Tips dapat kedudukan pertama di Google
Sebahagian besar pengguna internet akan melihat kepada keputusan carian dari kedudukan pertama hingga kelima sahaja. Kemudian mereka akan mencari di halaman yang seterusnya. Ini merupakan satu kerugian kerana laman web anda tersorok atau ketinggalan dari segi kedudukan di Google kerana sebahagian besar pengguna internet akan klik pada keputusan yang paling atas sekali. Ramai yang mencari tips dapat kedudukan pertama di Google.
Kelebihan Search Engine Marketing
Untuk mendapat kedudukan yang teratas di enjin carian Google, anda perlu menggunakan servis iklan Google Adwords. Ia dikategorikan sebagai Search Engine Marketing (SEM) yang sudah pasti akan menjamin iklan anda dipaparkan di Google pada laman pertama dan kedua dalam masa kurang dari 5 minit sahaja.
Cara ini amat berkesan jika hendak dibandingkan dengan Search Engine Optimization (SEO). Anda perlukan masa sekurang-kurangnya 6 bulan untuk memastikan laman web anda dipaparkan di Google. Meski pun ianya percuma, laman web anda belum tentu akan terpapar di halaman pertama atau kedua. Banyak perkara teknikal yang perlu anda pelajari untuk menambah baik teknik SEO anda.

Syarikat gergasi turut guna Google Adwords
Jika anda perasan, ada ramai pengguna internet memilih Facebook Ads untuk memasarkan produk dan servis mereka. Namun ianya amat terhad kepada pengguna Facebook sahaja. Oleh itu Google Adwords menjadi pilihan kepada syarikat-syarikat besar untuk membuat iklan. Jika anda pernah dengar Google Adsense, iklan-iklan dari Google Adwords akan terpapar di situ.
Iklan akhbar internet seperti Berita Harian mempunyai ruangan iklan dari Google Adsense. Potensi anda untuk mendapat liputan amat luas kerana hampir setiap hari pengguna internet akan bertambah. Iklan dari Google juga akan dipaparkan di laman lain seperti Youtube, Blogspot dan Google Maps. Iklan ini akan dipaparkan dalam bentuk teks, imej dan video.
Kelebihan iklan Google Adwords
Google Adwords akan memaparkan iklan yang relevan pada pelanggannya. Ia akan dipaparkan berdasarkan lokasi, masa, bajet dan bahasa. Pulangan pelaburan dari pengiklanan amatlah berbaloi kerana ianya boleh dikira. Google Awords juga mempunyai kekuatan dari segi pengguna internet yang ramai dan ia semakin bertambah setiap hari dari Youtube, Blogspot dan Google Maps.
Untuk pengetahuan anda, kos iklan di Google jauh lebih rendah daripada kos iklan di Facebook. Anda juga boleh dapat Click Through Rate (CTR) yang tinggi. Ianya akan dapat diterangkan secara teliti dalam Panduan Google Ad.
Kena rajinkan diri gali ilmu SEO dan SEM la lepas ni…
Noriza Rahman recently posted…Rahsia Jerawat Cepat Kering dan Parut Cepat Hilang!
Ya, ada satu lagi SERP kalau tak silap.
Satu lagi SERP? Boleh explain sikit boss?
info yg sgt menarik..seronok bila org dtg singgah blog..nak xnk kna la target artikel naik 1st page..kna gali byk lagi ilmu..
Maz Jamal recently posted…Teknik Mudah Ikat Baby Wrap
Ya, kalau 1st page lepas tu 1st result memang best.
guna adwords memang paling cepat la.
tapi kena bayar la. hoho..
titan recently posted…Huruf A
Bayar sikit je, untung banyak hehehe.
kalau bijok..
untung memang besaq.
kalau kurang bijok..
rugi je memanjang. haha..
titan recently posted…Huruf A
Rugi tu yang tak sanggup 🙂
kalau dah mahir teknik seo untunglah.. boleh jimat dari guna duit untuk adwords..
Junaidy Jaimi recently posted…Andai Kerajaan Malaysia Sekat Facebook, Peniaga Facebook Kemana??
Ya, cuma SEO kena ambil masa yang agak lama untuk rank di Google.
Boleh belajar SEO dulu, buat artikel yang sering dicari di Google.
SEO dan Adwords dua-dua penting. Nak duit cepat gunalah Adwords.Memang ada plan nak guna semula untuk salah satu produk yang saya pasarkan.Ia lebih berbaloi dari FB Ads.
rahimah recently posted…Pengalaman Bercuti Ke Amsterdam-Panik Bila Kapal Terbang Bergegar ! ( Part 1 )
Saya belum ada pengalaman nak guna Adwords, bulan September ni baru nak cuba sebab ada produk baru.
ada bajet kebih memang bagus guna iklan Adword..
mrhanafi recently posted…Rahsia Jana Pendapatan RM9 Ribu Terbongkar
Bajet mesti nak murah dari FB Ads.
Ikut nasib juga, kena buat split test dulu kalau tak terbakar duit.
Memang seronok kalau kita dapat menguasai teknik SEO nih…
SuperNifz recently posted…Pentingnya Vitamin Semasa Berhari Raya!
Ya, kena sabar sebab makan masa yang lama untuk rank di Google.
ilmu seo dan serp ni terlalu luas. datang pulak google adswords. nak tak nak blogger kena tahu semua benda ni
nikkhazami recently posted…Ini Cara Bagaimana Meningkatkan Jualan Bisnes Tudung
Google Adwords kena bayar kan? Kalau ada bisnes untuk tingkatkan sales lagi…patut sangat guna Adwords ni…
wafacw recently posted…Coretan Pengalaman Berblog
Terima kasih atas perkongsian. Tips berguna jika nak cepat rank.
Zaini recently posted…COVID-19: Kelahiran Bayi di Malaysia Meningkat Pada 2021?