Aswad recently posted…Perak – Saham Kowamas