Tips buat RM30 ribu dalam 5 bulan
Salah seorang ahli dalam group Simple Tapi Power ada bertanya, bagaimana tips buat RM30 ribu dalam 5 bulan tanpa berhutang? Faisal Abdullah ada menyatakan ideanya untuk mencapai RM30,000 dalam masa 5 bulan. Kecilkan berapa target jualan dalam sebulan dahulu. RM30,000/5 = RM6,000, jadi sebulan buat RM6,000 jualan.

Buat RM6,000 dalam sebulan
Seterusnya anda kena fikirkan bagaimana nak buat RM6,000 sebulan. Cara paling mudah ialah cari seorang pelanggan yang boleh berikan RM6,000 atau 2 orang yang boleh beri RM3,000 atau 3 orang yang boleh beri RM2,000. Anda boleh kecilkan sehingga 120 orang yang boleh beri RM50 kepada anda. Pilih strategi yang mudah untuk anda lakukan.
Katakan anda mahukah 3 orang yang boleh berikan RM2,000 pada anda. Apa yang bernilai RM2,000 pada mereka? Boleh jadi sebuah laman web. Anda hanya perlu cari orang yang boleh buatkan laman web dan ia sudah jadi bisnes. Atau komisyen jualan untuk jualkan apartment yang sudah 5 tahun tanpa penyewa. Anda cari pembeli dan padankan untuk dapat komisyen.
Cari pelanggan yang sanggup bayar pada anda
Ada yang sanggup bayar untuk hilangkan sakit belakang badan yang sudah berlarutan lebih dari 5 tahun. Anda hanya perlu carikan doktor yang bertauliah untuk merawat pesakit tadi. Pesakit tadi akan upah anda RM2,000 asalkan anda mampu membantu beliau. Semua perkara ini tak perlukan anda keluar wang satu sen.
Pilihan anda bergantung kepada minat, pengalaman, jaringan dan rakan-rakan yang anda miliki. Buat pilihan yang paling mudah untuk diri anda. Validasikan idea anda dalam masa 48 jam bagi mendapatkan keputusan yang sesuai dengan anda.
Untung dengan jualan dropship
Dengan memahami proses asas menjual, anda bukan sekadar boleh buat RM2,000 sebulan malah RM20,000 juga tidak mustahil. Untuk memastikan anda mendapat keuntungan yang lebih tinggi, anda boleh pilih untuk menjual secara dropship di Shopee. Terus belajar buat bisnes dropship 4 angka seminggu dengan Shopee sekarang juga.
msntsp nih bang itu berarti 90 juta dalam uang indonesia sebuah jumlah yang luar biasa
jalan jalan recently posted…Resep Temo Coe
Oh kena kecilkan target untuk capai hasrat yang besar, baru lah nampak macam mana nak capai
NORIZA ABDUL RAHMAN recently posted…Masalah Keputihan semasa Hamil, Normal atau Bahaya?
Ya, target besar memang bagus tapi kena usaha capai target kecil dahulu.
terbaik cara ni..cuma nak kena usahakan utk capai target jualan tu..
Mudah-mudahan sasaran mencapai target.
Sebab tu tuan nak jual kapal layar kan
Mazni Azmi recently posted…Bacaan gula darah normal untuk elak kencing manis!
Benar, jual kapal layar boleh dapat komisyen tinggi.
Alangkah indahnya kan jika kita ada rancangan dan berjaya melakukannya..
Yala.. siapa yang tak nak hasil selepas berusaha sebaiknya..
Apa pun, usaha tangga kejayaan
Dedaun Comel recently posted…Faedah Yang Anda Dapat Dengan Amalan Berjimat Cermat
Benar, rancang sahaja tak bermakna jika tiada tindakan.
Terbaik perkongsian ini tuan..usaha itu penting klau nk berjaya