• Hartanah

    4 Cara Buat Duit Dengan Hartanah

    4 cara buat duit dengan hartanah Ada banyak teknik untuk buat duit dengan hartanah. Ia telah banyak dikongsikan dalam banyak laman di internet dan dipraktikkan oleh ramai orang. 4 cara buat duit dengan hartanah ini boleh dipelajari dengan mudah berpandukan kepada rumusan yang ditulis dalam senarai di bawah. Hasil yang bakal anda perolehi mungkin sedikit berbeza dengan apa yang dicatatkan. 1. Markup loan. Katakan anda hendak beli rumah dengan harga RM120,000. Anda berjaya berunding dengan pemilik rumah untuk dikurangkan kepada RM100,000. Penjimatan RM20,000 boleh digunakan untuk banyak perkara. Bila buat pinjaman dengan bank, mohon jumlah RM120,000. Dengan kelulusan 90%, anda boleh dapat RM108,000. Bayar kepada pemilik rumah RM100,000 dan baki…

  • Hartanah

    Senarai Semak Beli Rumah Lelong

    Senarai semak beli rumah lelong Ada ramai di kalangan masyarakat hari ini masih kabur dengan proses beli rumah lelong. Secara asasnya ada 18 senarai semak beli rumah lelong yang wajib diketahui bila anda berminat untuk membeli rumah lelong. Secara amnya, membeli rumah lelong menguntungkan kerana harga yang ditawarkan berada di bawah pasaran. Menurut Kamarol Faizal, yang berpengalaman dalam hartanah lelong, tersilap langkah boleh mengakibatkan kerugian. Oleh itu sila teliti proses beli rumah lelong bermula dengan maklumat dalam surat yang terdapat dalam Syarat Jualan Lelongan (Proclamation of Sale). 1. Tarikh dan waktu lelong. Pastikan anda ingat tarikh dan waktu rumah tersebut dilelong supaya tidak terlepas tarikh. 2. Lokasi lelong. Semak lokasi…

  • Hartanah

    Nasihat Pelaburan Hartanah Dari Ayhat Ishak

    Nasihat pelaburan hartanah dari Ayhat Ishak Saya mendapat jemputan dari seorang usahawan wanita untuk bertandang ke butik beliau. Siapa sangka di sana saya bertemu dengan sekumpulan usahawan yang hebat termasuklah Ahyat Ishak. Saya ambil peluang ini untuk berbual dan mendapatkan nasihat pelaburan hartanah dari Ahyat Ishak sebanyak mungkin.     Untung 1000% dalam 2 tahun Saya mulakan cerita dengan pembeliah hartanah saya yang bernilai RM178,000. Selepas 2 tahun nilainya meningkat kepada RM345,000. Menurut Ahyat Ishak, peratus keuntungan sekiranya saya jual sekarang ialah 1000%. Modal pendahuluan ialah RM17,000 dan jual dengan harga pasaran. Jadi ini merupakan salah satu jenis perniagaan yang digilai ramai. Modal hanyalah 10% sahaja daripada harga hartanah tersebut.…

  • Hartanah

    Gaji Rendah Mampu Beli Rumah

    Gaji rendah mampu beli rumah Biasanya pembelian rumah menggunakan konsep sewa beli di mana pembeli akan membuat permohonan untuk pinjaman perumahan. Setiap permohonan pinjaman perumahan tidak sama dan berbeza-beza mengikut kemampuan pemohon serta bergantung kepada beberapa faktor. Oleh itu anda perlu bijak mengukur kemampuan pinjaman perumahan masing-masing. Seorang anak muda yang berpengalaman dalam hal-ehwal kewangan, Amir Syahir ada menyenaraikan 3 panduan asas untuk semakan kelayakan pinjaman wang dari bank.     1. Semak Central Credit Reference Information System (CCRIS). CCRIS adalah rekod pembayaran pinjaman yang anda miliki. Pinjaman peribadi, pinjaman sewa beli kereta, kad kredit dan pinjaman perumahan dimasukkan dalam CCRIS. Ia akan menjadi rujukan untuk pihak bank meluluskan permohonan…