Penjara

Soalan Temuduga Penguasa Penjara

Soalan temuduga Penguasa Penjara

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengumumkan semakan bagi temuduga Penguasa Penjara KA41 dan soalan temuduga Penguasa Penjara Gred KA41 sudah mula dicari oleh calon-calon yang terlibat. Secara amnya, soalan temuduga yang bakal ditanya akan berkaitan dengan Jabatan Penjara Malaysia itu sendiri.

 

soalan temuduga penguasa penjara
Penjara memiliki pelbagai kisah untuk teladan kepada masyarakat.

 

Soalan-soalan temuduga Penguasa Penjara KA41 yang bakal ditanya adalah seperti di bawah. Namun begitu, soalan di bawah adalah soalan persediaan sahaja, tidak semestinya ia akan keluar semasa sesi temuduga nanti.

1. Perkenalkan diri dan latar belakang anda.
2. Ada tak ahli keluarga anda yang bekerja di Jabatan Penjara Malaysia?
3. Di mana anda belajar sebelum ini?
4. Mengapa anda nak mohon jawatan Penguasa Penjara sedangkan ada banyak lagi jawatan pegawai yang lain?
5. Kenapa tak nak teruskan kerja di tempat sekarang?

6. Sebelum ke mari, apa persediaan yang anda lakukan?
7. Apa tugas Penguasa Penjara yang anda tahu?
8. Terangkan fungsi Sistem Parol yang anda faham.
9. Apa sikap yang ada dalam diri anda untuk memegang jawatan Penguasa Penjara?
10. Apa kemahiran yang anda miliki untuk menjaga dan mengajar tahanan di penjara?

11. Berikan nama Ketua Pengarah Penjara, Timbalan Pengara Penjara, Ketua Menteri Kementerian Dalam Negeri yang anda tahu.
12. Apa pandangan anda tentang isu keganasan yang berlaku baru-baru ini?
13. Boleh anda terangkan rukun solat dan bacaan doa yang biasa dibaca selepas solat? Sekurang-kurangnya anda boleh bantu banduan di sini belajar mengenai agama islam.
14. Terangkan misi dan visi Jabatan Penjara Malaysia yang anda tahu.
15. Apakah maksud Penjara Sejahtera dan terangkan Akta Penjara yang anda tahu?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.