Temuduga

Soalan Temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat

Soalan temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengumumkan sesi temuduga bagi jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29. Soalan temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat yang bakal ditanya berkaitan dengan Kementerian atau Jabatan di mana Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat itu bakal ditempatkan.

Berikut adalah contoh-contoh soalan temuduga yang boleh digunakan sebagai persediaan. Ianya dipecahkan kepada beberapa bahagian yang berkaitan dengan Kementerian atau Jabatan yang berkaitan. Ianya dimulakan dengan soalan-soalan asas semasa temuduga.

1. Sila kenalkan diri anda dan latar belakang keluarga dan pendidikan anda dengan ringkas dan padat.
2. Apa unit pakaian seragam yang anda sertai di sekolah?
3. Sebutkan pengalaman anda yang berkaitan dengan penglibatan aktiviti kemasyarakatan.

 

Soalan temuduga berkaitan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

1. Apakah tugas dan tanggung jawab seorang Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat?
2. Terangkan visi, misi dan moto JPNIN.
3. Apakah peranan yang dimainkan oleh JPNIN?

4. Apakah Dasar Kualiti JPNIN?
5. Apa tujuan Kelab Rukun Negara ditubuhkan?
6. Berikan contoh-contoh program yang dianjurkan oleh Kelab Rukun Negara.

7. Jelaskan objektif penubuhan Sekretariat Rukun Negara.
8. Apakah tujuan penubuhan Majlis Konsultansi Perpaduan Negara pula?
9. Bilakan Skim Rukun Tetangga diperkenalkan?

10. Sebutkan 3 fasa Rukun Tetangga mengikut peredaran masa.
11. Apakah peranan jawatankuasa Rukun Tetangga?
12. Berapakah umur minimum yang dibenarkan untuk menyertai Rukun Tetangga?

13. Apakah tujuan Tabika Perpaduan ditubuhkan?
14. Terangkan apa yang anda tahu tentang Taska Permata Perpaduan.
15. Bolehkah anda berkomunikasi dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai peringkat umur?

 

Soalan temuduga berkaitan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

1. Namakan Menteri yang menerajui KKM.
2. Terangkan visi dan misi serta moto KKM.
3. Apakah peranan yang dimainkan oleh KKM?

4. Apakah tanggung jawab pelanggan bila berurusan dengan KKM?
5. Terangkan maksud logo KKM yang anda faham.
6. Apakah perbezaan klinik dan hospital yang anda boleh huraikan?

7. Terangkan cara-cara untuk mendapatkan rawatan dari pakar.
8. Apakah perbezaan caj atau cagaran di hospital di antara warganegara dan bukan warganegara?
9. Apakah syarat untuk mendapat potongan atau pengecualian bayaran di hospital?

10. Berikan 3 contoh penyakit berjangkit yang dikecualikan bayaran bila dimasukkan ke dalam wad.
11. Senaraikan dokumen-dokumen yang perlu disertakan untuk mendapatkan pengecualian bayaran di hospital.
12. Berikan contoh kes kecemasan yang boleh diuruskan di Jabatan Kecemasan.

13. Siapakah waris yang diizinkan menunggu pesakit di dalam wad?
14. Katakan anda berminat untuk membeli satu produk kecantikan. Bagaimanakah cara untuk memeriksa status keselamatan produk tersebut?

 

Soalan temuduga berkaitan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

1. Apakah nama asal bagi KPWKM?
2. Sebutkan 4 agensi kerajaan yang bernaung di bawah KPWKM.
3. Sebutkan misi, visi dan matlamat KPWKM.

4. Apakah objektif KPWKM?
5. Sebutkan nama menteri yang menerajui KPWKM.
6. Ada berapa strategi yang digunakan oleh KPWKM?

7. Boleh anda terangkan makna yang terdapat dalam logo KPWKM?
8. Apa yang anda faham tentang eKasih?
9. Terangkan secara ringkas tentang 1Azam.

 

Untuk mendapatkan lebih banyak contoh soalan, sila rujuk panduan temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat sekarang.

7 thoughts on “Soalan Temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat”

  1. assalam.. alhamdulillah.. sy dapat pggilan tmuduga tersebut di bawah kementerian pembangunan wanita keluarga & masyarakat.. ada tak tips atau contoh2 soalan yg akan di tanya?. tq.. ?

  2. Salam sejahtera. Saya mendapat panggilan temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat(PPPM) di bawah agensi Jabatan Pertanian. Adakah ianya sama dengan jawatan PPPM di bawah agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat atau tidak? Mohon pencerahan.
    Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.