Tips buat jualan RM1 juta
Alangkah seronoknya jika anda boleh buat jualan yang banyak dalam bisnes yang diusahakan. Contoh paling mudah ialah menggunakan satu produk sahaja. Caranya ialah dengan menggunakan platform pengiklanan berbayar iaitu Facebook Ads. Tips buat jualan RM1 juta ini akan berhasil jika anda sanggup keluarkan kos untuk pengiklanan dan mendapat pulangan yang tinggi daripadanya.

Kos iklan yang perlu dilaburkan
Katakan anda peruntukkan kos iklan sebanyak RM40,000 untuk satu Fan Page. Jika ada lebih dari satu Fan Page lebih itu adalah lebih baik. sasarkan 1,500 unit produk yang terjual untuk sebulan. 1 unit RM120 darab 1,500 sama dengan RM180,000. Jalankan strategi ini untuk 3 bulan berturut-turut untuk mencapai jualan sehingga mencapai RM540,000.
Bulan kelima, anda boleh mula mencari pemborong. Mulakan dengan mencari 3 hingga 5 orang pemborong. Seorang pemborong wajib ambil 1,000 unit produk dengan harga RM65 seunit. 3 orang pemborong sudah ada 3,000 unit x RM65 bersamaan RM195,000. Jualan RM180,000 dikekalkan tambah jualan RM195,000 menghasilkan RM375,000.
Jual lebih banyak pada pemborong
Formula ini diteruskan sehingga bulan kelima. Bulan keenam jualan diperkenalkan pada 2 orang pemborong besar. Mereka diwajibkan memborong 5,000 unit produk. 10,000 unit darab RM50 sudah dapat RM500,000. Pemborong sebelum ini dihentikan kerana hendak memberi laluan kepada pemborong besar. Walau bagaimana pun jualan produk secara runcit masih diteruskan.
Berikut ialah ringkasan kira-kira bagi jualan produk untuk tempoh 6 bulan :
- Bulan pertama : RM180,000
- Bulan kedua : RM180,000
- Bulan ketiga : RM180,000
- Bulan keempat : RM180,000 campur RM195,000
- Bulan kelima : RM180,000 campur RM195,000
- Bulan keenam : RM500,000 campur RM180,000
Jumlah keseluruhan : RM1,970,000
Sumber asal dari Safiey Ilias.
Bagaimana nak mulakan Facebook Ads?
Anda boleh lihat bagaimana pemilik produk membuat jualan hampir RM2 juta dengan kos iklan sebanyak RM40,000 sebulan. Berdasarkan kekuatan yang beliau ada, tidak mustahil produk boleh dijual dengan banyak dan laris. Oleh itu anda boleh lihat faktor kejayaan beliau ialah kos iklan yang dikeluarkan dan produk yang dijual.
Sudah pasti sebelum sesebuah iklan dihasilkan, pelbagai kajian iklan dibuat untuk mendapatkan iklan yang berkualiti dan berkesan sehingga boleh menghasilkan jualan. Split test perlu dilakukan bagi membuat pilihan iklan yang paling baik. Tidak sekali-kali RM40,000 itu terus menerus dibelanjakan untuk pengiklanan.
Anda boleh mulakan iklan Facebook Ads dengan kos serendah RM5 untuk mendapatkan iklan yang benar-benar berkualiti. Selepas itu anda boleh sasarkan iklan kepada pelanggan yang benar-benar disasarkan supaya ianya boleh menghasilkan jualan dengan baik. Bagi mendapatkan produk untuk dijual, sila rujuk kepada senarai produk Shopee yang popular untuk dijual.
Salam. Baru menjejakkan kaki di blog ini. Salam perkenalan.
Lenny Boniface recently posted…Nota ABDR untuk Beginner
Salam perkenalan Boniface 🙂
Ohh macam tu .. uishh leh jadi jutawan ni
hasrul hassan recently posted…Harga Petrol RON95 RON97 Diesel Terkini Julai 2015
Mudah-mudahan kita dapat jadi jutawan dengan teknik tersebut 🙂
Formula ni nampak mudah, praktikalnya belum tahu lagi, banyak cabaran dan halangan yang kena tempuhi sebelum berjaya..
SaniYunus recently posted…Bestnyer Makan Serunding Original Ni!
Kena sediakan bajet khas untuk uji iklan dahulu.
Fuhh..bestnya dapat buat jualan banyak tu..
emalin mohd recently posted…Tips Makanan Sihat Untuk Ibu Hamil
Kalau dapat jualan RM1 juta, mesti terbuka jalan untuk dapat RM1 juta yang seterusnya.
Boleh, kena buat beberapa split test untuk dapatkan hasil jualan yang terbaik.
Boleh belajar dari asas, link panduan video ada dalam artikel ni.
cakap senang. buat dulu tengok.
haha..
apapun, rasionalnya benda ni susah, tapi tak mustahil.
titan recently posted…Time really flying FAST.
Nak cari modal besar untuk bajet iklan besar 🙂
FB ni memang boleh buat duit tapi permainannya saya tak suka la.
rahimah recently posted…Pengalaman Bercuti Ke Amsterdam-Panik Bila Kapal Terbang Bergegar ! ( Part 1 )
Agak leceh sebab syarikat gergasi atau big spenders akan dapat siaran utama.
Huhu..pening pulak bila main kira2 macam ni..terbeliak aje mata tengok nilai ratusan ribu ni..haha..
Hafizul recently posted…Buat Akaun Syarikat Sendiri, Ofkos STRESS GILER
Masa kira-kira memang pening, kena buat dulu baru jelas 🙂
Tinggi jugak modal nak kluar utk fb ads.. huhu
Modal FB Ads boleh dimulakan dengan serendah RM3 sehari, tapi kebarangkalian iklan disiarkan amat kurang.
Pernah gunakan khidmat FBAds juga dulu, berjaya dapatkan pelanggan dari sana juga…
Noriza Rahman recently posted…Rahsia Jerawat Cepat Kering dan Parut Cepat Hilang!
Sama, saya pun banyak guna FB Ads.
tips yang sangat jitu semoga bisa menrapkan hal ini
jalan dan makan recently posted…Pizza Sayuran Keju
Mungkin yang susahnya nak cari barang yang super hot! Kalau nak jual pada pemborong, rasanya kena buat produk sendiri.
ahmadyani recently posted…Bazar Ramadan Kampung Bharu Ramai Pengunjung Luar Berbanding Penduduk Tempatan
Mereka yang tidak pernah buat jualan juta juta akan berkata, betul boleh buat ke? Belum buat belum tahukan. Tapi bagi yang belum pernah buat, jangan labur duit untuk iklan banyak-banyak dulu. Buat sikit-sikit untuk cari keserasian diri dan pengalaman.
ayba recently posted…Mulakan Bisnes Di Ebay Yang Menguntungkan Dengan 4 Langkah Mudah
Semoga kita semua jadi jutawan lepas raya nanti bro. amin
encikhafiz.com recently posted…Cara Payout Akaun Adsense Jerman
kena kerja kuat. tak mustahil ia akan jadi kenyataan
nikkhazami recently posted…Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Raya 2018
MAcam tu caranya nak jual RM1 juta ringgit. Bagus ilmu ni
Ibu Zaid recently posted…Umai Cafe Putrajaya? Aduh Sedapnya! Tempat makan best di tepi tasik