Soalan temuduga Penolong Akauntan
Contoh soalan temuduga Penolong Akauntan Gred W29 boleh dirujuk menerusi senarai contoh-contoh soalan di bawah. Ia ditulis berdasarkan perkongsian calon yang pernah hadir ke sesi temuduga Penolong Akauntan yang lepas. Tidak semestinya ia akan ditanya pada anda tetapi anda boleh jadikannya sebagai rujukan.
1. Perkenalkan diri anda secara ringkas, mulakan dengan latar belakang, pendidikan akademik dan kerjaya yang terkini.
2. Anda bertugas di syarikat mana? Senaraikan tugas-tugas yang anda lakukan di syarikat tersebut.
3. Jika anda terpilih untuk dilantik sebagai Penolong Akauntan Gred W29, apakah perkhidmatan yang bakal anda berikan?
4. Jelaskan maklumat yang terkandung dalam Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 2014, senaraikan 2 fakta yang terdapat dalam pekeliling berkenaan.
5. Apa yang anda faham tentang GST? Apakah perbezaan di antara cukai SST dan GST? GST dikenakan pada kadar berapa? Siapakah pihak yang mengutip GST?
6. Jelaskan apa yang anda faham mengenai aset dipermodalkan?
7. Ketika local order (L/O) atau pesanan tempatan dikeluarkan untuk perkhidmatan atau bekalan, berapakah kadar maksimum yang diberi? Jika jumlah sudah lebih dari kadar maksimum, apakah tindakan anda?
8. Jika anda bersetuju untuk dilantik ke jawatan ini, adakah anda boleh dihantar ke tempat bertugas seperti di Sabah atau Sarawak?
9. Namakan sistem yang digunakan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
10. Apa pandangan anda mengenai maklumat yang terdapat dalam laman sesawang Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

11. Nyatakan perbezaan di antara Sistem Akruan dengan Sistem Asas Tunai?
12. Apakah sebab yang munasabah sistem asas tunai ditukar kepada sistem akruan?
13. Nyatakan nama-nama produk 1Malaysia yang terdapat di pasaran?
14. Menurut pandangan anda, adakah produk-produk 1Malaysia berjaya meringankan beban rakyat Malaysia?
15. Bagaimana pentadbiran kerajaan pada hari ini? Adakah ia sudah cukup sempurna atau ada cadangan untuk meningkatkan kualiti pengurusan kerajaan dengan rakyat?
16. Beritahu kami mengapa anda lebih layak dari calon-calon yang lain?
17. Apakah persiapan yang anda lakukan untuk menghadapi temuduga ini?
18. Apakah visi, misi dan objektif Jabatan Akauntan Negara?
19. Mengapa anda hendak bekerja dalam sektor awam?
20. Apakah sumbangan yang bakal anda berikan jika dilantik sebagai Penolong Akauntan?
Untuk lebih banyak contoh soalan temuduga, sila rujuk kepada panduan temuduga Penolong Akauntan sekarang juga.