Tips beli 30 rumah dalam 10 tahun
Ramai orang nak buat duit dengan hartanah. Ada yang beli rumah sekali setahun, ada yang bijak boleh buat dua kali setahun. Untuk tempoh yang lama, KY Tee dari KY Consultancy sudi kongsikan tips beli 30 rumah dalam 10 tahun. Nampak sukar untuk dilakukan, namun dengan ilmu pengurusan kewangan yang betul, 30 buah rumah boleh dimiliki dalam jangka masa tersebut.
Ambil contoh dari tahun 2005 hingga ke 2015. Sebuah kondominium dengan keluasan 1,000 kaki persegi di Jalan Kelang Lama dijual dengan nilai RM150,000 hingga RM160,000. Untuk memilikinya, kos pendahuluan yang perlu disediakan ialah 10% dengan legal fees, kesemuanya mencecah RM20,000. Jika ia disewakan boleh memberi aliran tunai yang positif dari RM600 ke RM700 sebulan.

Melabur ketika nilai hartanah masih rendah
Kadar BLR pada waktu itu ialah + 0.5. Dalam masa setahun, 2 ke 3 buah rumah boleh dibeli untuk pelaburan. Waktu ini juga rumah ketiga boleh dibiayai dengan kadar 90% dari harga rumah. Tiba sahaja tahun 2009, harga hartanah masih rendah kerana kondominium dengan keluasan 1,200 hingga 1,300 kaki persegi di Jalan Kelang Lama berada dalam lingkungan RM230,000 hingga RM260,000.
Menjelang tahun 2010, nilai hartanah di pasaran meningkat dengan pantas. Bank memberi pinjaman mudah dengan kadar faedah BLR -2.2, rumah yang dibiayai semula pada tahun 2005 dari RM150,000 kepada RM260,000 untuk mendapatkan tunai RM100,000 bagi sebuah rumah. Jika ada 15 buah rumah maka ada tunai RM1.5 juta. Di sini sudah jimat faedah BLR +0.5 kepada BLR -2.2.
Bermula tahun 2011, kerajaan menggubal undang-undang baru untuk rumah ketiga hanya akan dapat pinjaman 70% sahaja. Tunai RM1.5 juta yang ada hanya boleh digunakan untuk pembelian hartanah komersial sahaja contohnya studio dan pejabat. Pinjaman untuk hartanah jenis ini masih boleh dapat dengan kadar 80% ke 85%. Jadi gunakan RM1.5 juta tadi untuk membeli 20 hartanah komersial.
Pelaburan dalam hartanah komersial
Dengan pendahuluan RM60,000 hartanah komersial boleh dimiliki dengan anggaran harga RM300,000 seunit. Baki wang RM300,000 dilaburkan untuk membeli rumah berkembar di Bukit Kinrara dengan harga RM500,000. Dengan tunai RM300,000 cukup untuk membeli 2 buah rumah untuk flipping. Bila ia siap pada tahun 2013, harga jualan melonjak kepada RM850,000. RPGT ketika itu dicaj pada kadar 15%.
Untung bersih 2 buah rumah boleh dapat RM600,000 dicampur deposit RM300,000 menjadikan tunai milik anda RM900,000. Tiba sahaja tahun 2014, pembelian hartanah agak perlahan kerana harga sudah meningkat tinggi. Tunai RM900,000 hanya boleh digunakan untuk membeli hartanah di bawah harga pasaran. Beli untuk tujuan flipping sahaja.
Masih boleh guna cara KY Tee?
Pada tahun 2015, KY Tee sudah kurang melabur dalam hartanah. Dengan 35 buah rumah yang dimiliki disertakan aliran tunai RM400, sebulan sudah menjana pendapatan 5 angka. Tunai dalam tangan sudah ada lebih RM1 juta. Cara ini masih boleh digunakan pada hari ini dengan syarat anda kena berusaha gigih dan melabur dalam ilmu hartanah sebelum melabur dalam hartanah.
Sekarang ni nak beli sebuah rumah pun harga dah beratus ribu..
Noriza Rahman recently posted…Vivix® Menjadi Pilihan Artis Malaysia untuk Kesihatan Keseluruhan
Harga rumah makin mahal…
Betul, sebelum tahun 2005, banyak rumah yang dibawah RM200,000 dan faedah bank pun masih rendah, kalau dibandingkan dengan sekarang ianya lebih tinggi.
memang semakin mahal harga sekarang ni…
kena bijak membeli dan belajar.
dan kena cepat ambil peluang.
titan recently posted…Dikala kita diperlekeh berpanjangan, kita bangkit dengan SATU senyuman sepanjang zaman.
Tanah makin kurang, rumah makin mahal. Baik balik kampung, beli rumah kat kampung..
Fyda Noh recently posted…Bayi Menangis Malam Boleh Buat Mak Ayah Menangis Sekali
Dapat beli satu rumah pun dah amat bersyukur. Ada juga tempat utk berteduh.
MK Hakimi recently posted…Anak Sulung
Kalau dalam bisnes, jangan sesekali membuat pinjaman untuk memulakan bisnes, kalau untuk hartanah ni? boleh bagi pandangan? 🙂
Sebab di kawasan berahmpiran saya, tengah dalam pembinaan untuk kawasan perumahan..kawasan berhampiran pekan..jika difikirkan untuk jangka masa panjang..lokasi tu berpotensi..tapi tak tahu lah..ilmu belum ada lagi pasal hartanah ni..
Junaidy Jaimi recently posted…Sabun Pencuci Pinggan Terbaik Untuk Kulit Tangan Sensitif Dish Drops Amway Home
sekarang harga hartanah mahal
raihanah recently posted…3 Cara Vitamin C Membersihkan Toksin Dalam Badan
tak mampu beli pun rumah lebih-lebih lagi di KL ni..
pergh, menuju financial freedom dalam masa 10 taun 🙂
Uncle Zuan recently posted…Video Pendek 3 Hari 2 Malam di Saigon
ada peluang maka itulah yang terbaik untuk menambah aset dan kekayaan
mrhanafi recently posted…Cabaran Tempat Kerja Kian Terasa
Muda lagi tapi dah ada 35 buah rumah ya..Memang mantap tu..
Sani recently posted…3 Langkah Buat Duit Dengan Lynk.my
harga rumah makin mendadak naik.. Fuh risau pula tak dapat kumpul aset2 ni
dedauncomel.com recently posted…Apa Itu Peraturan 5 Saat ?
insyallah masih lagi berusaha untuk mendapatkan rumah pertama..
zik recently posted…Pengalaman jual burger tepi jalan, income rm5000 sebulan
Saya pun sudah mula menyimpan untuk membeli sebuah rumah tahun lepas, tapi banyak juga kena adjust bajet , maklumlah keadaan ekonomi sekarang ni naik dan turun je
Wan Zawawi recently posted…ANCHOR FOOD PROFESSIONALS LAUNCHES ARTISANAL PIZZAS THROUGH PIZZART CAMPAIGN
Boleh, tapi risiko kena hadap hehehe.