Kewangan

Tips Beli 30 Rumah Dalam 10 Tahun

Tips beli 30 rumah dalam 10 tahun

Ramai orang nak buat duit dengan hartanah. Ada yang beli rumah sekali setahun, ada yang bijak boleh buat dua kali setahun. Untuk tempoh yang lama, KY Tee dari KY Consultancy sudi kongsikan tips beli 30 rumah dalam 10 tahun. Nampak sukar untuk dilakukan, namun dengan ilmu pengurusan kewangan yang betul, 30 buah rumah boleh dimiliki dalam jangka masa tersebut.

Ambil contoh dari tahun 2005 hingga ke 2015. Sebuah kondominium dengan keluasan 1,000 kaki persegi di Jalan Kelang Lama dijual dengan nilai RM150,000 hingga RM160,000. Untuk memilikinya, kos pendahuluan yang perlu disediakan ialah 10% dengan legal fees, kesemuanya mencecah RM20,000. Jika ia disewakan boleh memberi aliran tunai yang positif dari RM600 ke RM700 sebulan.

 

tips beli 30 rumah dalam 10 tahun
Usah biarkan hidup anda dibebankan dengan rumah yang tak dapat dilunaskan.

 

Melabur ketika nilai hartanah masih rendah

Kadar BLR pada waktu itu ialah + 0.5. Dalam masa setahun, 2 ke 3 buah rumah boleh dibeli untuk pelaburan. Waktu ini juga rumah ketiga boleh dibiayai dengan kadar 90% dari harga rumah. Tiba sahaja tahun 2009, harga hartanah masih rendah kerana kondominium dengan keluasan 1,200 hingga 1,300 kaki persegi di Jalan Kelang Lama berada dalam lingkungan RM230,000 hingga RM260,000.

Menjelang tahun 2010, nilai hartanah di pasaran meningkat dengan pantas. Bank memberi pinjaman mudah dengan kadar faedah BLR -2.2, rumah yang dibiayai semula pada tahun 2005 dari RM150,000 kepada RM260,000 untuk mendapatkan tunai RM100,000 bagi sebuah rumah. Jika ada 15 buah rumah maka ada tunai RM1.5 juta. Di sini sudah jimat faedah BLR +0.5 kepada BLR -2.2.

Bermula tahun 2011, kerajaan menggubal undang-undang baru untuk rumah ketiga hanya akan dapat pinjaman 70% sahaja. Tunai RM1.5 juta yang ada hanya boleh digunakan untuk pembelian hartanah komersial sahaja contohnya studio dan pejabat. Pinjaman untuk hartanah jenis ini masih boleh dapat dengan kadar 80% ke 85%. Jadi gunakan RM1.5 juta tadi untuk membeli 20 hartanah komersial.

 

Pelaburan dalam hartanah komersial

Dengan pendahuluan RM60,000 hartanah komersial boleh dimiliki dengan anggaran harga RM300,000 seunit. Baki wang RM300,000 dilaburkan untuk membeli rumah berkembar di Bukit Kinrara dengan harga RM500,000. Dengan tunai RM300,000 cukup untuk membeli 2 buah rumah untuk flipping. Bila ia siap pada tahun 2013, harga jualan melonjak kepada RM850,000. RPGT ketika itu dicaj pada kadar 15%.

Untung bersih 2 buah rumah boleh dapat RM600,000 dicampur deposit RM300,000 menjadikan tunai milik anda RM900,000. Tiba sahaja tahun 2014, pembelian hartanah agak perlahan kerana harga sudah meningkat tinggi. Tunai RM900,000 hanya boleh digunakan untuk membeli hartanah di bawah harga pasaran. Beli untuk tujuan flipping sahaja.

 

Masih boleh guna cara KY Tee?

Pada tahun 2015, KY Tee sudah kurang melabur dalam hartanah. Dengan 35 buah rumah yang dimiliki disertakan aliran tunai RM400, sebulan sudah menjana pendapatan 5 angka. Tunai dalam tangan sudah ada lebih RM1 juta. Cara ini masih boleh digunakan pada hari ini dengan syarat anda kena berusaha gigih dan melabur dalam ilmu hartanah sebelum melabur dalam hartanah.

 

–> saya nak beli rumah pelaburan secara bijak <–

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *