Tips Memilih Mentor Bisnes

Mar 27

Tips memilih mentor bisnes

Saya ada berjumpa dengan rakan yang berhenti kerja semata-mata untuk menjalankan bisnes. Beliau ada bercerita yang pendapatan bisnes mereka cukup-cukup untuk membayar sewa kedai sahaja. Hidupnya kini disara oleh gaji dari isterinya yang masih bekerja.

Beliau ada menceritakan serba sedikit tentang mentor bisnes yang dipilih. Mereka diajar untuk menulis rancangan perniagaan untuk memudahkan mendapat pinjaman kewangan dari bank. Agak hairan bila orang yang baru nak berniaga disuruh untuk pinjam wang.

Pinjaman kewangan hanya dibuat untuk membesarkan perniagaan. Kenapa baru nak berniaga perlu pinjam wang? Untung belum datang hutang sudah menanti keliling pinggang. Kalau mahu berniaga, mulakan dengan apa yang ada ditangan.

Mentor bisnes yang sebenar-benarnya takkan menyuruh anda berhutang, terus berhenti kerja membabi buta semata-mata untuk memulakan bisnes. Mereka juga adalah real-player dalam industri bisnes yang diceburi, bukan sekadar mentor yang menjual air liur sahaja.

Dalam kes rakan saya, mentor beliau adalah seorang pesara kerja kerajaan dan tidak menjalankan bisnes jangka panjang. Beliau tidak berbisnes sebaliknya hanya buat duit dengan MLM dan menjadi ejen produk kesihatan.

 

Tips memilih mentor bisnes

Salah pilih mentor bakal menjerat diri anda ke lembah kebinasaan.

 

Buat duit baru buat bisnes

Sebut tentang bisnes, ia bukan seindah mimpi. Sebelum buat produk sendiri, belajarlah menjual produk orang lain dahulu. Belajar buat duit dan buat komisyen. Buat duit tidak semestinya buat bisnes tetapi buat bisnes itu semestinya buat duit.

Buat bisnes tak sama dengan buat duit. Prosesnya lebih rumit kerana buat bisnes perlukan produk sendiri, jenama sendiri dan sistem sendiri. Ia akan melibatkan kos seperti sewa pejabat, gajikan staf dan pendaftaran perniagaan.

Selain dari mendaftar akaun bank untuk syarikat, anda juga bakal terlibat dengan pengetahuan seperti ilmu percukaian, mentadbir staf dan merekrut ejen.

 

Pilih mentor yang betul

Jika anda mahu mulakan bisnes, anda boleh bermula dengan proses buat duit dengan menjadi ejen kepada produk orang lain dahulu, contohnya dropship. Atau anda boleh jadi ejen affiliate kepada produk digital usahawan internet.

Bila sudah ada modal, barulah buat keputusan untuk buat bisnes. Buat bisnes yang bermula dengan modal yang minima. Kalau anda rugi sekali pun, anda tidak akan muflis. Seperkara lagi usah terus berhenti kerja semata-mata nak buat bisnes.

Pilih mentor dari industri yang betul. Jika anda mahu jual pakaian muslimah, cari mentor yang berada dalam industri yang sama. Kalau anda buat bisnes makanan tetapi mentor anda dari seorang tukang buat rumah, mungkin bisnes anda bungkus dengan lebih cepat.

Sama prosesnya jika anda mahu buat bisnes dengan produk digital, maka mentor anda haruslah dari mereka yang ada pengetahuan tentang perniagaan produk digital dan tahu strategi pemasaran di internet.

Bukan dari mereka yang baru 7 kali pergi seminar sudah pandai mengaku pakar, amboi!

468 ad

8 comments

  1. Bila dah jumpa mentor yang sudi berkongsi ilmu, kena sedut ilmu tu banyak2..Bila dapat ilmu tu, praktikkan. Bila dah betul2 habis belajar. Baru belajar dengan orang lain lagi.

    Baru faham. Ramai yang tak habis belajar dari mentor ni, nak belajar dari mentor lain lagi. Lompat2.. Itu yang buat lambat faham..
    dedauncomel.com recently posted…Tips dan Cara Ringkas Menurunkan Berat Badan Dengan SihatMy Profile

  2. terima kasih di atas tips yang diberikan..
    Belum berani lagi buat bisnes… Tapi, buat masa sekarang sedang menimba ilmu melalui pembacaan…
    Anuar recently posted…Senarai Peserta Contest SEO Belajar Buat BlogMy Profile

  3. Salah satu sebab orang berhenti kerja untuk bisnes kerana fatamorgana.. Impian terlalu indah dari kenyataan
    Hero Borneo recently posted…Mencari Duit Online [ edisi kemaskini ]My Profile

  4. betul, mentor adalah orang yang penting dalam bisnes
    raihanah ahmad recently posted…7 Cara Resveratrol Sebagai Penawar Diabetes Kencing ManisMy Profile

  5. salah pilih mentor, salah la perginya hala tuju business tu
    Uncle Zuan recently posted…Video Travel Ke Tokyo Pada Musim SejukMy Profile

  6. pernah tersalah pilih mentor, sekarang sudah masuk 7 tahun dengan mentor yang betul..barulah jelas perjalanan bisnes.
    Suriya Majid recently posted…Kawal Diabetes, Ini Cara Yang Betul Supaya Selamat Dari DialisisMy Profile

  7. Silap pilih mentor. Mungkin di berikan yang indah indah aje sebelum buat bisnes. Nak survive bukan mudah.
    rahimah majid recently posted…Jom Tengok Apa Kelebihan Pocket Wifi Semasa TravelMy Profile

  8. tips yg sangat berguna .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge