• Hartanah

    4 Strategi Lulus Pinjaman Rumah

    4 strategi lulus pinjaman rumah Dalam dunia ini, jarang kita mendengar orang membeli rumah secara tunai hatta jutawan sekalipun, mereka tetap akan menggunakan sistem pinjaman bank. Rumah bukan lagi satu kehendak, tetapi merupakan satu keperluan. Namun ada yang meletakkan sebagai kehendak. Kehendak ini diletakkan atas faktor selepas memiliki rumah kediaman sendiri. Membeli rumah pertama ataupun kedua mahupun seterusnya, perlu bijak mengetahui teknik mudah lulus pinjaman rumah. Bukan mudah pihak bank mahu meluluskan pinjaman kita. Ini kerana setiap hari mereka terpaksa menghadapi beribu permohonan pinjaman. Apa yang perlu mereka lakukan adalah membuat tapisan yang benar-benar layak. Soalnya, bagaimana mahu melepasti tahap kriteria bank?     1. Ketahui kelayakan pinjaman. Kita sedia…

  • Hartanah

    3 Sebab Melabur Dalam Hartanah

    3 sebab melabur dalam hartanah Apabila kita menceburi bidang pelaburan hartanah, tentu kita sudah menentukan matlamat sebenar contohnya kita ada 3 sebab melabur dalam hartanah. Sentuh tentang matlamat, tidak semua orang mempunyai matlamat yang sama. Namun dengan menentukan matlamat, kita dapat mengetahui tentang sasaran apa yang mahu kita capai. Perkara pertama yang perlu kita tahu dalam bidang hartanah ini adalah seseorang itu boleh jadi kaya jika dia bijak mencari aset bukan wang tunai semata-mata. Ini kerana ada meletakkan kayu ukur jutawan itu apabila seseorang itu berjaya memiliki kekayaan dengan wang tunai berjumlah jutaan ringgit.     1. Matlamat mahu menjadi kaya raya Jika kita mensasarkan untuk menjadi kaya raya dalam…

  • Hartanah

    7 Proses Pembelian Rumah Subsale

    7 proses pembelian rumah subsale 7 proses pembelian rumah subsale ada diterangkan dalam artikel ini. Ada banyak pilihan untuk membeli rumah di Malaysia, bermula dengan rumah baru, rumah sekunder (subsale) dan rumah lelong. Proses beli rumah subsale ini bukanlah sesukar mana kerana ada banyak panduan sudah ditulis dan dikongsikan di media sosial.     Pertama sekali, anda perlu cari hartanah yang mahu dibeli. Sama ada rumah kos rendah, kondominium atau teres, pastikan ianya berada dalam kemampuan anda. Kedua, anda perlu menandatangani Surat Penerimaan (Letter Of Acceptance) atau Surat Tawaran (Letter Of Offer) yang diberikan oleh ejen hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH atau BOVAEA).…

  • Hartanah

    Tips Beli Rumah Pertama

    Tips beli rumah pertama Sebagai orang yang belum ada pengalaman untuk beli rumah, anda perlukan panduan beli rumah pertama yang boleh memudahkan urusan anda. Dengan panduan atau tips beli rumah pertama yang betul, anda boleh elakkan daripada ditipu oleh agen hartanah dan pemaju perumahan. Sedikit sebanyak ia akan melancarkan perjalanan untuk membeli rumah pertama anda. Rujuk kepada panduan asas di bawah : 1. Panduan pertama ialah, harga rumah tersebut mestilah 3 kali ganda daripada jumlah keseluruhan pendapatan tahunan anda. 2. Komitmen keseluruhan untuk bayaran bulanan (termasuk pinjaman kereta dan lain-lain hutang) tidak lebih daripada 50% pendapatan anda. 3. Bayaran ansuran bulanan untuk pinjaman rumah tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan…

  • Hartanah

    8 Faktor Bank Luluskan Pinjaman Rumah

    8 faktor bank luluskan pinjaman rumah Ada banyak faktor pihak bank boleh memberikan pembiayaan rumah yang anda pohon. Bella Leana, seorang pegawai bank yang berpengalaman menyenaraikan 8 faktor bank luluskan pinjaman rumah. Anda boleh jadikan ia sebagai rujukan bila membuat pinjaman perumahan nanti. Jadi tidaklah anda kelam kabut untuk buat persiapan dan rujukan.     1. Simpanan. Sebaik-baiknya anda ada simpanan untuk ansuran bulanan selama 6 bulan. Jika lebih dari 12 bulan adalah lebih baik. Seelok-eloknya ada simpanan untuk ansuran 36 bulan. Lampirkan bersama buku simpanan Tabung Haji atau Amanah Saham Bumiputera. Buku akaun simpanan yang lain pun diterima. 2. Baki wang dalam akaun gaji. Sementara menunggu gaji yang seterusnya,…

  • Hartanah

    Tips Beli 30 Rumah Dalam 10 Tahun

    Tips beli 30 rumah dalam 10 tahun Ramai orang nak buat duit dengan hartanah. Ada yang beli rumah sekali setahun, ada yang bijak boleh buat dua kali setahun. Untuk tempoh yang lama, KY Tee dari KY Consultancy sudi kongsikan tips beli 30 rumah dalam 10 tahun. Nampak sukar untuk dilakukan, namun dengan ilmu pengurusan kewangan yang betul, 30 buah rumah boleh dimiliki dalam jangka masa tersebut. Ambil contoh dari tahun 2005 hingga ke 2015. Sebuah kondominium dengan keluasan 1,000 kaki persegi di Jalan Kelang Lama dijual dengan nilai RM150,000 hingga RM160,000. Untuk memilikinya, kos pendahuluan yang perlu disediakan ialah 10% dengan legal fees, kesemuanya mencecah RM20,000. Jika ia disewakan boleh…

  • Hartanah

    Tips Untung Pelaburan Hartanah

    Tips untung pelaburan hartanah Semua orang tahu dengan istilah melabur, iaitu mengeluarkan sebahagian sumber untuk tujuan tertentu bagi memberi sesuatu pulangan. Hartanah pula merupakan sebuah aset yang dinilaikan atau diperdagangkan sama ada dengan rumah mahupun tanah. Kedua-duanya mampu memberikan statistik angka yang menarik. Industri pelaburan hartanah bukanlah suatu perkara yang baru sebenarnya. Ia mula dilihat berkembang seawal tahun 2000. Pada ketika itu, tidak ramai yang menyedari tentang potensi besar bidang pelaburan hartanah ini. Namun begitu, pemilikan tanah mahupun rumah pada ketika itu sudah dilihat meningkat dari semasa ke semasa.     Hartanah aset yang menguntungkan Boleh dikatakan orang yang hidup zaman pasca kemedekaan dilihat banyak memiliki hartanah. Itu sudah terbukti…

  • Hartanah

    4 Tips Beli Rumah Lelong

    4 tips beli rumah lelong Rumah lelong merupakan rumah yang dijual oleh pihak bank atas konsep lelongan. Lelongan ini dilakukan kebiasaannya¬† atas faktor pemilik asal tidak mampu membayar lunas hutang pinjaman.¬† Rumah lelong dianggap berbaloi jika bakal pembeli berjaya mendapatkan nilai hartanah di bawah nilai pasaran (market value). Namun begitu, kebiasaannya rumah lelong yang terjual mempunyai bidaan tertinggi kurang daripada nilai pasaran. Oleh sebab itu jugalah rumah lelong sering menjadi tumpuan bakal pelabur khususnya.     1. Ehsan seorang pembeli. Adakah anda kenal dengan individu yang bernama Saifulnizam Mokhtar? Beliau merupakan¬† seorang pelabur hartanah yang sering berkongsi tentang pembelian rumah lelong di laman Facebook. Namun begitu, apa yang ingin dikongsikan…

  • Hartanah

    Melawat Rumah Yang Nak Dibeli

    Melawat rumah yang nak dibeli Situasi membuat pilihan merupakan satu aktiviti yang sukar. Ia juga termasuklah dalam situasi bakal pembeli yang sedang tercari-cari rumah yang sesuai. Dalam artikel ini, akan didedahkan tip-tip apabila kita mahu melakukan aktiviti site visit rumah terutama rumah subsale dan lelong. Site visit bukan sahaja tertumpu kepada bentuk rumah semata-mata, tetapi ia mestilah merangkumi aspek luar dan dalam termasuklah semakan yang melibatkan dokumen penting.     1. Bawa pakar. Jika anda seorang perempuan, bawalah bersama seorang rakan lelaki ataupun seseorang yang mengetahui tentang selok belok dalam melakukan site visiting. Mengapa tidak boleh seorang? Ini kerana kita memerlukan seseorang yang boleh berkomunikasi baik dengan penjual. Untung badan.…

  • Hartanah

    Rancangan Beli Rumah Pertama

    Rancangan beli rumah pertama Bagi mereka yang baru sahaja bekerja perlu membuat rancangan kewangan untuk membeli rumah pertama sebagai tempat tinggal. Tangguhkan dahulu hasrat untuk membeli kereta. Menurut Amir Syahir, rancangan beli rumah pertama harus dimulakan dengan strategi dan bukan sekadar hanya mahu membeli. Pembiayaan rumah tidaklah sesukar mana. Malah tiada jauh bezanya dengan bayaran kereta. Bezanya pinjaman perumahan jauh lebih lama sehingga mencapai tempoh 35 tahun. Syarat yang perlu dipatuhi ialah mampu bayar semula, berdisiplin dan komited, barulah pihak bank sudi tawarkan pembiayaan. 1. Belajar ilmu hartanah. Jika anda masih baru dalam pelaburan hartanah, luangkan sedikit masa dan wang bagi mendapatkan ilmu dari seminar hartanah atau membeli buku rujukan…