Tips bersenam yang betul
Cerita bab senaman memang topik yang amat luas. Setiap orang tahu nak bersenam dengan tips bersenam yang betul. Tapi tak ramai yang buat senaman mengikut kesesuaian tubuh badan masing-masing. Ada yang buat main redah. Sebaik-baiknya kita perlu bersenam dengan cara yang selamat dan dalam masa yang sama dapat menyihatkan badan. Dalam artikel kali ini saya nak sentuh sedikit tentang 3 jenis senaman yang wajib diketahui.

1. Senaman jenis aerobik. Ini merupakan satu senaman yang berkesan bagi menguatkan bahagian otot, sistem kardiovaskular dan sistem jantung kita. Karbohidrat yang tersimpan dalam badan digunakan sebagai tenaga. Walau bagaimana pun untuk jangka masa yang lama, sumber protein dalam badan dan otot akan digunakan.
Senaman jenis ini amat mudah sekali untuk dilakukan kerana kita hanya perlu mengulangi langkah yang sama dalam jangka masa 30 minit dan ke atas. Di antara senaman yang popular dalam kategori ini ialah berbasikal, joging, berenang dan berjalan kaki.
2. Senaman jenis anaerobik. Senaman kategori ini menumpukan pada daya tahan otot dan prestasi kekuatan kita. Senaman jenis ini menggunakan banyak seumber tenaga daripada lemak dan karbohidrat. Uniknya senaman jenis ini boleh diamalkan untuk menaik dan menurunkan berat badan.
Senaman ini dilakukan dengan sedikit pergerakan dan dilakukan dalam masa yang singkat. Biasanya ia merujuk kepada senaman angkat berat di gimnasium dan berlari dengan memecut pantas.
3. Senaman jenis fleksibiliti. Melenturkan bahagian otot pada bahagian tubuh menjadi fokus kepada kategori senaman ini. Otot akan diregangkan untuk melancarkan pengaliran darah di bahagian tertentu. Otot yang menjalani latihan ini akan memberi respon positif dan membantu pembesaran semasa latihan bebanan dijalankan.
Senaman jenis ini dilakukan pada waktu rehat di mana kita tidak menjalankan latihan kardiovaskular dan latihan bebanan. Di antara senaman regangan yang popular ialah tai chi dan yoga.
Senaman gabungan
Untuk mengelakkan anda berasa bosan dan menyerah kalah dengan aktiviti senaman, anda boleh gabungkan kesemua jenis senaman di atas. Sekiranya anda mahu menumpukan kecergasan dan stamina, senaman aerobik perlu dilebihkan. Untuk mendapatkan bentuk badan yang bergaya, senaman anaerobik adalah pilihan anda.
Bagi anda yang mahu menurunkan berat badan, senaman aerobik dan anaerobik perlu dijalankan dengan berganti-ganti. Anda perlu ingat bahawa, tubuh badan yang sihat diperolehi dengan melakukan ketiga-tiga kategori senaman ini. Lakukan senaman regangan otot di akhir waktu bersenam. Bagi anda yang mahu menambah berat badan perlu menumpukan senaman anaerobik dan diselangi senaman aerobik. Sertakan senaman fleksibiliti semasa mengakhiri senaman.
Saya pilih berbasikal
Adam recently posted…Kenapa Mat Motor Perlukan Perlindungan Takaful?
Berbasikal lagi mudah, kayuh dan tunggang sahaja ๐
berbasikal merupakan senaman yang sangat bagus
Hero Borneo recently posted…Best Mobile Peluang Terbaik 2015
Benar, ia mampu melancarkan aliran darah ke seluruh tubuh.
basikal bagus untuk pernapasan namun tak terlalu berpengaruh untuk cardio hanya untuk kaki dan peha saja
islam di dadaku recently posted…Ingatlah Sang Pemutus Segala Kelezatan
senaman anaerobik bagus tapi lotih =p
Ibu Zarith recently posted…Kenapa Suami Tak Secekap Isteri Dalam Menguruskan Rumah Tangga?
Kalau buat ramai-ramai mesti lupa kat letih tu ๐
Thnx sharing & ingatkan…..dah lama dah tak buat senaman.
Syafiq Liow recently posted…Hamil Anak Keempat Risau Tidak Teruskan Puasa
Sama-sama ๐
jom jogging bro.. hehhehe.. jgn tunggu cam saya, kolesterol dah 8 baru terkial2 nak senam bagai
zool recently posted…Dekorasi Rumah Cara Malas
Jom, jogging ni lagi mudah, hanya perlukan kawasan untuk pusing-pusing.
Berbasikal tak memenatkan, santai je, nak kayuh perlahan boleh, nak laju pun boleh.
kalau saya senang aerobik atau senam zumba, kerena paling cepat membakar kalori dan membentuk tubuh dengan cepat. terima kasih sudah berbagi artikel yang menarik sekali
yandi recently posted…Penyebab Kanker Paru Paru Wajib Diketahui
suka senaman kardio sebab banyak bakar lemak dengan cepat dan satu lagu zumba. alamak sekarang tak boleh buatlah huhu..kena hentikan seketika huhu…
suri recently posted…Homemade Resepi Cara Buat Keripik Pisang Kuala Kangsar
Seronok kalau buat senaman berkumpulan ๐
Mari kita mulakan, biar perlahan asalkan berjalan ๐
sekarang lebih fokus pada bebanan dan tekanan.
kalau rajin, baru buat fartlek.
titan recently posted…Jobdirumah Payment โ Kali ke 207
Senang buat senaman bebanan sebab duduk setempat je.
Berjalan pun satu senaman ๐
untuk mak-mak macam saya ni duk bersilat kat dapur dan layan anak2 main dikira bersenam tak? hihi…berpeluh gak tu…
MamaBard recently posted…Tips Ajar Anak Mudah Membaca Untuk Ibubapa Super Sibuk
Itu bukan sahaja senaman, malah beribadah kerana berbakti untuk keluarga ๐
Suami saya memilih berbasikal dulu untuk kuruskan badannya, now cuma maintain dengan senaman jenis aerobik pula
Noriza Rahman recently posted…Kepentingan Pengambilan Asid Folik
Ya, nak kurus kena rajin kayuh basikal, saya pernah hilang 2kg dalam masa 3 hari berbasikal sejauh 300km.
Setuju, kalau tak larat nak jogging, berbasikal antara pilihan terbaik untuk kurus
myliferia recently posted…Tips Menjadi Manusia Yang Produktif & Tak Kesal Dengan Apa Yang Ada
Jom gerakkan semula tulang-temulang kita ๐
saya sekarang ni agak berminat dengan berenang tapi agak sukar di kampung takde kolam renang. ada kolam renang di ayer panas pun tak berapa sesuai untuk belajar kerana kedalaman yang terlalu rendah..
n kena bayar.. selalu pengsan juga kocek.. sekarang ni lebih kepada berjalan dan berjogging
zool recently posted…Dekorasi Rumah Cara Malas
kalau tak sempat sangat, berenang dalam bathtub jer…hahaha
myliferia recently posted…Tips Menjadi Manusia Yang Produktif & Tak Kesal Dengan Apa Yang Ada
Nak dapatkan badan dengan BMI yang cantik dan lean memang kena buat 3 jenis senaman ni.
emalinmohd recently posted…5 Tips Jadi Ibubapa Terbaik
Betul, saya sedang berusaha untuk dapatkan BMI yang sesuai.
Sharing yang sangat bagus. Thanks
myliferia recently posted…Tips Menjadi Manusia Yang Produktif & Tak Kesal Dengan Apa Yang Ada
Saya sukakan senaman jenis berbasikal tapi aktiviti berbasikal ni dilakukan semasa zaman bujang dulu. Ada anak kecik ni, banyak bersenam dengan diaorang dalam rumah jer ๐
myliferia recently posted…Tips Menjadi Manusia Yang Produktif & Tak Kesal Dengan Apa Yang Ada
Betul, kalau dah lama berhenti, liat sikit nak mulakan balik senaman ni, tapi yakin boleh, mesti dapat rentak balik
myliferia recently posted…Tips Menjadi Manusia Yang Produktif & Tak Kesal Dengan Apa Yang Ada
Senanam nie kalau buat yang ringkas pun dah boleh tapi yang penting kena konsisten la.
Baru nampak kesannya.
Azeni Ahmad recently posted…Bahaya ke Bila Wanita Tiada รขยยWaktu Suburรขยย?
Bruce lee kata orang yang berlatih tendangan yang sama sebanyak 10,000 kali lebih menakutkan daripada orang yang berlatih sekali sahaja untuk 10,000 jenis tendangan.
Maknanya kita buatlah senaman secara istiqomah ya.
Ksjb recently posted…Senaman yang mudah
3.5
5