Tips memilih mentor bisnes yang sesuai
Saya ada berjumpa dengan rakan yang berhenti kerja semata-mata untuk menjalankan bisnes, sambil itu saya ceritakan beberapa tips memilih mentor bisnes yang sesuai. Beliau ada bercerita yang pendapatan bisnes mereka cukup-cukup untuk membayar sewa kedai sahaja. Hidupnya kini disara oleh gaji dari isterinya yang masih bekerja.
Beliau ada menceritakan serba sedikit tentang mentor bisnes yang dipilih. Mereka diajar untuk menulis rancangan perniagaan untuk memudahkan mendapat pinjaman kewangan dari bank. Agak hairan bila orang yang baru nak berniaga disuruh untuk pinjam wang.
Pinjaman kewangan hanya dibuat untuk membesarkan perniagaan. Kenapa baru nak berniaga perlu pinjam wang? Untung belum datang hutang sudah menanti keliling pinggang. Kalau mahu berniaga, mulakan dengan apa yang ada ditangan.
Mentor bisnes yang sebenar-benarnya takkan menyuruh anda berhutang, terus berhenti kerja membabi buta semata-mata untuk memulakan bisnes. Mereka juga adalah real-player dalam industri bisnes yang diceburi, bukan sekadar mentor yang menjual air liur sahaja.
Dalam kes rakan saya, mentor beliau adalah seorang pesara kerja kerajaan dan tidak menjalankan bisnes jangka panjang. Beliau tidak berbisnes sebaliknya hanya buat duit dengan MLM dan menjadi ejen produk kesihatan.

Buat duit baru buat bisnes
Sebut tentang bisnes, ia bukan seindah mimpi. Sebelum buat produk sendiri, belajarlah menjual produk orang lain dahulu. Belajar buat duit dan buat komisyen. Buat duit tidak semestinya buat bisnes tetapi buat bisnes itu semestinya buat duit.
Buat bisnes tak sama dengan buat duit. Prosesnya lebih rumit kerana buat bisnes perlukan produk sendiri, jenama sendiri dan sistem sendiri. Ia akan melibatkan kos seperti sewa pejabat, gajikan staf dan pendaftaran perniagaan.
Selain dari mendaftar akaun bank untuk syarikat, anda juga bakal terlibat dengan pengetahuan seperti ilmu percukaian, mentadbir staf dan merekrut ejen.
Pilih mentor yang betul
Jika anda mahu mulakan bisnes, anda boleh bermula dengan proses buat duit dengan menjadi ejen kepada produk orang lain dahulu, contohnya dropship. Atau anda boleh jadi ejen affiliate kepada produk digital usahawan internet.
Bila sudah ada modal, barulah buat keputusan untuk buat bisnes. Buat bisnes yang bermula dengan modal yang minima. Kalau anda rugi sekali pun, anda tidak akan muflis. Seperkara lagi usah terus berhenti kerja semata-mata nak buat bisnes.
Pilih mentor dari industri yang betul. Jika anda mahu jual pakaian muslimah, cari mentor yang berada dalam industri yang sama. Kalau anda buat bisnes makanan tetapi mentor anda dari seorang tukang buat rumah, mungkin bisnes anda bungkus dengan lebih cepat.
Sama prosesnya jika anda mahu buat bisnes dengan produk digital, maka mentor anda haruslah dari mereka yang ada pengetahuan tentang perniagaan produk digital dan tahu strategi pemasaran di internet.
Bukan dari mereka yang baru 7 kali pergi seminar sudah pandai mengaku pakar, amboi!
Kalau anda nak mentor bisnes yang benar-benar boleh membantu anda, saya cadangkan anda sertai Group Dropship Shopee. Syaratnya mudah sahaja, dapatkan panduan bisnes Shopee di bawah ini dahulu :
–>> klik sini untuk dapatkan panduan bisnes Shopee <<–
Kemudian anda akan dimasukkan dalam Support Group untuk bantuan dan bimbingan.
Bila dah jumpa mentor yang sudi berkongsi ilmu, kena sedut ilmu tu banyak2..Bila dapat ilmu tu, praktikkan. Bila dah betul2 habis belajar. Baru belajar dengan orang lain lagi.
Baru faham. Ramai yang tak habis belajar dari mentor ni, nak belajar dari mentor lain lagi. Lompat2.. Itu yang buat lambat faham..
dedauncomel.com recently posted…Tips dan Cara Ringkas Menurunkan Berat Badan Dengan Sihat
Salah satu sebab orang berhenti kerja untuk bisnes kerana fatamorgana.. Impian terlalu indah dari kenyataan
Hero Borneo recently posted…Mencari Duit Online [ edisi kemaskini ]
betul, mentor adalah orang yang penting dalam bisnes
raihanah ahmad recently posted…7 Cara Resveratrol Sebagai Penawar Diabetes Kencing Manis
salah pilih mentor, salah la perginya hala tuju business tu
Uncle Zuan recently posted…Video Travel Ke Tokyo Pada Musim Sejuk
pernah tersalah pilih mentor, sekarang sudah masuk 7 tahun dengan mentor yang betul..barulah jelas perjalanan bisnes.
Suriya Majid recently posted…Kawal Diabetes, Ini Cara Yang Betul Supaya Selamat Dari Dialisis
Silap pilih mentor. Mungkin di berikan yang indah indah aje sebelum buat bisnes. Nak survive bukan mudah.
rahimah majid recently posted…Jom Tengok Apa Kelebihan Pocket Wifi Semasa Travel
tips yg sangat berguna .
Benar, mentor bisnes amat mainkan peranan penting dalam perkembangan bisnes kita, lagi-lagi pada fasa awal bisnes tersebut. Jadi riki-riki dulu sebelum memilih mentor yang komited dan bagus 😉
cik Jaja recently posted…Cara Buat Bisnes Shaklee Online Pengedar Shaklee Semanggol
Mentor boleh jadi penasihat bisnes yang baik.