Tips Bagi Orang Berjaya Untuk Terus Berjaya

Jan 05

Tips bagi orang berjaya untuk terus berjaya

Sukar untuk mencapai kejayaan jika tiada perancangan. Namun merancang tanpa melaksanakan rancangan adalah satu kegagalan. Orang yang berjaya ada formula untuk terus berjaya. Mereka tidak menangguhkan kejayaan dengan melaksanakan terus rancangan yang sudah dirangkakan. Tips berjaya bagi orang berjaya untuk terus berjaya ini amat mudah dilaksanakan jika ada kemahuan.

 

tips-bagi-orang-berjaya-untuk-terus-berjaya

Orang berjaya sanggup ambil risiko untuk berjaya.

 

1. Orang berjaya tidak merungut. Berbeza dengan orang yang gagal, banyak rungutan yang dilakukan. Tiada parkir nak merungut, cuaca panas nak merungut dan macam-macam lagi rungutan yang keluar. Berbeza dengan mereka yang gagal, perkara yang tak berhasil sentiasa jadi siulan. Mentaliti dan kesabaran tidak sama. Jika kerja tiada, ikhtiar untuk cari pun tiada.

2. Orang berjaya bertindak pantas dan tidak bertangguh. Berjaya atau tidak belakang kira. Jalan terus dan sanggup ambil risiko. Bertangguh akan merugikan masa dan keuntungan. Orang gagal akan cakap esok lusa baru buat kerja.

3. Sanggup melabur untuk berjaya. Laburkan masa, tenaga dan wang. Pergi ke program-program bisnes, seminar bisnes dan belajar teknik pemasaran. Dekat atau jauh bukan persoalan. Orang gagal akan bagi alasan sibuk, jauh, kenapa buat seminar hari minggu? Bila nak buat seminar dekat rumah saya?

4. Bina jaringan yang baik. Rakan anda mencerminkan diri anda. Berkawan dengan orang berjaya akan membantu anda berjaya. Kongsi pengalaman dari mereka yang berpengalaman, tukar-tukar ilmu pengetahuan. Orang gagal cakap susah-susah keluar rumah, Google saja boleh jumpa.

5. Buat keputusan untuk berjaya. Keputusan awal membantu mereka untuk berjaya. Orang gagal sibuk pasang azam baru dan bertukar-tukar azam setiap tahun.

6. Tidak kisah dikutuk. Hati kena kental. Apa orang kata usah dihirau. Orang yang gagal sibuk melayan apa kutukan orang. Buang masa di laman sosial periksa komen-komen orang.

7. Fokus pada satu bisnes pada satu masa. Satu masa satu perkara. Tukarkan masalah kepada wang. Orang gagal nak buat semua perkara dalam satu masa.

8. Konsisten bergerak. Ada masalah sedikit bukan penghalang. Itu cuma asam garam kehidupan. Orang gagal sekejap jalan sekejap berhenti. Semangat macam api lilin ditiup angin.

9. Kemaskini kemahiran teknologi. Bukan tukar telefon pintar berulang kali. Belajar gunakan platform di internet seperti mereka yang sudah berjaya. Belajar guna teknik pemasaran di laman sosial. Bukan macam orang gagal. Banyak habiskan masa di laman sosial skrol sana-sini.

 

 

9 comments

  1. Kena ada hati yang sangat kental untuk orang yang berjaya ni terus berjaya kan?
    Noriza Rahman recently posted…Runsing Masalah Haid Tidak Teratur?My Profile

  2. Sama-sama, orang berjaya akan terus buat seperti tindakan dalam artikel ni.

  3. buat bisness ni jangan banyak bunyik. buat je dengan apa yang ada di tangan dulu. tiada istilah perfect moment to start the business/
    Nurul recently posted…Testimoni VIVIX ke atas pesakit diabetesMy Profile

  4. Nak berjaya memang kena kental hatinya

    Tak kisah apa cabaran datang
    Ibu Zaid recently posted…Susu kambing higoat untuk ibu mengandung bagus ke?My Profile

  5. Setuju dengan point-point yang tuan utarakan.. rancang saja tak cukup, kena buat..

    bila buat, jangan merungut dan bertangguh. Kosisten juga penting 🙂

  6. Bina keystone habit seperti yang di kongsi anthony robins
    Mazni Azmi recently posted…Pencuci muka Shaklee YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge