Penguatkuasa

Soalan Temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa

Soalan temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa

Selepas calon-calon bagi jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 melepasi ujian fizikal, contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa bakal menjadi carian untuk persediaan sesi temuduga. Contoh soalan yang disenaraikan di bawah ditulis mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dengan pengambilan jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29.

 

soalan temuduga penolong pegawai penguatkuasa
Salah satu majlis anjuran MARDI dan MOA.

 

Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

1. Boleh perkenalkan diri dan latar belakang anda?
2. Apa unit pakaian seragam yang anda sertai di sekolah?
3. Bagaimana nak kaitkan unit pakaian seragam yang anda sertai dengan Penolong Pegawai Penguatkuasa?

4. Bagaimana anda boleh berminat nak jadi Penolong Pegawai Penguatkuasa?
5. Apa tugas-tugas seorang Penolong Pegawai Penguatkuasa?
6. Bolehkah anda bertugas di luar waktu pejabat jika diarahkan?

7. Sebutkan misi dan visi bagi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA)
8. Apakah objektif bagi penubuhan MOA?
9. Sebutkan 3 dari 5 fungsi MOA yang anda tahu.

10. Bilakah MOA ditubuhkan?
11. Sebutkan nama menteri yang menerajui MOA dan timbalannya.
12. Apakah fungsi Bahagian Industri Tanaman, Ternakan dan Perikanan dalam MOA?

13. Sebutkan 5 perkara dalam Bajet 2018 yang berkaitan dengan MOA.
14. Apa yang anda boleh huraikan tentang Pelan Strategik ICT MOA?
15. Apakah tujuan MOA memperkenalkan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan?

16. Sebutkan 3 institut di bawah pengurusan Jabatan Pertanian Malaysia (DOA)
17. Apa yang anda faham tentang perkhidmatan veterinar?
18. Apa pendapat anda tentang indsutri pertanian di Malaysia hari ini?

 

Untuk persediaan temuduga yang lebih rapi, rujuk panduan temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa sekarang juga.

5 thoughts on “Soalan Temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.