Sudah kerja tapi perlu pendapatan sampingan
Jika anda sudah bekerja, tahniah saya ucapkan. Secara tidak langsung anda sudah berjaya meningkatkan ekonomi diri sendiri. Walau bagaimana pun, satu kerja sahaja belum tentu dapat menampung kenaikan kos sara hidup yang meningkat setiap hari. Walau pun anda sudah kerja tapi perlu pendapatan sampingan sebagai persediaan.
1. Kerja sekarang tidak kekal. Mungkin gaji yang anda terima hari ini sudah cukup, atau dikategorikan sebagai gaji tinggi. Namun begitu anda harus sedar bahawa syarikat di tempat anda bekerja tidak menjanjikan bayaran yang lumayan buat selama-lamanya.
Bila ekonomi merudum, sebahagian besar majikan akan mula mengurangkan pekerja untuk kelangsungan syarikat. Tanpa ada pendapatan lain, anda akan tertekan. Biar pun ada simpanan kecemasan, lama-kelamaan ia akan habis juga. Sekiranya anda memiliki pendapatan lain, maka anda dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.
2. Hidup seperti biasa. Gaji yang anda perolehi boleh disalurkan untuk simpanan dan pelaburan saham atau unit amanah. Anda hanya berbelanja dengan wang yang diperolehi dari pendapatan sampingan.
3. Kenaikan kos sara hidup. Gaji RM1,500 hari ini tidak sama nilainya untuk 10 tahun lagi. Dengan gaji RM3,000 hari ini di bandar-bandar besar boleh dikelaskan sebagai orang miskin bandar. Harga makanan 5 tahun dahulu pun tidak sama seperti harga makanan sekarang.
Bila anda mempunyai sumber pendapatan sampingan, kenaikan kos sara hidup boleh ditangani dengan tenang. Anda tak perlu pinjam wang dari bank untuk terus hidup. Bila wang tidak cukup, hanya terfikir untuk meminjam sahaja.

4. Kenaikan gaji tidak seiring. Peningkatan kos sara hidup tidak seiring dengan kenaikan gaji. Simpanan bulanan juga terkesan dan hasrat anda untuk melaburkan semula wang tersebut terbantut.
Pilihan yang ada ialah kerja sampingan. Hanya dengan cara ini anda boleh menyimpan dan melabur. Mereka yang berpendapatan kecil pasti sukar untuk membuat simpanan. Walau bagaimana pun jika gaji tinggi tapi lebih banyak berbelanja dari menyimpan, pasti itu lebih sukar lagi.
5. Kejadian tak diduga. Ada saat yang tak diingini datang secara tiba-tiba contohnya sakit yang perlukan kos perubatan, kereta rosak, baiki rumah, kemalangan dan banyak lagi. Tanpa pendapatan yang mencukupi, hidup anda akan dilanda tekanan.
6. Bersara di usia muda. Bila anda memiliki banyak simpanan dan pelaburan di awal usia, anda sudah boleh merancang untuk bersara. Bukan mudah untuk bersara awal, tapi ia tidak mustahil. Di antara sebab untuk anda bersara awal ialah mahu tumpukan pada famili, bersiar-siar di dalam dan luar negara dan banyak lagi.
Untuk mencapai hasrat anda, kewangan anda haruslah berada di paras kukuh tanpa perlu bekerja. Harus diingat, bersara itu membawa pengertian yang subjektif bagi setiap individu. Katakan anda mahu bersara diusia 40 tahun, maka perancangan haruslah dibuat semasa anda berusia 30 tahun.
Untuk bersara awal, rancanglah kewangan anda dari sekarang. Anda boleh mula kumpul wang dengan berniaga di Shopee. Belajar untuk jalankan bisnes anda menerusi panduan di bawah :
pendapatan sampingan sangat perlu ketika ini…lebih lebih lagi keadaan ekonomi kurang memberangsangkan.
ada masa yang terluang patut digunakan untuk menjana poendapatan sampingan
mrhanafi recently posted…Pengalaman Terima Duit Palsu RM100
zaman semua benda mahal ni mmg nak kena cari pendapatan kedua
nikkhazami recently posted…Sinopsis Ku Kirim Cinta di Tv3
Betul. Dalam keadaan kos hidup semakin meningkat ni satu kerja tak cukup untuk terus survive.
Haidar recently posted…Pinjaman Peribadi Koperasi Coshare – Kuwait Finance House ‘Pra Kelulusan Tanpa Pengesahan Majikan’ Hanya 48 Jam Sahaja
sekarang memang perlu ada income tepi
raihanah ahmad recently posted…Rawat Luka Melecur Dengan Collagen
Yang berniaga pun kena ada back up bisnes. At least ada something boleh cover.