Tips langsai PTPTN cara pantas
Graduan yang sudah menghabiskan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam atau swasta perlu mengambil langkah untuk menjelaskan hutang pendidikan dari Perbadanan Tabung Pengajian Nasional (PTPTN). Selepas 6 bulan menamatkan pengajian, tanggung jawab ini perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Anda yang terlibat perlu mencari tips langsai PTPTN cara pantas tanpa bertangguh.

Tidak kira anda sudah bekerja atau tidak selepas 6 bulan, pihak PTPTN akan mula menghubungi anda. Perkara yang perlu anda lakukan sebelum dihubungi oleh PTPTN ialah mencari pekerjaan dengan menghantar resume supaya dapat dipanggil ke sesi temuduga oleh bakal majikan. Dengan cara ini anda akan dapat bekerja dan mempunyai pendapatan bulanan untuk menampung belanja harian.
Melunaskan hutang PTPTN adalah perkara nombor satu. Ia adalah keutamaan anda sebelum anda membuat perbelanjaan yang lain. Sistem Ujrah mengenakan caj sebanyak 1% berbanding pakej biasa iaitu 4%. Ianya dicaj berdasarkan baki berkurangan tiap bulan. Sistem Ujrah mengenakan caj 1% mengikut jumlah asal pinjaman.
Tips bayar PTPTN bukan Ujrah
Sekiranya anda peminjam PTPTN konvensional (bukan Ujrah) membayar secara regresif. Semasa tahun pertama, mulakan dengan bayaran sebanyak RM350 sebulan. Pada tahun kedua, RM250 sebulan dan tahun yang terakhir sebanyak RM150 sebulan. Cara ini akan dapat menghasilkan penjimatan wang yang tinggi kerana kadar faedah yang dikenakan akan mengecil berdasarkan baki yang semakin berkurangan.
Anda yang berkemampuan boleh memilih untuk menjelaskan PTPTN sekaligus. Selain itu anda boleh membuat pembayaran 2 kali setahun dalam amaun yang besar iaitu RM2,500 pada bulan Januari dan RM2,500 pada bulan Jun. Ini akan dapat menjimatkan caj pentadbiran dari PTPTN. Namun begitu, usah terlalu berjimat sehingga memudaratkan perbelanjaan anda.
Tips bayar PTPTN Ujrah
Sistem Ujrah akan mengenakan caj yang sama setiap bulan. Katakan anda meminjam sebanyak RM15,000 maka caj bulanannya ialah RM150 setahun atau RM12.50 sebulan. Ia tidak akan susut meskipun anda membuat pembayaran seawalnya. Anda perlu singkatkan jangka masa bayaran balik dari 10 tahun kepada tahun yang lebih singkat seperti 7 atau 5 tahun.
Caj Ujrah 1% akan diberikan diskaun sebaik sahaja pinjaman anda habis diselesaikan. Bayar pinjaman anda secara progresif untuk tahun pertama hingga tahun ketiga. Untuk tahun keempat hingga kelima buat pembayaran dengan berganda supaya hutang dapat diselesaikan segera sambil mendapat diskaun.
Pinjaman PTPTN diinsuranskan
Sekiranya anda ditimpa kemalangan sehingga mengalami kecacatan kekal atau kematian, insurans PTPTN akan menanggung hutang anda dan automatik ia dikira langsai. Gunakan kaedah pembayaran secara perbankan internet terus ke laman PTPTN untuk memudahkan urusan pembayaran PTPTN anda. Caj 50 sen dikenakan untuk transaksi yang dilakukan. Caj ini boleh dikurangkan jika anda melunaskan PTPTN dengan membayar kesemua jumlah pinjaman sekaligus.
Jika anda tidak mampu untuk membayar semula pinjaman PTPTN dengan sekaligus, anda boleh guna konsep bijak. Ia khas untuk anda yang mahu mendapatkan semula wang tunai selepas menjelaskan pembayaran PTPTN. Terus ke artikel Rahsia Bayar PTPTN Secara Bijak.
bayar dengan jumlah yang banyak maka cepat habis..
mrhanafi recently posted…Portal Groupsbest.net Kini Berwajah Baru
Ya, kalau dapat durian runtuh terus bayar PTPTN dengan jumlah yang tinggi.
Hutang kalau tak dituntut perlu dibaway…
Bayar sikit-sikit pun tak pe akalu tak berkemampuan..yang penting akaun ada pergerakan..
emalin mohd recently posted…Kepentingan Asid Folik Semasa Hamil
Setuju, kena tunjukkan kesungguhan kita untuk bayar hutang PTPTN.
Pa & Ma je sponsored dulu. Boleh praktikkan pada loan lain pula cara tu.
rahimah recently posted…Pengalaman Bercuti Ke Amsterdam-Panik Bila Kapal Terbang Bergegar ! ( Part 1 )
Pinjaman FAMA memang jadi idaman, cuma masa tu saya ambil juga pinjaman pelajaran sebab nak ringankan beban ibu bapa, lagi pun adik-beradik saya ramai masa tu.
Sama seperti saya, ada baki dalam RM3,000 lebih lagi untuk diselesaikan.
Alhamdulillah, bagus sebab gunakan wang untuk cipta saluran pendapatan anda, boleh jadi serampang 2 mata.
dah habis bayar lama dah.
yehh!!
titan recently posted…Huruf A
Pergh, rasa terbakar pulak dengar…
syukurlah awal dah habis..ermm…xda lagi yang nak di pikirkan pasal PTPTN nie
ridhwan recently posted…Kesan Mandi Ketika Berpeluh
Pinjaman pelajaran saya tinggal lagi RM3,500.
bagus jugak idea ni…mau, tak mau..hutang tetap hutang..kena bayar jugak…
Junaidy Jaimi recently posted…Panduan Mengatasi Masalah Uploaded file exceeds the upload_max_filesize directive in php
Bagus tips ni..Ada cara yg saya tak tau pun boleh guna.. Kakitangan awam pun bakal diwajibkan potongan gaji kan nanti.. Yang penting, guna la apa cara usaha yang halal sekalipun utk byr hutang ni.. Huhu sy berbaki 3k lagi, itu pun ya Allah lamanya nak habis..huhu
Nor Hafizah recently posted…5 Cara Bantu Anak Suka Makan Sayur dan Buah (Part I)
Macam mana pun memang kena selesaikan hutang kita.
Belum habis lagi bayar PTPTN ni, jenuh juga nak membayarnya..
Noriza Rahman recently posted…Rahsia Jerawat Cepat Kering dan Parut Cepat Hilang!
Takpe, bayar sikit-sikit lama-lama habis.
Bila hutang dah selesai, hati pun lapang.
Mulakan dengan RM50, lepas tu tingkatkan bulan demi bulan.
Assalamualaikum,nak tanya kalau lepas habis belajar je kita terus bayar PTPTN masih dicaj ujrah lgi ke? Maaf x phm konsep ujrah tu… means kalau pinjam 13k, caj ujrah RM130 setahun,
So total byr balek kira RM13K +(RM130Ă—3Tahun belajar) = 13390 la??
Semoga yang berhutang dengan ptptn dapat menyelesaikan hutang dengan baik. Insyaallah
Ibu Zaid recently posted…Tempat menarik di Johor? Amboi cantiknya! Memang best bercuti di 10 lokasi ini!
X sabar nak habis bayar PTPTN..Hutang ni memang terasa beban di dada..smoga tercapai impian utk bebas dr belenggu hutang..
Maz Jamal recently posted…Pengedar Shaklee Kota Kinabalu 019 880 2563