Soalan temuduga Penolong Penguasa Kastam
Selepas peperiksaan online Penolong Penguasa Kastam Gred W29 berakhir, keputusan akan dikeluarkan bagi menapis calon-calon untuk melalui proses temuduga. Calon-calon yang melepasi tapisan temuduga akan ditawarkan lantikan tetap dan akan dihantar kursus di AKMAL dalam tempoh 3 bulan. Pengisian semasa kursus ialah berkawad, kelas dan aktiviti riadah. Contoh soalan temuduga Penolong Penguasa Kastam adalah seperti berikut :
1. Perkenalkan diri dan latar belakang anda.
2. Kerjaya anda yang sekarang, bekerja atau masih belajar. Jika masih belajar, nyatakan dalam bidang apa dan mengapa anda memilih kursus tersebut.
3. Nama pengarah kastam dan jawatankuasa kastam yang terkini.
4. Tugas dan tanggungjawab kastam.
5. Isu-isu semasa di Malaysia.
6. Dasar-dasar kerajaan.
7. Mengapa anda nak kerja kerajaan.
8. Mengapa pihak kerajaan perlu ambil anda bekerja.
9. Fungsi jabatan kastam di Malaysia.
10. Jenis-jenis cukai.
11. Makan di Kentucky Fried Chicken (KFC) kena cukai tak? Kalau ada, berapa kadar cukai yang dikenakan?
12. Apa yang membuatkan anda mahu kerja di jabatan kastam?
13. Apa kaitan kursus yang anda pelajari dengan kastam?
14. Senaraikan 5 jenis cukai yang anda tahu.
15. Mengapa pemeriksaan perlu dilakukan pada setiap bagasi penumpang yang keluar masuk di Malaysia?
16. Nyatakan kesan cukai yang dikenakan pada jualan rokok di pasaran.
17. Nyatakan perbezaan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri dengan cukai kastam.
18. Berikan perbezaan di antara cukai langsung dengan cukai tidak langsung.
19. Apakah sumbangan yang anda berikan kepada jabatan kastam.
20. Terangkan misi dan visi kastam.
21. Berikan cadangan yang boleh dibentangkan untuk meningkatkan prestasi kastam.
22. Di manakah anda boleh mendapatkan maklumat tentang kastam?
23. Apakah kelebihan yang terdapat dalam diri anda?
24. Di manakah lokasi ibu pejabat kastam?
25. Apa pendapat anda jika menerima gaji dari SPA yang lebih rendah dari tempat kerja sekarang?
26. Mengapakah kastam ditempatkan di kawasan seperti sempadan negara?
27. Nyatakan beberapa contoh barang yang dikawal masuk ke dalam Malaysia.
28. Berikan contoh duti yang dikenakan oleh kastam.
29. Apakah perbezaan kastam dengan imigresen?
30. Kastam diletakkan di bawah kementerian apa?
31. Menteri kewangan ada berapa orang?
32. Siapakah nama timbalan menteri kewangan?
33. Berapa gaji permulaan penolong penguasa kastam?

Tips menjawab soalan temuduga Penolong Penguasa Kastam
1. Ambil tahu dan fahamkan skop kerja anda sebagai seorang Penolong Penguasa Kastam.
2. Ambil tahu isu semasa dan pengetahuan am.
3. Ambil maklumat dari mereka yang pernah ditemuduga dalam sektor awam.
4. Anggap diri anda sebagai bakal penemuduga.
5. Cari contoh soalan temuduga yang seakan-akan sama dengan mendapatkan panduan temuduga Penolong Penguasa Kastam sekarang juga.
terima kasih tuan… sy mncari maklumat sbgi persediaan menghadapi temuduga utk jwtn penguasa kastam xlama lg, inshaAllah info tuan ni bermanfaat utk sy. 🙂
Sama-sama, semoga anda dapat menghadapi temuduga penguasa kastam dengan jayanya 🙂
terima kasih tuan.. maklumat ini akan berguna untuk saya.
Sama-sama, semoga ianya dapat membantu urusan temuduga kastam anda 🙂
As salam tuan
saya telah membeli ebook ini sebelum saya interview penolong penguasa kastam..soalan saya…adakah ebook yang saya beli boleh digunakan atau sama kandungan bagi saya untuk interview jawatan lain? terutamanya saya akan menghadiri interview untuk jawatan penguasa kastam w41…
Waalaikumusalam,
Ya, jika diperhatikan, struktur soalan temuduga kerja dalam bidang kerajaan hampir sama. Jadi anda boleh gunakan ebook tersebut untuk temuduga jawatan penguasa kastam gred w41 🙂
Saya baru berumur 18tahun dan ini adalah temuduga ke-4 saya. Atas masalah kewangan saya tidak dapat melanjutkan pelajaran.Saya harap dengan panduan ini saya akan berjaya temuduga dan bawa pulang berita gembira buat keluarga di kampung
semoga pilihan raya di malaysia berlangsung lancar bro
jalan dan makan recently posted…Kue Cubit Green Tea
Kerja kastam banyak cabarannya. Semoga apa yang di amanahkan kepada calon berjaya di laksanakan sebaiknya.
Ibu Zaid recently posted…Tempat menarik di Johor? Amboi cantiknya! Memang best bercuti di 10 lokasi ini!
Fuh banyak gak soalan yang aku pun tak tahu jawapan yg tepat..hehe
JMR recently posted…Berkawan Dengan Binatang di Farm In The City.
2
0.5
3
4.5