Tambah bayaran rumah sewa untung berganda
Sekali lagi Khairul Ezuwan kongsikan tips menambahkan untung rumah sewa yang anda miliki. Tambah bayaran rumah sewa untung berganda ini semestinya menggunakan pinjaman Amanah Saham Bumiputera (ASB). Anda sudah sedia maklum pinjaman ASB ini boleh dimanipulasikan untuk mendapatkan aset hartanah dan perbelanjaan tambahan seperti belanja kahwin.

Bagaimana nak bermula buat untung?
Pertama sekali anda buat pinjaman tambahan sebanyak RM60,000 untuk rumah yang ada. Dalam masa 10 tahun, bayaran bulanan ialah RM624. Kemudian buat pinjaman ASB sebanyak RM200,000 dan ASB 2 sebanyak RM200,000 dengan isteri anda. Bermakna ada RM400,000 + RM400,000 = RM800,000.
Untuk membayar komitmen bulanan ini, anda gunakan pinjaman tambahan RM60,000 rumah tadi untuk bayaran setahun pinjaman ASB dan ASB2. Tumpukan bayaran pinjaman tambahan rumah selama 5 tahun. Anda bayar sendiri guna wang gaji atau guna dari wang rumah sewa atau Akaun 2 KWSP.
Guna dividen bayar hutang rumah
Sebaik sahaja anda mendapat dividen dari ASB dan ASB2, manfaatkan ia untuk membayar semula komitmen bulanan sehingga 5 tahun. Berdasarkan pengiraan dividen ASB dan ASB2 7.5% setahun, anda bakal mendapat tunai RM156,000. Rujuk video Teknik Pengubahan ASB.
Selepas 5 tahun, pinjaman anda berbaki RM34,000. Tunai yang bakal anda dapat ialah RM156,000 – RM34,000 = RM122,000. Kos bayaran bulanan RM624 x 60 bulan = RM38,000. Untung bersih RM122,000 – RM38,000 = RM84,000. RM84,000 bahagi 60 bulan = RM1,400.
RM1,400 ini simpanan bulanan anda. Ibarat anda memiliki 7 buah rumah sewa jika sebuah rumah menyumbang RM200 sebulan.
Wah, menarik pengiraan tu
Noriza Rahman recently posted…Kisah Pengalaman Pesakit yang Disahkan Bebas Kanser Tahap 3
terima kasih atas perkongsian menarik ini. salam kenal admin.
Kiraan memang nampak cantik kan tuan
Kalau semuanya berjalan lancar memang bagus
Mazni Azmi recently posted…Patutlah pantang larang pesakit buah pinggang penting! Rupa rupanya…
busnis sewa rumah memang menggiurkan apalagi kalau tuntunan semcam ini mesti lebih banyak untung lagi
jalan jalan recently posted…Nostalgia Masa Kuliah Di Bandung
Bjak betul strategi bermain dengan angka ni. Pakai ASB pun boleh untung rumah berganda
mama hakim recently posted…Pencuci Muka Cetaphil Hilangkan Jerawat [REVIEW] Harga & Kebaikan Untuk Kulit!
Jika duit yang sedia ada tidak cukup, boleh juga pertimbangkan untuk membuat pinjaman peribadi utk dapatkan wang yang lebih utk membuat bayaran.